Wednesday, December 11, 2013

11.12.13

hari ini 11 disember 2013 atau dalam tulisan cantiknya 11.12.13. tarikh yg menjadi pilihan ramai untuk melangsungkan perkahwinan. ikut satu laporan akhbar yang aku baca kemarin, tarikh ni yang tertinggi jadi pilihan untuk org berkahwin selepas 11.11.11 dan 12.12.12. itu di luar negara. tapi di malaysia pun tak kurang gahnya tarikh ni. siap dapat jolokan 'wedding of the year' lagi. aku tak mau komen pasal 13 juta tu, dah duit banyak, org pun pakat bagi sponsor, cuma tertanya juga, depa ni income tax tak cari ka? hehehehe.... apapun didoakan semoga perkahwinan yang gah ni  kekal sampai ke syurga. selamat pengantin baru cik ta dan mr 'middleton'.

Friday, October 25, 2013

tragedi oktober - the downside of my breastfeeding journey

last entry aku bercerita tentang sambut raya haji kami sekelurga kan. al-kisahnya balik dari kenduri di merbok tu didapati telah berlaku 'power trip' kat rumah. tak taulah dah berapa lama blackout tu tapa yang pasti lebih daripada 24 jam. sebabnya, semua daging, lauk, ais dalam freezer dah mencair sepenuhnya. tp masih bernasib baik sebab masih sejuk dan belum mengeluarkan bauan yang tidak sepatutnya.

namun.....tragisnya stok ebm nuha turut menjadi mangsa. dalam berbelas botol yang ada hanya tiga yang aku yakin masih boleh digunakan sebab disimpan di dalam freezer dan masih sejuk. while the rest, yang aku simpan dalam chiller, down the drain they went. mula-mula teragak2 juga nak buang ka nak simpan sebab bukan senang nak dapat balik stok tu. bertimpa plak dengan aku punya cik 'b' yang dah cedera parah sebelah, tak bleh nak perah dengan pum. bila marmet, yang dapat tak la sebanyak bila guna pum. tapi bila dirujuk pada sahabat yang kami di sini dah angkat dia sebagai pakar penyusuan, dinasihatkan untuk buang sebab takut dah tak elok dan memudaratkan nuha kalau diberi. 

so lani, aku terpaksa up kan balik sesi pumping utk buat stok. actually nuha minum sehari dalam 8-10 oz je di rumah pengasuh tapi takut tetiba kena pegi out station. tambah plak sampai arini pun cik 'b' i yang sebelah tu masih luka dan sebelah lagi dah mula pedih sebab 'dia' terpaksa kerja lebih. bila direct feeding terpaksa bagi sebelah je sebab yang luka tu sangat sakit bila dia hisap. gusi pun dah makin keras dan nuha dah pandai main tarik-tarik bila menyusu so yang luka tu bertambah sakit jadinya. terpaksa la direhatkan sebelah sementara dia nak lega sepenuhnya. 

apapun aku bersyukur sebab susu masih mencukupi walaupun tak banyak. semoga aku terus mempunyai kekuatan dan kesabaran untuk memberi susu badan pada nuha tanpa perlu campur dengan susu formula. amin, ya ALLAH. 

inilah stok yang 'terkorban' menunggu untuk dilupuskan.
*sob, sob, sob*

Thursday, October 24, 2013

aidil adha 1434

hari ni dah 20 zulhijjah, rombongan pertama jemaah haji malaysia pun dah sampai balik dah ke rumah mereka aku baru nak citer pasal sambutan raya haji kami sekeluarga. well, better late than never kan...

raya haji tahun ni sangat sibuk. bermula dengan upacara korban di pagi raya pertama. tahun ni family abang telah berpakat membeli seekor lembu untuk dibuat korban dan aqiqah. alhamdulillah, tahun ni aku berjaya buat korban setelah sekian lama tanam niat nak buat. daging korban kami tak buat kenduri cuma disedekahkan kepada org kampung. raya haji kali ni sejuk sebab beraya dalam hujan. petang raya kedua dah balik ke penang balik sebab kerja dan sekolah esoknya.
keluarga ustaz fauzi

keesokan malamnya pulak, iaitu hari khamis kami bergerak ke jitra sebab esoknya akan berlangsung majlis akad nikah ateh. akad nikah di sebelah paginya di masjid aa'la dan kenduri di taman indera yang disekalikan dengan kenduri aqiqah nuha dan zaidan. alhamdulillah, pada hari jumaat yang berkat, 6 zulhijjah 2013, ateh selamat diijabkabulkan dengan syed hafiz dengan berwalikan abah. sekarang semua anak abah dah 'lepas rumah', selesailah tanggungjawab abah dengan semua anak-anak perempuannya. semua 'geran' dah tukaq nama 'pemilik'nya. huhuhuhu....sayu plak rasanya hati ini mengenagkan semua adik-adik aku dah jadi isteri dan suami orang.....


