Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

hari ni hari rabu dengan tarikh yang cantik, 12.12.12.
for me, disember is my month.
~ i was born in this month 34 years ago.~
 ~my wedding receptions was held at the end of december 2003.~
~ i was appointed as PTD in this month back at 2005.~
 ~and my 1st baby was born in this month a year after i'm married.~

 so i really love december.
and with my birthday just around the corner, can't wait to celebrate it.


Tuesday, November 20, 2012

3A 3 gaya

gaya tidur dalam kereta


gaya bebas bila suruh posing


gaya terkini sempena cuti sekolah - 'halussssss......saja'.

Monday, November 19, 2012

Abah


abah
along sayang abah.
sanah helwa ya abati habibi.


Tuesday, October 30, 2012

'cucu kakikwan ada 8 orang.....'

29 oktober 2012.

the arrival of the latest addition to kakikwan's clan.

kakiwan din with his no 8 grandchildren.
 
after three girls, angah dah ada hero, peneman abah pi mengai. tahniah angah dan zaidi.

to muhammad zaidan adha, welcome to our rumbustious dan happening family. semoga jadi anak soleh penyejuk mata mama dan abah dan bodyguard kakak-kakak triple H.


kakak-kakak ikut pintu, dia hero keluaq ikut tingkap.


*pics diciplok dari fb makcik dan kakikwan. dengan izin yer....

Tuesday, October 16, 2012

lagu 1000 kenangan

Permaisuri Hatiku

Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Di antara kekasih pilihan dihati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi
Indahnya perhiasan dunia

Diantara diriku juga diri-mu
Hanya mengharapkan cinta yang Satu
Ku kan binakan mahligai impian-mu
Oh.. sayang ikhlaskanlah hati-mu

Malu-mu bernilai
Kata-mu berhikmah
Hati-mu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Allah

Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Oh Kau Permaisuri di hati-ku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tangan-mu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya disyurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hati ku
Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu

Lagu & Lirik : Abai Os
Hijjaz Records Sdn.Bhd.

Thursday, October 4, 2012

blog oh blog.

aduhai...sejak gila membaca ni, nak menulis jadi segan betul. abih bersawang blog aku ni. ituler, orang berblog kome pun nak berblog, orang rajin update, mike maleh...... kepada yg datang (kalau adala), tuan rumah minta maaf banyak-banyak. tak ada citer baru yg masuk dalam ni walaupun banyak perkara yg berlaku di luar sana. bukan tuan rumah tak ada masa tp abang 'mud' tuan rumah pi cuti-cuti makan angin. ntah biler ler 'dia' nak balik. harap tak lama lagi la.

anyway, thanks a lot for those who has drop by. hopefully there's something u fine interesting somewhere here.


Wednesday, August 1, 2012

parents nowadays ~ so true....huhuhuhu

sedih.....sebab aku pun macam ni.




"aniq, ashraf, adib....mama minta maaf. mama tau mama tak akan pernah jadi ibu yang sempurna tapi mama nak jadi mama yang terbaik untuk anak-anak mama. mama tak mau anak-anak kaya harta tapi miskin kasih sayang, selesa dengan kemewahan tapi merana kerana kurang perhatian dan pendidikan. mama akan usaha untuk beri lebih masa, beri lebih tumpuan dengan anak-anak mama. mama janji.
Ya Allah, Kau bantulah aku mendidik diri ini supaya aku mampu mendidik anak-anakku. Kau berikanlah aku kesabaran, Kau berikanlah aku kekuatan supaya aku mampu menjadikan diriku dan anak-anakku hambu Mu yang taat. Amin ya Rabbalalamin.  insyaallah............."

