Wednesday, July 25, 2012

ramadan 1433

semakin lama semakin jarang aku meninggalkan jejak di sini walaupun hakikatnya setiap hari aku bertandang ke mari. entahlah, serasa berat tangan untuk mengarang sedangkan banyak ceritera yang boleh dikisahkan.

alhamdulillah, setahun lagi telah berlalu dan aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati rahmat ramadan. tahun ni kami berpuasa di rumah baru dengan pertambahan ahli yang berpuasa. alhamdulillah, masuk hari kelima ni, ashraf berjaya berpuasa penuh tanpa tinggal dan mama doakan ashraf diberi kekuatan untuk puasa penuh sebulan. aniq memang dah alah bisa tegal biasa. jadi waktu berbuka dan bersahur makin meriah la sekarang. syukur ya Allah.

satu lagi kenangan indah ramadan ni, jatuhnya satu ramadan 1433 bersamaan dengan 21 jun, ulangtahun kelahiran bonda tersayang. dan hadiah paling bermakna buat bonda, semua anak, menantu dan cucu balik berhimpun bersama-sama untuk meraikan hari bonda ini. yang tiada hanya adik iparku yang terpaksa bertugas syif petang. walaupun sekadar sambutan ringkas bermula dengan acara berbuka puasa dengan juadah yang sederhana, solat maghrib dan isya' serta tarawih berjamaah diikuti dengan bacaan tahlil namun ia memberikan seribu pengertian dan kenangan yang indah buat bonda dan kami sekeluarga.

buat bonda tersayang, 'along sayang mak. maklah sumber inspirasi, model, dan contoh terbaik along. along sentiasa mendoakan mak diberikan kesihatan dan kelapangan dalam hidup untuk melakukan apa jua yang mak hajati. masa emak untuk berpenat lelah telah berlalu, sekarang mak nikmatilah masa ini dengan abah sepenuhnya. semoga apa jua impian mak akan tercapai. insyaallah. amin.'



salam ramadan untuk semua.