pengantin terakhir keluarga abah din
akad terakhir abah sebagai wali
zaidan dan nuha - another 'pengantin' of the day
hantaran pihak lelaki

jejak kasih dengan fika dan siza ~ selepas 13 tahun masing2 masih maintain lagi
 (termasuk yang tengah2 tu. hihihihihi.....)


belum hilang penat kenduri di jitra, seawal pagi esoknya kami bertolak balik ke merbok pulak sebab kenduri kawin maksu nab. see...how buzy we were! (penang - merbok - penang - jitra - merbok - penang ~ in one week). sampai di sana pengantin dah selesai akad nikah, tak sempat nak tengok. kenduri ni asalnya nak buat kecik-kecik jer, tp sekali tetamu yang mai lebih dari jangkaan. pengantin terpaksa order tambah nasi tomato untuk topup nasi kenduri. mungkin sebab ini jelah kenduri kawin yang lang a.k.a mak pengantin buat memandangkan pengantin tu jelah anaknya. itu pun sebelah petangnya hujan mencurah-curah membawa ke malam. kalau tak, agaknya lagi ramai yang mai. bila kenduri ni yang paling bahagia adalah anak-anak. seharian dapat makan gula-gula, dapat main dengan kawan-kawan yang ramai sampai mama tak nampak kelibat langsung tiga beradik tu.

demikianlah kisah raya haji kami tahun ni. walaupun cuti pendek tapi penuh agenda. insyaallah, cuti sekolah hujung tahun ni several other big events akan berlangsung ~ kenduri a'aa, family day abah ya, abang dgn parents dia nak p umrah dan kenduri ateh. moga2 semua yang dirancang akan berjalan lancar dan urusan-urusan kami ini dipermudahkan, insyaallah.  

Tuesday, October 8, 2013

K.U.T.U. oh kutu

salam sejahtera semua dan selamat bersiaran. apa kabar semua? macamana semua, bila dah melangkah masuk ke suku terakhir tahun 2013, banyak yang telah dicapai? atau masih banyak yang menjadi tunggakan? well, kalau masih banyak yang perlu diselesaikan tahun ni, sekarang dah  kena start tekan minyak dan tingkatkan daya pecutan kalau mahu mencapai garis penanmat sebelum 2013 melabuh tirai. alhamdulillah, setelah beberapa lama tak ada perkembangan dalam blog ni arini dapat kesempatan kembali ke udara bersama tuan-tuan dan puan-puan semua (hehehe...bajet macam jadi host rancangan tv plak).

jadi  apa topik kita hari ni? mesti dah dapat petunjuk dari tajuk di ataskan. ia tidak ada kena mengena dengan main kutu yang kita dok kutip duit dan buat cabutan sapa yang dpat ikut giliran dua minggu sekali ka, sebulan sekali ka. atau yang mak-mak kita dok bayaq duit tiap2 bulan untuk beli pinggan mangkuk atau periuk belanga atau kain batik atau toto. no, no, no...kutu yang cik ct nak citer arini adalah tentang kutu yang dok di rambut yang adanya menyebabkan kepala kita menjadi sangatlah gatal dan merenyam.

al-kisahnya, bebaru ni cik ct dok berehat2 di ruang tamu rumah banglo pinjam cik ct dengan anak-anak. sekali, cik ct terpandang rambut anak teruna kecik cik ct macam ada salji. apa kekdahnyakan, sah2 kita ni iklim khatulistiwa. so cik ct terus pegang kepala dia, dan bila dibelek, ditenung, diteliti rupa-rupanya teluq K.U.T.U. ayoyoyoyo!!! terus cik ct cari sikat rapat a.k.a. sikat kutu dan bermulalah operasi memburu. bukan satu kepala tapi empat kepala (termasuk kepala yours truly) dan hasilnya seekor kutu berjaya dibunuh. tak tau la malang ka bertuah sebab dapat seekor sahaja setelah beberapa lama menyeksakan diri anak-anak menahan sakit disikat dengan sikat kutu tu (sapa yang biasa guna, tahulah 'azabnya' bila kena sikat kutu ni). dan 'salji' tu plak semuanya kosong xdak isi dah. sehingga hari ni belum ada lagi sesi pemburuan susulan yang dibuat tapi setakat diri cik ct sendiri, tak dak la plak terasa gatal-gatal. jadi besarlah harapan memang dah tak ada la serangga parasit itu di rambutku yang ikal lagi mayang ini.....

sebenarnya, kutu ni taklah sampai tahap membahayakan kesihatan tapi dia menyebabkan ketidakselesaan akibat gatal di kepala. bagi sesetengah orang dia tidak terasa gatal walaupun ada kutu di kepalanya (anak-anak cik ct la tu) tapi ada orang yang akan sentiasa menggaru-garu kepalanya sehingga ada yang sampai melecet kulit kepala. lecetan itu kalau dibiarkan mungkin akan menjadi punca kepada sesuatu yang lebih serius. satu lagi kutu ni tak semestinya ada pada mereka yang berambut panjang sahaja tapi mereka yang berambut ala mawi pun bleh kena (anak-anak2 cik ct la juga tu). jadi kalau seorang dalam rumah tu ada terkena jangkitan kutu ni, maka seisi rumah berisiko utk dapat melainkan kalau dia tiada rambut.