Wednesday, July 25, 2012

ramadan 1433

semakin lama semakin jarang aku meninggalkan jejak di sini walaupun hakikatnya setiap hari aku bertandang ke mari. entahlah, serasa berat tangan untuk mengarang sedangkan banyak ceritera yang boleh dikisahkan.

alhamdulillah, setahun lagi telah berlalu dan aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati rahmat ramadan. tahun ni kami berpuasa di rumah baru dengan pertambahan ahli yang berpuasa. alhamdulillah, masuk hari kelima ni, ashraf berjaya berpuasa penuh tanpa tinggal dan mama doakan ashraf diberi kekuatan untuk puasa penuh sebulan. aniq memang dah alah bisa tegal biasa. jadi waktu berbuka dan bersahur makin meriah la sekarang. syukur ya Allah.

satu lagi kenangan indah ramadan ni, jatuhnya satu ramadan 1433 bersamaan dengan 21 jun, ulangtahun kelahiran bonda tersayang. dan hadiah paling bermakna buat bonda, semua anak, menantu dan cucu balik berhimpun bersama-sama untuk meraikan hari bonda ini. yang tiada hanya adik iparku yang terpaksa bertugas syif petang. walaupun sekadar sambutan ringkas bermula dengan acara berbuka puasa dengan juadah yang sederhana, solat maghrib dan isya' serta tarawih berjamaah diikuti dengan bacaan tahlil namun ia memberikan seribu pengertian dan kenangan yang indah buat bonda dan kami sekeluarga.

buat bonda tersayang, 'along sayang mak. maklah sumber inspirasi, model, dan contoh terbaik along. along sentiasa mendoakan mak diberikan kesihatan dan kelapangan dalam hidup untuk melakukan apa jua yang mak hajati. masa emak untuk berpenat lelah telah berlalu, sekarang mak nikmatilah masa ini dengan abah sepenuhnya. semoga apa jua impian mak akan tercapai. insyaallah. amin.'



salam ramadan untuk semua.

Wednesday, June 27, 2012

tips utk ibu bekerjaya menjadi suri rumah berjaya.

wah...tajuk tak boleh blah! hehehehe.... actually post ni aku buat ekoran daripada satu post yang aku buat kat salah satu group fb yang aku join. banyak respon berguna yang aku rasa wajar aku kongsi bersama di sini supaya sama-sama kita dapat faedah.


soalan:

salam semua. kbaya nak tanya cara akhwat, esp yg bekerja 8-5 dan tak ada maid membahagikan masa antara urusan rmhtangga (masak, kms rmh, laundry dll), urusan ank yg kecik, study ank yg besaq dan keperluan diri sendiri. sbb selalu rasa ada yg terabai.


jawapan:
puan a - "perasaan tu mmg tak dapat nak elak kak... cara kita mgkin berbeza. bergantung kepada keadaan dan sejauh mana fahamnya pasangan kita terhadap kemampuan diri kita dan sejauh mana dia dpt menerima seadanya perangai dan tabiat kita, huhuhu. Cara saya, pakai to-do-list... buat satu2... macam kat opis.. hehhehe... tp, bila betul tak larat, saya surrender angkat tgn... mtk belas ihsan en hubby... cth: bang, tak larat masak ari ni / bang tak sempat masak ari ni... meeting abih lambat... ayang beli buleh atau abg belikan buleh? hahahaha... biasanya hari cuti la all out apa pun... biasanya kita akan tido paling lmbat sekali selagi tak abih keja... betul tak...? itupun bergantung la mood rajin tu.. tp, saya percaya kalau wife yg brdisiplin mesti teratur punya..

...selain dr usaha kita sdrik utk mantapkan diri jd wife pro dr semasa ke semasa, kena bykkan solat tahajjud. insyaallah, itu akan beri kekuatan luar biasa pd kita... saya pun dah jarang2 tahajjud la ni.. moh ler kter bertahajjud iyerr.."

puan b "Setuju. even sy anak baru sorg & skrg pegnen, dgn tuntutan kerja yg sentiasa keluar outstation mmg sgt mentally stressed!tp sy bsyukur sbb husband sgt ringan tulang & dia pn byk masa sbb tgh smbg study kan..tp sy make sure no ofis work @ home, setiap 2 hari laundry, malam sy akan lipat baju, sy xtggu weekend, sblm tdo sy dh siapkan bahan mskan utk anak, so sng pagi2 asben masak je utk dia (sbb dari start solid food anak sy xpernah makan nestum & seangkatan dgnnya)..kemas umah (mop, sapu) ikut kerajinan, tp every month sy akan pggl org cuci umah..iron baju (batik-dobi iron), baju lain sy iron stok utk seminggu..masak-ikut kerajinan sbb asben xberapa kisah makan kt mana pun but weekend mesti masak".

