Thursday, August 29, 2013

enam bulan dah......!

Hari ni 29hb Ogos 2013 bersamaan 22 Syawal 1434 yang menandakan anakanda putri solehah mama dah masuk enam bulan. Alhamdulillah. Yang juga membawa makna yang besar kepada mama kerana julung kalinya (walaupun anak dah empat...) mama berjaya memberi susu badan secara eksklusif untuk Nuha. Allahu Akbar! Mama sendiri tak sangka mama mampu mencapai ketahap ini. Bukan takat mama ja kagum dengan diri mama, tapi kawan-kawan mama pun kagum dengan kesungguhan mama kali ni. Rasa terkilan juga, kenapa dulu mama tak setekad dan senekad ini dalam memberi susu ibu pada abang-abang Nuha. Tapi benda dah lepas, jangan dikenang. Yang penting terus melangkah ke hadapan. So sekarang, misi seterusnya adalah untuk memberikan makanan yang sepenuhnya dimasak di rumah. No nestum, insyaallah. Juga teruskan memberi susu ibu sehingga setahun. Moga-moga terlaksana hasrat mama ini. insyaallah. Amin.......
1 hari
1 bulan


2 bulan

3 bulan

4 bulan

5 bulan

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah...
Tahniah.. !!!
Fika dulu anak sulung sebulan jek dapat BF.. anak kedua 2 bulan direct BF, 10 bulan lagi exclusive pumping.. huhu... teruk jugak.. hopefully kali ni dpt lama sket...
Kenapa nak BF setahun je kak baya? tak 2 tahun?

- Fika -

cik ct payung said...

thanks fika. setahun tu short term punya target. tp mmg kalau bleh nak sampai dua tahun. so lets pray that we both can bf our babies as long as we can. insyaallah, amin.