cara paling mudah untuk hapuskan kutu ni adalah menggunakan sikat kutu. kalau nak up skit, beli ubat anti-kutu yang ada jual kat farmasi. tapi tetap kena guna sikat kutu lepas pakai ubat tu. selain itu kalau yang mempunyai tahap refleks dan ketajaman mata yang tinggi bolehlah gunakan kaedah pemburuan manual. maksudnya, belek kepala, selak rambut untuk cari kutu yang biasanya ada di pangkal rambut dan kulit kepala. tapi terus terang cakap, cik ct sendiri fail kalau guna cara ni.

kutu oh kutu

untuk bacaan lanjut, bleh baca kat sini iaitu artikel terkini dr. zubaidi. kebetulan dia pun tulis tentang ini. jadi, pesanan cik ct pada arini, kepada ibu-ibu, bapa-bapa, tengok2lah kepala dan rambut anak-anak kita sama yer.....

cancincau!

Monday, September 30, 2013

saya sayang kawan saya


dedikasi khas untuk teman-teman seUM - JSU, API, Permadah; seKI dan se MMPAS terutamanya the 'power rangers', housemates 21212 dan classmates 4858. i really really REALLY miss you all.


Monday, September 2, 2013

Solid Food - Satu Pengenalan

Weekend lepas bermula la fasa baru dalam hidup Nuha di mana dia mula diperkenalkan dengan solid food. Untuk menu pertamanya mama mencuba resepi bubur nasi dicampur dengan EBM. As predicted, lebih banyak yang disembur dari ditelan. Untuk hari ini, mama mencuba nasi dan kentang. So pepagi tadi mama blendkan bubur nasi dan kentang yang dimasak semalam dan tapaukan untuk ke rumah pengasuh. Tak tau la macamana penerimaan dia, petang nanti baru nak ambil laporan dari babysitter, but hopefully Nuha is not a picky eater.

Jadi sempena dengan ini, mama nak kongsila sedikit maklumat yang mama dapat dari webpage pa&ma tentang asas untuk perkenalkan makanan pejal pada anak. Moga panduan ini dapat membantu mama dan ibu-ibu lain di luar sana yang sama-sama melalui peringkat ini.


muka budak tak nak makan


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Proses memperkenalkan bayi kepada makanan pejal boleh dilakukan selepas bayi berusia enam bulan. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara perlu diberikan perhatian.




Berikut adalah 10 perkara yang perlu diambil kira oleh semua ibu bapa sebelum memberi bayi makan makanan pejal.



1. Bayi berusia enam hingga lapan bulan perlu diberi makanan pejal di antara dua hingga tiga kali sehari.

2. Jangan sesekali mendesak anak makan banyak pada satu-satu masa. Beri bayi anda masa untuk belajar makan makanan pejal.

3. Makanan pejal yang sesuai untuk bayi berusia enam bulan ialah puri. Puri tersebut bolehlah dicairkan dengan mencampurkannya bersama susu ibu.

4. Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, pisang, labu, lobak merah, kentang dan brokoli sesuai untuk dijadikan puri.

5. Pada peringkat permulaan, elakkan memberi bayi anda makanan yang boleh menyebabkan masalah alergi seperti keju, kekacang, makanan laut dan telur.

6. Jangan sesekali menambah garam atau gula dalam makanan bayi anda kerana buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut.

7. Mulalah perkenalkan makanan jejari selepas anak anda semakin pandai makan iaitu ketika usia sekitar lapan bulan.

8. Jika anak menolak makanan yang anda berikan padanya. Jangan marah dan terus memaksa anak makan makanan tersebut. Mungkin bayi anda belum bersedia menerima makanan tersebut. Cuba berikan anak menu lain. Paling penting, ibu bapa jangan cepat berputus asa.

9. Ketika memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, beri dia menu yang sama selama empat hingga tujuh hari. Hal ini penting untuk melihat tindak balas tubuh anak terhadap makanan tersebut. Adakah dia mengalami masalah penghadaman atau alah kepada makanan yang anda berikan itu.

10. Sekiranya anak anda demam atau sakit, anda perlu memberi dia minum banyak air dan berikan dia makanan yang paling digemarinya.

Thursday, August 29, 2013

enam bulan dah......!