ustazah c -  "sy bagi skit sorg jgk.... setiap hari tugas sy...check homework ank..kemas beg sekolah dan nursery ank...ajar ank2 ngaji dan akademik...klu tk lrt...pass over cikgu papa...tugas husben iron bj sekolah ank dan siapkan dorg pg...pi sekolah hntar sorg satu...laundry buat sekali atau dua kali je seminggu..sorg basuh...sorg sidai...lipat sama2..mkn, masak kat kdai...jgn komplen, nanti mama ngamuk...wkend baghu masak....hahaha :)))"

cikgu d -  "Saya memang ada maid.tapi masa xdak maid saya memang disiplin,bsh bj,lipat,masak hr2.tp mungkin sbb saya cikgu,saya ada juga masa di waktu petang.masak maksimum 45minit, brg mentah-bwg semua siap kupas ujung minggu,lebih baik planned menu,satu lagi kalau buat sambal/kari,saya akan tumis byk2,divide ikut portion,freeze,bila namasak,amik kuar dan masuk sotong/udang/telur shj.biasanya msk just satu lauk,sayur yg simple psl suami xmo sayur.gsk bj biasanya 2hr skli,ms anak blom sekolah,seminggu skali,dahulukan bj suami, sbb bj dia byk,bj kita sebulan blum tentu pk lebih dari skali.tdg kalau ok,xktr,xpeluh,saya akan rewind 2-3 hr skali:).memang penat jadi surirumah.katakunci displin n management.kalau skali tinggai xlipat kain,haghu!semua boleh buat insha allah!mak kt dulu lg teruk,masak blender xdak,nak bt gulai kena giling rempah,bj semua jait,kuih seme buat.haha.saja bt motivasi.yang ptg kbaya,bt mana yg mampu,yg ptg muka mesti manis:),semua spick n span tp dok merungut xguna juga :)"

puan j "Bagusnya ....... sangat disiplin.. Saya kadang2 susah juga nak disiplin sbb bergantung pada mood baby & bergantung kpd ada tetamu tak datang rumah.. kalau baby tido awal malam, sempat la juga saya buat kerja2 rumah, basuh pinggan, kemas rumah, lipat baju. Tapi, time baby tido lewat sikit, mulalah tertunggak kerja2 tu...huhu...Ada juga hubby tolong basuh pinggan kalau saya tidokan baby (tapi ikut mood kerajinan dia lah...hehe...) Saya tak pernah suruh, sbb dia tak suka disuruh, tapi kalau dia sukarela nak buat, memang dia akan buat. So far, benda2 berkaitan baby mcm basuh botol susu, tukar lampin memang dia tak pernah buat, sbb dia memang tak reti..hehe.... Anak dulu2 memang dia tukar lampin juga, tapi sbb baby kali ni tersangat berat & memikirkan dia sakit belakang, saya tak bagi sbb bahaya. Tapi dia rajin bawa baby keluar rumah petang2 tolak dgn stroller or layan baby masa saya masak or saya mandi.. Lagi satu, bab lap habuk kipas & aircond memang dia yg buat sbb kena panjat2..hehe...Sbnrnya betul kata Aida, kalau kita disiplin, memang takde masalah. Saya tak kisah sangat bab kemas rumah, basuh pinggan, cuma yg tak tahan, nak lap habuk, sbb rumah mudah berhabuk... Kat kelantan susah sangaatt nak cari org datang cuci rumah...Lagi satu, kena ajar anak yg dah besar utk sama2 kemas rumah.. Saya wajibkan anak saya kemas barang2 dia sblm naik tidur, tapi masa mama dia tak ingatkan, diorang tak buat...haha..."


itulah antara komen-komen yang saya rasa boleh dijadikan panduan dan ditiru untuk membantu kita wanita bekerjaya ni menguruskan rumahtangga. insyaallah...kita mampu buat yang tebaik untuk keluarga kita.


Friday, June 22, 2012

nyong wong jowo!

Saya anak jawa dan saya bangga mengakuinya.