Hari ni 29hb Ogos 2013 bersamaan 22 Syawal 1434 yang menandakan anakanda putri solehah mama dah masuk enam bulan. Alhamdulillah. Yang juga membawa makna yang besar kepada mama kerana julung kalinya (walaupun anak dah empat...) mama berjaya memberi susu badan secara eksklusif untuk Nuha. Allahu Akbar! Mama sendiri tak sangka mama mampu mencapai ketahap ini. Bukan takat mama ja kagum dengan diri mama, tapi kawan-kawan mama pun kagum dengan kesungguhan mama kali ni. Rasa terkilan juga, kenapa dulu mama tak setekad dan senekad ini dalam memberi susu ibu pada abang-abang Nuha. Tapi benda dah lepas, jangan dikenang. Yang penting terus melangkah ke hadapan. So sekarang, misi seterusnya adalah untuk memberikan makanan yang sepenuhnya dimasak di rumah. No nestum, insyaallah. Juga teruskan memberi susu ibu sehingga setahun. Moga-moga terlaksana hasrat mama ini. insyaallah. Amin.......
1 hari
1 bulan


2 bulan

3 bulan

4 bulan

5 bulan

Thursday, August 1, 2013

Projek raya mama.

Setelah sekian lama terperam dalam kotak akhirnya butang-butang yg telah diupgrade kepada brooches bakal bertemu tuan-tuannya. Insyaallah, brooches ni akan menjadi ole2 utk my nieces sempena raya. Nuha tak bleh pkai brooch lagi so nuha dpt yg lain. Apa dia, nanti dah siap mama tunjuk.

Alkisahnya, butang-butang ni dh setahun lbh ada dlm simpanan. Mostly mama beli masa mama blum mengandung pun lagi. Namun kerana 'M' yg sgt besaq butang remain butang, until tonite. Brooches done, malam esk kita proceed with a new project. Tungguuu...

Friday, July 12, 2013

cuci mulut ~ sagu gula melaka

ramadan kareem semua.

alhamdulillah, hari ni jumaat pertama ramadan 1434, hari ketiga kita berpuasa untuk tahun ni. jadi untuk hari ni cik ct nak kongsi dengan teman-teman resepi dessert yang paling mudah dan menjadi kegemaran cik ct iaitu sagu gula melaka. cik ct ingat lagi first time cik ct makan juadah ni ketika menjawat jawatan pelajar kat rumah u kira-kira 12 tahun yg lalu dan i terus jatuh cinta pandang pertama.

so bahan-bahannya;

sagu - biasanya orang guna yang kecik
gula merah + melaka + gula pasir (kalau perlu)
susu segar - boleh juga guna santan kalau nak yang lebih 'authentic'.

cara menyediakannya;

didihkan air dalam periuk. air ikut anggaran dengan banyaknya sagu yang kita nak masak. [tips: biar air kurang tak apa sebab kita boleh tambah dari masa ke masa].
masukkan sagu ke dalam air mendidih, kecilkan api. kacau sagu dari masa ke masa sehingga masak. macamana nak tau sagu tu masak ke belum ~ sehingga warna putih asalnya bertukar menjadi jernih.
pada masa yang sama masak air + gula merah + gula melaka sehingga menjadi air gula. tambah gula pasir jika kurang manis.

cara menikmatinya;

masukkan sagu ke dalam mangkuk. campurkan air gula dan susu sesesap rasa. boleh dinikmati panas atau sejuk. wallah!!! sangat menyegarkan.....sedaaaaap.......

so teman-teman, bolehla cuba untuk menu pencuci mulut petang ni.

nyum nyum nyum

Wednesday, July 3, 2013

Rezeki Nuha


hasil tuaian hari ini - 8oz + 4oz + 4oz


Alhamdulillah. Sekarang Nuha dah empat bulan. Pegi checkup baru ni putri mama dah 7.3 kg dan pembesarannya seperti yg sepatutnya. Syukur pada Allah. Lebih membanggakan anakanda putri solehah mama ini membesar dgn susu mama sepenuhnya. Kali ni mama memang bertekad nak memberikan Nuha susu mama se'eksklusif'nya sehingga Nuha enam bulan. Syukur rezeki Nuha sgt murah. Setiap hari, dgn dua sesi memerah mama dapat 12 hingga 18 oz ebm. Nuha plak setiap hari minum 8 ke 10 oz maka memang berlebihla dan dpt dijadikan frozen dan chilled stok, persediaan jika musim 'kemarau' melanda.

Minggu depan, kita akan mula berpuasa. Moga-moga bekalan utk Nuha akan berterusan. Amin.



Tuesday, July 2, 2013

Jaga dan Jagalah Anak Kita.....

pagi tadi mama bawa nuha untuk pemeriksaan bulanan dia. semasa dok tunggu giliran, datang seorang uncle ni bawa seorang budak yang dahinya luka berdarah. at first mama assume budak tu cucu dia tapi rupa-rupanya uncle tu jumpa budak tu tengah menangis tepi jalan dengan dahi berdarah. terus dia bawa budak tu naik motor datang klinik. masa anak malang tu diberikan rawatan, uncle ni cuba cari maklumat tentang budak ni tapi malangnya dalam beg sekolah cuma ada buku latihan sahaja. nama pun tak tertulis atas buku tu. rupanya pakcik ni memang tak kenal langsung budak tu. bila ditanya budak tu hanya menangis dan sebut mak. well, budak kecik....mama rasa 5 atau 6 tahun, dikelilingi orang-orang yang tak dikenali, dalam kesakitan, tentu saja dia tertekan dan tak mahu bercakap. petunjuk yang ada cuma nama tadika yang tertulis di baju yang dipakai. tadi masa mama balik lepas nuha dah habih checkup - yang by da way just take half and hour - pihak klinik tengah mencari no telefon tadika anak malang tu untuk dihubungi.

so hari ni mama dapat tazkirah yang sangat berguna. janganla ambik mudah dengan keselamatan anak-anak ni. walaupun mungkin rumah budak tadi tu dekat jer dengan sekolah, ibu bapa, penjaga sepatutnya pastikan anak sampai ke sekolah dengan selamat. kalau tak hantar sendiri pun, hantaq la dengan mata, tengok sampai dia masuk kawasan sekolah. nasib baik budak tu cuma cedera sikit, kalau kata dilanggar kereta siapa yang akan menyesal. dan lagi nasib baik ada yang sudi menolong, bawa pergi klinik. andai kata yang jumpa tu malaun tak ka menangis tak berlagu. tak mustahil tragedi dirang berulang lagi.

satu lagi, pastikan maklumat-maklumat penting seperti nama anak, no telefon parents ada pada beg sekolah anak. buat tag kalau boleh supaya kalau jadi macam ni, orang yang nak tolong boleh hubungi kita. Ya Allah, memang mama dapat iktibar sungguh pagi ni. Allahu Akbar!

untuk pakcik yang baik hati itu, walaupun pakcik bukan seagama dan sebangsa dengan saya, saya berdoa moga Allah berikan balasan yang sebaiknya atas jasa dan budi pakcik tu. saya tabik pakcik.

Wednesday, June 26, 2013

gula oh gula

a note to myself.

since 2 pregnancies i've been diagnose with GDM and a month ago i did MGTT and the reasult was so not good. after two hour my result show 7.8 which mean i've tendency to get diabetis. with family history, both my parents are diabetic i think i should take precaution and equipt myself with sufficiant knowledge on this matter. this is a good read and very informative.

http://drzubaidi.com/blog/?p=1720


by the way, this morning i did a RBS test and the result was 6.4, and that was before breakfast. huhuhuhuhu.....i have to watch and control my diet la ni..............

Wednesday, June 19, 2013

Mama and baby wearing

mama mula 'terjebak' dalam baby-wearing ni selepas anak ketiga. masa tu mama mula berjinak-jinak dengan online shopping dan semasa me'window-shopping' di salah sebuah butik baby online mama jatuh cinta dengan sling ring. tapi sebono-benonya sling ring ni tak asing pun dgn mama sebab bonda terchenta dah lama amalkan dalam kehidupan kami sejak dari dulu. wong jowo kan memang sinonimlah dengan gendong ni. cuma versi yang mama pilih ni versi yang dimodenkan - kain cantik, dijahit khas untuk tujuan menggendong budak dan menggunakan ring sebagai mekanisme mengikatnya, berbanding versi dolo2 yang semata-mata kain batik lepas yang disimpulkan. sekarang ni dah lagi bercambah jenis-jenis baby wearing ni yang mama pun tak terikut perkembangannya. bagi mama biarlah, mama setia pada yang ada ni. selagi kain hijau ni masih kukuh maka biarlah dia berkhidmat untuk mama dan anak-anak.....

cubaan pertama dengan adib

mama dan adib


mama dan nuha
 
nuha yang lena dalam dakapan mama



Sunday, May 12, 2013

05052013

Kenangan hari 'raya' malaysia ke 13 bersamaan 5 mei 2013, hari ahad.

1-My third time memangkah.
2-Kali pertama cat 'kekal' digunakan oleh SPR.
3-Isu penghuni hantu semakin serius, dikatakan ramai WA dpt mengundi sbb ada ic.
4-PRU yg paling lama tempoh pengiraan. Pkl 3 br bleh umum pembentukan kerajaan. Tu pun masih ada kerusi parlimen dan dun yg belum tahu result.

Keputusannya BN sekali lg mendapat mandat utk mentadbir negara bg 5 tahun lg. BN mendapat kembali Kedah, so negeri PR tinggal Kelantan, Selangor dan Penang. Namun PR semakin berpengaruh dgn peningkatan jumlah kerusi yg dimenangi di parlimen dan dun. So sekarang utk yg menang, tempoh bekerja dan memenuhi semua janji2 yg ditabur sepanjang berkempen dulu. Bagi yg kalah, buat post-mortem, improve dan susun semula barisan.

PRU, kita jumpa lagi 5 tahun yg akan datang.

Sisters bonding.
Teruja nak memangkah.