Walaupun saya bukan jawa asli kerana hanya emak yang berketurunan jawa (jawa Sabak Bernam) yang berkahwin dengan orang melayu kedah (abah saya la tu) tapi saya tetap bangga kerana mempunyai kelebihan itu. Saya tidaklah mahir bertutur bahasa jawa tapi sedikit sebanyak saya mampu memahami apa yang dipertuturkan dan menjawab dalam bahasa jawa yang mudah. Tapi uniknya saya (cheh, perasan la skit!), bila saya bercakap jawa, ada sedikit bunyi keutaraan yang keluaq. Nak buat macamana, dahnya tempat doknya di utara.........Kiranya, macam ada perisa tambahan la kat situ, hehehehe........

Bila terbaca artikel ni tadi,  Galakan Tutur Bahasa Jawa  kat Kosmo, rasa tumpang teruja dengan inisiatif yang dilakukan oleh mereka ini. Memang tidak dinafikan sekarang ini, bahasa jawa semakin terpinggir. Golongan muda kebanyakan tidak mahu lagi bertutur di dalam bahasa nenek moyang mereka. Dalam keluarga besar ibu saya pun berlaku situasi ini di mana, sepupu-sepupunya tidak lagi menjadikan bahawa jawa medium pertuturan utama walaupun mereka tinggal di dalam kelompok orang-orang jawa. Hanya golongan veteran yang masih tegar menggunakan bahasa jawa apabila berkumpul sesama mereka.

Bagi saya dan adik-adik kami beruntung kerana mak dan nenek menggunakan bahasa jawa apabila bertutur dengan kami. Walaupun tidak sepenuhnya namun setidak-tidaknya kami masih berpeluang untuk mempelajari dan mengenali bahasa tersebut. Paling saya suka bila mak bercakap dengan abah bahasa jawa masa di tempat awam, pasti ada mata-mata yang memandang dengan kehairanan. Yelah di utara ni bukannya selalu jumpa org yang cakap jawakan......

Rasanya lepas ni nak berguru sungguh-sungguh la dengan mak dan nenek ilmu kejawaan ni. Nak pertingkatkan lagi penguasaan bahasa jawa supaya boleh diperturunkan kepada anak-anak, supaya mereka tahu bahawa dalam susur galur keturunan mereka ada darah jawa yang mengalir.......

nyong wong jowo dan nyong orak isin arek ngaku.

Monday, June 18, 2012

sesat di kuala lumpur.....

mendengar topik sinar pagi arini teringat kenangan ketika mula2 jadi student um. satu malam aku dgn roomate aku teringin nak ke pasar malam kg. kerinchi. walaupun tak pernah sampai tapi kami konfiden nak pergi sebab kakak-kakak senior kata dekat je, tak sampai 20 min. so selepas mendapatkan direction daripada depa kami berdua pun berdesup pergi naik moto yamaha cup aku.

sekali......kami silap simpang da....! tup-tup sampai jalan kelang lama. sungguh, kalau tanya aku macamana boleh sampai sana aku tak boleh nak citer. dah la sesat, minyak moto plak abih........ish ish ish....tragis sungguh! sudah jatuh ditimpa tangga betul. sib bek la tempat yang kami tersadai tu, area, rumah kedai. walaupun kedai cina, dah banyak yang tutup for the night, tapi at least cerah. yg peliknya, kami berdua tak gabra, tapi dok bantai gelak lagi mengenangkan ke'bodoh'an kami. 

alhamdulillah, Tuhan Maha Kuasa, dia kirimkan bantuan dalam bentuk dua orang jejaka. mungkin heran tengok dua org gadis muslimah yang ayu dok bersidai tepi jalan depa berenti untuk bertanya kabar. maka kami pun storytell la apa yg berlaku. so dengan penuh rasa tanggungjawab, hero dua orang ni tolong belikan minyak kat stesen minyak, yg aku pun tak tau la dekat ke jauh. lepas tu, depa juga la yg tolong tunjukkan jalan ke kg. kerinchi. akhirnya kami berjaya juga sampai kat pasar malam malam tu tp oleh kerana dah pukul sepuluh maka yang ada hanyalah tapak dan sampah-sarap. apapun kami memang berterima kasih kepada hambaallah yang membantu kami malam tu. jasa kalian sangat kami kenang. walaupun kita tak kenal, dan aku pun dah tak ingat nama dan rupa mereka tapi doa aku Allah memberi balasan yang setimpal atas bantuan yang mereka berikan.

Monday, June 11, 2012

makan-makan lagi

lamanya aku tak update blog ni. kebelakangan ini aku giler membaca, so semangat untuk mengarang tu kurang. walaupun idea tu ada tapi keinginan tu sangat kurang. actually banyak benda yang berlaku dalam sebulan dua ni. antaranya masa cuti sekolah lepas, my in laws family buat gathering kat rumah aku. dua hari satu malam, depa berkampung di rumah aku. malamnya kami buat majlis bacaan yasin dan tahlil. esoknya sukaneka dan bbq. walau bagaimanapun kali ni tak berapa best sangat sebab separuh je dari adik-beradik suami aku yang mai. yang bujang-bujang semua tak dak sebab keja. apapun makanan memang heaven. macam-macam ada; ayam percik, udang, ikan, sosej, ubi kentang, ubi keledek bakar...sehari tu memang meratah jela kami semua. ikut plan asalnya nak le pantai petang tu tapi sebab dah kekenyanngan, semua pakat melingkar sedar-sedar dah asar. so bercanda depan tv jela...layan astro.
  
bapak-bapak bakar-membakar di luar rumah





ibu-ibu sibuk di dalam rumah

Thursday, May 10, 2012

aku gila!

aku gila!
yup, gila yang sebenarnya gila.
huhuhuhuhuu.......
cepatlah berlalu fasa gila ini supaya aku boleh hidup seperti biasa.


Thursday, May 3, 2012

penangan bantal busuk

sapa ada bantal busuk angkat tangan? angkat tangan...jangan malu-malu. aku tak malu sebab aku tak ada. hehehe...'bantal busuk' ni  istilah yang sebenarnya bukan terhad kepada bantal, tapi apa sahaja benda yang menjadi peneman tidur ~ kain selimut, tuala, teddy bear, anak patung, soft toys dan apa sahaja. bantal busuk ni sinonim dengan budak-budak tapi sebenarnya tabiat ni boleh terbawa sampai ke besar jika tak dikawal. tapi biasanya bila besaq dengan sendirinya tabiat ni akan hilang sebab rasa malu dengan orang sekeliling. dalam kosmo arini ada artikel tentang 'gian bantal busuk' ni, tu yang terpanggil nak share pengalaman sendiri tentang benda ni. boleh baca artikel tu di sini.

anak-anak aku yang tiga orang tu semua ada 'bantal busuk' masing-masing, just theirs' not bantal. abang aniq bila nak tidur mesti akan cari baju sejuk. bukan sebarang baju sejuk tapi baju sejuk yang makngah beli masa dia umuq setahun. sampai sekarang baju sejuk tu masih dipakai ketika sejuk dan didakap setiap kali nak tidur. ashraf pun sama, nak tidur cari baju sejuk. walaupun ada sorang satu, dua beradik tu selalu bergaduh berebutkan baju sejuk bila ada baju sejuk yang MIA. penat bergaduh atau dah kena marah, pakat tidur pegang sorang sikit baju tu.
baju sejuk yg dipakai tu la peneman dua beradik ni.

adib plak 'bantai busuk' dia spesel. sangat spesel. agak-agak apa ya........... ce teka, ce teka................ dapat? jawapannya......MAMA. yup, your's truly ni 'bantal busuk' adib akhyar. dia kalau nak tidur atau minum susu mesti nak ngempeng dengan mama. kalau mama ada, selagi mama tak baring dengan dia tahan dia tak tidur. tapi bila mama tak ada ~  pi keja, outstation ~ ok jer plak. 

dalam adik-adik aku plak, hanya seorang yang ada tabiat ni yang berterusan sampai masuk sekolah menengah. abah pernah 'tersimpan' bantal busuk dia atas almari, dia cari sampai jumpa. sekarang ni dah besaq panjang tak tau la ada ke dak lagi bantal busuk tu. ala ateh, cari jer batal peluk yang peluk ateh balik.....hihihihihi.....