Nuha and Mama

Monday, April 8, 2013

cubaan pertama

hari ni mama was playing around with my new gadjet. actually sebelum ni dah try guna tp yg manual. so ptg td mama try double pumping guna moto.
jakun jg la, tak biasa guna, dan tak penah tgk org guna. kejap-kejap belek manual, kejap-kejap belek manual. not bad la hasil perahan. for 20 min i manage to get 6 oz.
tp yg tak bestnya, dia punya suction agak menyakitkan. rasa pedih yg sampai malam pun masih terasa. tapi kalau yg manual ok je. so tak taula kalau itu disebabkan kesilapan teknikal, yela br 1st try kan. esk cuba lg dan harapnya it will be better. insyaallah. By da way untuk yang tertanya pump cap apa yg mama nuha guna~ kalau ada yg tanya la ~ mama nuha guna rumble tuff. More info tentang pum ni bleh baca entry mama yg ni.



Thursday, March 28, 2013

dah sebulan

alhamdulillah, hari ni nuha dah sebulan. td pergi checkup dan syukur semuanya baik. berat dah 4.1 kg (born - 3.6 kg, 10 hari - 3.6 kg, 20 hari - 4 kg).

p/s: lagi 2 minggu je lagi utk merdeka...yess!!

Sunday, March 17, 2013

Thursday, March 14, 2013

It is official!

Setelah mama dan abah mencari, meng'google', mentelaah buku, internet, kamus akhirnya puteri dimasyhurkan dgn nama NUHA AFRYNA.

Saturday, March 2, 2013

Ahlan wa sahlan ya binti fauzi

Alhamdulillah, tepat jam 4.40 ptg, 28 feb 2013, puteri yg dinanti selamat dilahirkan. Sesungguhnya Allah Maha Kaya dgn kasih syg dan rahmatnya, puteri ini lahir dgn sgt mudah sekali. Allahu akbar!

Sunday, February 24, 2013

masih menanti dan menghitung hari

hari ni mama dah memasuki minggu ke 39. nampak gaya baby ni pun nak ikut jejak langkah abang-abang 3a.


aniq aufa mama mengandungkan dia 42 minggu. lps 10 hari overdue doktor induce. 2 kali msk ubt kat bwh utk bukakan jln tp tak berjaya so tolak masuk labour room, doktor bg yg drip plak. hampir2 nak kena czer sbb baby dh distress tp alhamdulillah, sblm maghrib 4.12.2004, aniq lahir secara normal. tp..... uri lekat. mgkn sbb terlebih tempoh kot. so mama dipengsankan dan doktor buat mrp procedure utk keluarkan uri.



ashraf plak lewat 3 hari dr tarikh jgka. hari yg mama start cuti. start sakit dr zohor dan sampai maghrib sakitnya mkn kerap. alhamdulillah,  sempat buka puasa. yg syoknya bila mama bgtau abah, abah kata eskla kita pi hosp sbb dh mmg rancang nak blk jitra esk tu. tp memandangkan dah sakit sgt - tanda lain tak ada, mama ajak jg pi hosp bersalin png (MHPP) dan sampai sana doktor kata dah buka beberapa cm, so klu tak mlm tu, awl pg esknya akn bersalin. alhamdulillah, pkl 12 lbh 6.10.2006, amir ashraf lahir. rupanya dia nak jd hadiah birthday abah dia.



adib akhyar lahir genap 40 minggu. induce sbb mama gdm. 2 kali jg msk ubt baru terbuka jalan. pkl 9 lbh mlm msk labour room, pkl 10 lbh adib lahir. alhamdulillah, adib plg mudah bsalin. mama tak kena jahit lgsg. harap2 kelahiran baby ni pun mcm abg adib dia la.

itula serba sikit pengalaman mama sepanjang 3 kali bersalin ni. setiap satunya ada kisah dan keunikan tersendiri. moga2 yg akan lahir ni ALLAH permudahkan proses kelahirannya dan dipelihara dari sebarang masalah dan kesulitan. insyaallah, amin.

Saturday, February 16, 2013

jemputan umrah


alhamdulillah, akhirnya hasrat mak abah nak menunaikan umrah tercapai. ditemani ateh, mereka bertiga telah berlepas ke tanah suci pd 27/1 dr bayan lepas png trus ke jeddah dgn penerbangan yg disewa khas oleh asari murni (agensi yg menjadi pilihan abah) utk jemaah umrah kali ini. setelah 10 hari, mereka telah kembali dgn selamat ke tanah air. moga lepas ni hasrat utk menunaikan haji pulak akan terlaksana. aku jg harap aku pun dpt menjadi tetamu Allah dlm masa terdekat ni. insyaallah, amin!


at the airport
my bodyguards in their ole2 dari sana.