Tuesday, April 24, 2012

entry untuk abang, my only brother


dalam adik-beradik aku yang enam orang tu ada seorang yang unik. anak lelaki tunggal abah. jadi sempena birthday abang hari ni, aku dedicate entry ni khas utk dia. 

adik aku ni memang lain dari yang lain. first dialah kumbang seekor di tengah-tengah bunga lima kuntum. lahir dia pun songsang, keluaq kaki dulu dan masa lahir dia tak menangis sampai kelam kabut misi dan doktor yang menyambutnya. namun alhamdulillah umurnya masih panjang. namun sebulan dia kena tahan di hospital dan bukti kasihnya seorang ibu, mak dalam pantang setiap hari berulang tengok dia di hospital. walaupun jitra dgn aloq staq tak la jauh mana tapi masa tu jalan bukannya macam lani. 

abang juga lambat berjalan. umur hampir dua tahun, dia masih tidak boleh berjalan, sebaliknya abang mengesot (yup, dia tak merangkak, tapi mengesot). pelbagai petua dan kaedah yang mak dan abah ikhtiarkan untuk anak teruna sorang ni. sampai kena tukar nama sebab dikatakan nama yang diberikan padanya agak berat. sebab tu nama manja abang 'yaim' yang langsung xdak kena mengena dgn muhammad kamalhamdy yang ada dalam surat beranak dia. yaim tu sepatutnya rahim tapi kerana kakak-kakaknya masa tu fail sebut huruf 'r' maka jadilah yaim dan nama tu kekal sampai sekarang. selain yaim, abang juga dipanggil kamal  (officemates), hamdy (schoolmates), dan paling spesel, paman (family).

abang seorang budak lelaki yang tak lasak. mungkin sebab di kelilingi oleh kami yang perempuan. tapi bukan bermaksud dia lembut. dia cukup suka mengusik adik-adik dia sampai aku naik tensen. penah aku halau dia suh pi main dengan orang lain di luaq sebab tak tahan dengaq adik-adik menangis. tapi di situlah keistimewaan abang, dia bukanlah jenis yang suka keluaq rumah. sehinggalah melangkah ke alam remaja, dan bekerja dia hanya akan keluar bila ada urusan. jika tidak dia lebih selesa dengan hobi dia iaitu tidur. kalau mak ayah org lain susah hati anak lelaki depa dok berkeliaq dengan kawan yang tak tentu hala, mak abah aku pula risau sebab anak dia ni macam tak berkawan. 

abang tak pernah berenggang dengan mak dan abah. dari sekolah rendah, menengah sampai masuk poli semuanya di jitra. then melangkah ke alam pekerjaan. abang adalah anak abah yang 1st dapat kerja tetap. aku masa tu masih peg kontrak dan angah jadi guru sementara. teringat kisah lawak abang masa nak lapor diri utk bekerja. 1st time nak merantau, macam-macam baranglah disiapkan, bukan dia sorang malah mak dan terutamanya abah sama excited untuk hantaq abang pi tempat baru. oh, lupa nak bagitau, abang adalah juruteknik komputer dan masa lapor diri dia kena lapor diri di putrajaya. maka dengan penuh rasa gembira dan cuak abang bertolak ke putrajaya untuk memulakan penghidupan barunya di tempat orang. tapi..... sekali bila dapat posting order, dapat politeknik perlis yang terletak di ...................................  jitra! berguling-guling kami sekeluarga gelak bila tau. maka segala beg besaq yang dibawa usungla balik taman indera. lepas beberapa tahun,  politeknik tu pindah dari jitra ke tempatnya di pauh, perlis. tu pun abang tak lama dok di perlis sebab bila dia beli rumah dan plan nak kawin dia balik pindah dok dengan mak dan abah, nak jimat duit. 

sekarang abang dah makin dewasa, makin matang. well, kalau dah jadi suami orang, anak pun dah ada tak matang lagi tak tau la. abang memang anak yang baik. bab duit tak pernah berkira dengan adik-beradik, mak abah. ringan tulang bila nak minta tolong dan sangat berbudi bahasa. sebab tu yang mak mentua dia jumpa sekali pun boleh bersembang sampai anak dia sendiri (adik ipar aku) kagum sebab maknya bukan jenis peramah.

satu lagi yang aku nak kongsi, abang sangat rapat dengan ateh dan adik tapi dengan adik dia macam ada special connection. bila adik demam mesti abang juga akan demam dan begitulah sebaliknya. even bila depa dok jauh pun macam tu. bila abang atau adik demam, mesti lepas tu dengaq la yang sorang lagi pun demam. 

namun begitu, kehidupan abang tetap ada hitamnya. malah menjadi pengalaman ngeri bagi kami sekeluarga terutamanya pada mak dan abah. abang penah dituduh mencuri barang pejabat semata-mata kerana dia orang yang bertanggungjawab ke atas barang itu. abang ditahan polis, digari dan  terpaksa bermalam di lokap selama seminggu. namun terbukti Allah Maha Kuasa, kebenaran terzahir juga. namun pengalaman itu tentu sahaja sangat mahal harganya yang tidak mahu dilalui lagi.

begitula sedikit kisah seorang lelaki, waris lelaki tunggal keturunan hj kamaludin, adik along dan angah, abang acik, ateh dan adik, suami siti liyana, ayah irdina khairina. along doakan abang akan sentiasa menjadi hamba Allah yang taat, anak soleh yang membahagiakan mak dan abah dan ketua keluarga yang bertanggungjawab. semoga kehidupan abang sentiasa bahagia dan gembira dengan rahmat Allah yang tak akan putus-putus. 

along sayang abang.
happy birthday brother dear.


Friday, April 20, 2012

jangan ambil mudah

setiap kali keluar berjalan especially bila makan di kedai makan, suami aku selalu mengingatkan aku supaya menjaga beg tangan, jangan letak di atas meja, jangan ditinggalkan walaupun sekejap. kadang-kadang dirasakan merimaskan teguran-teguran tu, tapi aku tak menafikan kebenarannya. sememangnya aku seorang yang suka ambil mudah tapi lantaran selalu ditegur, selalu diingatkan, alhamdulillah sehingga sekarang tidak pernah berlaku perkara-perkara tak diingini. sebab itu bila terbaca artikel ini, "Gajet Dedah Risiko Jenayah" di segmen Rencana Utama KOSMO hari ni aku terpanggil untuk berkongsi di sini agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati terutama di tempat awam. dan sebagai peringatan pada diri sendiri bahawa bila suami tegur, "awat letak henbeg macam tu?" masa di kedai makan, yang tersiratnya, "abang tak mau jadi apa-apa kat sayang abang ni". ayang pun sayang abang juga.

Kosmo! Online - Rencana Utama

Thursday, April 19, 2012

no entry

lamanya tak mengomel kat sini. actually macam-macam citer nak citer tapi tak ada mood. rumah baru tak citer lagi. keta eksiden tak citer lagi. kegilaan terbaru tak citer lagi. semua tu memerlukan entry mereka yang tersendiri. nanti-nantilah bila mood mengarang menjelma di hati, semuanya akan tertera di sini. until then, have a nice week and enjoy!

Thursday, April 5, 2012

my new interest

it's been quite a sometime since my last creative session. sibuk dengan rumah baru. sekarang ni bila semua dah selesai, tetiba rasa gatai sangat tangan ni nak merekacipta sesuatu. tambah lak bila tengok kawan-kawan ada yang berkraftangan dan menuai hasil dari hobi mereka. tergoda jugakla cik ct ni.....(tergoda untuk buat something tapi bukan untuk cari duit , tapi...............kalau dapat apa salahnyer kan...)  so during free time tadi aku melayari beberapa blog crafter feberet dan membloghopping mencari inspirasi. dan jumpa ! (nampak tak lampu mentol menyala atas kepala cik ct ni. heheheh....). terjumpa tentang bunga crochet dan aku telah jatuh cinta............. so lepas ni nak cari jarum dgn benang untuk crochet la plak. tak sabaqnya..........


cantikkan bunga-bunga ni semua........
(gambar ihsan google)






Tuesday, March 20, 2012

walking down memory lane

a perfect picture of a great family. my family.

Gambar ini diambil 20 tahun yang lalu selepas majlis graduasi aku. Gambar yang lengkap ~ mak, abah, along (aku la tu), angah, abang, acik, ateh dan adik plus nenda tercinta.