Wednesday, February 13, 2013

menghitung hari

ini entry pertama aku tentang kehamilan aku. yep, i'm pregnant and in my last trimester. to be exact 37 weeks. alhamdulillah, utk kali keempatnya aku mengandung tanpa alahan. setakat loya masa awal2 tu adala tp tak la sampai lembek tak bgn.

cuma bla msk 2nd trimester mcm2 hal yg berlaku. aku mula rasa sakit bdn, semput dan kaki bengkak. kali ni bengkak agak teruk, sampai ke betis atas. bila solat terasa sgt tidak selesa. kemudian bila buat 2nd mgtt sangkut, so kena buat bsp 2 minggu skali. hb rendah, as usual, asyik 10 je. mkn iberex folic pun msh sama. tp plg tak tahan, entah kenapa kali ni aku kena prolong uti. dah mkn antibiotik pun tak nak hilang. ada skali tu aku kena bg urine sample sampai 4 kali sbb result tak cantik. last2 doktor kat klinik refer ke hosp. mmg hari dlm sejarah sbb aku kena naik ambulan pi hospital. bila aku kata aku nak pi sendiri doktor kata tak boleh, prosedur. so for da 1st time in my life, aku naik ambulan, siap dgn siren semua. tp kelakarnya smpai hosp, lps dua jam kat bhgn triage doktor bg aku blk. buat gempaq je kan... itulah antara pengalaman mengandung kali ni.
jantina? well, dah scan tp tunggula dah keluaq nanti cheq tunjuk. setakat skarang biarlah rahsia. ;-)


mak buyung in red



Wednesday, January 30, 2013

Tumpang bangga

Beliau merupakan rakan sekuliah semasa menuntut di Universiti Malaya dulu. Kami sama-sama mengambil jurusan Syariah Undang-undang di APIUM. Sejak dulu abang mat (itulah nama gelaran kami semua padanya, sementelah dia antara yang senior di antara kami semua) memang seorang yang sangat vokal juga aktif sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Melihat pencapaian beliau sekarang terutama komitmen beliau dalam membantu golongan yang terpinggir cik ct selaku teman sekelas beliau tumpang berbangga walaupun hakikatnya kami tidaklah serapat mana. Entah-entah dia pun tak ingat cik ct ni yang mana...yelah i ni kan sejak azali jenis low profile.....back-bencher. :-)

Dalam Kosmo harini ada rencana tentang beliau dan usaha beliau untuk membantu golongan pengidap HIV. Cik ct doakan abang mat sentiasa diberi kekuatan dan kesabaran serta ketabahan meneruskan usaha dakwah ini dan semakin ramai pihak yang dibukakan hati untuk tampil membantu abang mat. Moga-moga setiap usaha yang dilakukan beliau akan dikira sebagai ibadah dan jihad ke ke jalan Allah. Insyaallah, amin.

Thursday, January 24, 2013

3A dan sekolah

Alhamdulillah, minggu ni minggu keempat kita melangkah ke tahun 2013. Maknanya empat minggu juga la anak-anak bersekolah. Tahun ni 3A mama semua pi sekolah ~ aniq darjah 3, ashraf darjah 1 dan adib ke tadika empat tahun. Syukur pd Allah anak-anak tak ada masalah nak pegi sekolah dan dapat menyesuaikan diri dgn jadual baru mereka. Ashraf la yg nampak keletihan sbb baru merasai pengalaman bersekolah penuh, ptg plak ke kelas KAFA. Aniq dah tahun ketiga, dah expert. Lani dia la yang bertanggngjawab tengokkan adik dia di sekolah pagi dan petang terutama time rehat. Dia akan tunggu ashraf untuk beli makanan sama-sama.

Adib plak pi tadika mcm ikan masuk dlm air, langsung tak ada masalah. Hari pertama kelas bermula mama tak dapat tunggu sbb ada mesyuarat di Putrajaya tp dia tak kisah. Ptg tu dgn excitednya dia bgtau mama dia suka pi sekolah. :-)

Harapnya semangat anak-anak akan terus membara sampai ke hjg thn dan mereka akan sukses dlm pembelajaran mereka. Mama harap mereka akan mencuba yg terbaik yg mereka mampu. Mama jg berdoa mama diberi kesabaran yg tinggi utk membimbing dan membantu mereka dlm pelajaran mereka. Insyaallah...amin.


ashraf on his oreantation day
 ~ seriusnya anak mama~


Tuesday, January 22, 2013

Gajet baru mama

Setelah beberapa lama mencari akhirnya inilah pilihan cik ct. Kalau ikut kawan-kawan cik ct, mostly pakai medela free-style. Mmg fs ni ranking teratasla dlm breastpump ni tp harga dia pun teratasla jg.

Jd cik ct pun buat survey kat kedai dan online. Mula-mula cik ct plan nak beli avent manual je tp bila banding harga, function.. hasilnya spt yg tertera. Rumble tuff breast pump. Cik ct beli online dr littlewhiz dgn hrga rm400+ pakej skali dgn beg dan botol.

Kenapa rumble tuff? Kerana function dia - bleh guna manual, bateri, elektrik pd 1 harga, double pumping dan of course la harga dia yg affordable.

Harapnya dgn pelaburan ni mama akan bersemangat utk breastfeed sepenuhnya.


ini basic items - beg, motor, 2 suction cups. 2 bottles, and manual pump


ini plak tambahan yg dapat dgn pakej yg dipilih - autumz beg, 8 bottles and ice pack. yg putih tu mesh beg ~ guna utk keringkan aparatus selepas dicuci. yg tu i beli asing. 


ini kotak luarnya. ~ terbalik la plak.


ini rupanya dalam kotak.


Monday, January 21, 2013

Us - di suatu masa dulu

Kami sekeluarga kira-kira 20 tahun yg lalu. How time fly. Sekarang semua dah jadi isteri dan suami org - kecuali ateh, tu pun tak lama dah kot. Lagi 20 tahun? Allah Yg Maha Mengetahui.


psssttt: seriusnya org yang pakai tudung hijau kat belakang tu kan......dah la spek beso.... ;-)

Thursday, January 10, 2013

bila birthday mama

# pssstttt: ini mode entry tertangguh yer..... ;-P


sambutan birthday tahun ni antara yang paling best dalam banyak-banyak birthday aku yang aku pernah sambut. pertama, ianya jatuh hari cuti iaitu hari ahad. kedua aku sambut dengan my heroes and my beloved parents dan ketiga kami raikan seharian suntuk di kl dan sampai ke taiping.

aturcara pertama hari tu adalah menerokai petrosains klcc. mungkin bagi kebanyakan org, apalah sangat dengan petrosains tu tapi bagi aku itu antara tempat yg telah lama aku idamkan. dulu masa belajar teringin dah nak pi tapi sebab tak ada sapa yang sudi temankan maka takat tgk gerbang jela. then bila dah ada anak keinginan nak bawa anak melawat dan meneroka petrosains ni membuak-buak jadinya. tapi malangnya tak pernah berjaya, ada saja halangan ~ kekangan masa, tiket dah sold out, que yg teramaaaaaaaaaaatla panjang, petrosain tutup ~ maka hajat tak kesampaian.

me @petrosains ~ a dream comes true

mak teh & the kids

alhamdulillah, syukur pada Allah, pada 30.12.2012 aku akhirnya berjaya menjejak kaki ke situ. rezeki birthday girl. dan yang paling best, jadi group pertama masuk dalam tu. yelah, punya excited nak masuk petrosains, pukul 9 dah tercongok kat pintu depan dia [kaunter tiket dia 9.30 baru buka]. memang berbaloila rasanya tambah-tambah bila melihat keterujaan anak-anak teruna aku mencuba setiap aktiviti yang ada di situ. betulla orang kata, bila dah jadi emak ni, kebahagiaan kita adalah bila anak-anak gembira dan anak-anak aku memang sangat gembira. tp bukan takat anak-anak jer, kakikwan dan nenek pun sama naik seronok dengan cucu since it was their first experiance too. we all really enjoying ourselves there.




abah & acap @ hurricane camber



dalam 'ketapi'

setelah lebih 3 jam di dalam tu kami bergerak ke kl sentral dengan menaiki putra lrt. saja nak bagi pengalaman kepada 3A merasa naik 'ketapi'. tp sebab kepenatan dan kelaparan, mereka tak teruja sangat. siap terlentok lena lagi. ish, ish ish...tak patut sungguh. sampai kat kl sentral, kami terus ke food court dia untuk lunch. dah kenyang kami pusing kl sentral sekejap dan terus ambik lrt balik ke klcc. time ni, baru nampak keterujaan anak-anak naik lrt. yelah, bateri dah recaj. org plak tak ramai dalam gerabak kami tu, memang tak duduk diam la sepanjang perjalanan balik tu. satu gerabak depa tawan.

 
dari klcc kami terus bergerak balik ke utara. tapi tak abih lagi....malam tu kami transit di taiping, menginap di hotel flamington dekat taman tasik taiping. yang ni demi memenuhi impian anak-anak, 'nak tidur hotel dengan mandi kolam'.
3A yg happy ~ impian terlaksana.

so begitulah aku menyambut hari tua aku tahun ni, dan juga menutup tirai 2012. semoga pertambahan umur ini meningkatkan kematangan aku dalam menempuhi hidup sebagai isteri, ibu, anak, kakak, menantu, pekerja, bos dan paling penting sebagai hamba ALLAH.

sanah helwa cik ct payung....

Tuesday, January 8, 2013

selamat datang 2013

dah lapan hari kita tukaq kalender 2013 dan baru hari ini ada kesempatan dan keinginan nak tulis sesuatu. banyak perkara yang dah terjadi sepanjang 2012 ni dan yang menanti 2013 pun macam-macam tapi tuan rumah belum berkempatan dan berkerajinan nak berhikayat. insyaallah, akan diusahakan sedikit masa lagi. jadi sehingga masa itu, selamat tahun baru semua. semoga tahun 2013 ni membawa lebih makna dan lebih kebaikan untuk kita semua.