“In every conceivable manner, the family is link to our past, bridge to our future.”
-Alex Haley-

Friday, March 2, 2012

we are moving


insyaallah, this weekends (esok la tu) kami akan mula mengangkat barang ke rumah baru. alhamdulillah, setelah enam tahun dok apartment akhirnya tercapai hasrat anak-anak nak rumah ada tanah dan abahnya nak dok rumah dua tingkat. tapi belum rumah sendiri lagi, masih kuarters cuma upgrade jenis rumah. rumah sendiri mungkin setahun dua lagi, insyaallah....amin.

punyala banyak barang-barang yang nak dikemas. paling banyak kain baju. pastu buku-buku, pastu barang2 yg tak dak kategori. pinggan mangkuk tak la sangat sebab aku tak minat lagi ke arah tu. walaupun dah banyak yang dibungkus, dikotakkan, dibegkan tapi masih banyak yang bertaburan. bila dok mengemas ni baru sedaq yang kami sekeluarga ni jenis sentimentel, banyak benda yg dah lama, dah tak guna tapi masih simpan sebab sayang nak buang.

tapi dalam keghairahan nak pindah ni, berlaku insiden yang tak seronok yang menjadikan aku dan suami tak senang duduk. rumah yang bakal kami duduki telah dipecah masuk. walaupun rumah kosong tapi tetap ada yang dirembat. beberapa biji kepala paip telah dicabut yang mengakibatkan air melimpah-ruah ke dalam longkang (siap la bayaq bil ayaq nanti...). juga besi penutup longkang turut diangkut. bila my hubby pi buat report polis dimaklumkan bahawa kawasan tu memang agak tinggi kes pecah rumah dan disyaki penjenayahnya adalah mat pit. bila dah jadi macam ni mula la kami berbolak-balik tentang kewajaran berpindah. tapi memandangkan semua urusan tentang rumah baru ni dah buat dan rumah yang kami duduk sekarang ni pun dah ada yang menunggu untuk masuk maka berpindah jugak la. moga-moga lepas ni tiada lagi kejadian sebegini. "Oh Allah keeps me away from rebellious jins and men and the devils and bless me in this house of mine".  tawakkal 'ala Allah...insyaAllah.....  

next entry aku story tell tentang rumah baru tu yer.....

Monday, February 27, 2012

mum=small enterprise


mama, mak, umi, ibu, mummy......
aren't we great?

Wednesday, February 22, 2012

kotak felt lagik...

ini adalah kesinambungan 'projek jejak kasih' aku (chewaahhh...dah ada nama projek plak.....! ;-)).


kotak kali ni untuk ustazah farah (that's explain the'f') yang bermastautin di bangi. she's my classmate, my roomate for eight years.

dan mengiringi kotak tu, sepasang sepit rambut dan keronsang untuk dua orang puterinya.


ni close-up on the brooch, quite big right? my first experiment with the pattern and it turn out nice. bleh ler buat lagi lepas ni.


this one is mine. a very simple design using printed felt i bought from daiso queensbay mall. masa pegi tu ada kaler hijau tu jer.


Monday, February 20, 2012

korean la plak.....

salam sejahtera puan-puan. hari ini cik ct payung nak berkongsi resepi istimewa dengan puan-puan semua, resepi international gitu.... even bahan-bahan pun didatangkan khas dari korea. nama resepi ni kimbak @ gimbak yang bermaksud nasi (gim) rumpai laut (bak). kimbak ni adik-beradik sushi la juga, dari segi cara buat, bahan-bahannya, cuma rasa ada lain skit.

ok, untuk membuatnya bahan-bahan yang diperlukan ialah;

i) beras yang dimasak menjadi nasi (cik ct guna beras korea tp rasanya beras biasa pun bleh guna ataupun beli beras jepun yang banyak kat pasaraya tu).
ii) seaweed atau dikenali sebagai nori.
iii) filling - untuk edisi kali ni cik ct guna tuna (pun didatangkan khas dari korea), sosej dan karet yang dimayang memanjang.
iv) sedikit minyak (untuk disapu pada seaweed sebelum menggulung)
dan.........
v) dua bahan spesel yang cik ct pun tak pasti apa dia cuma tau dia adalah perasa yang memberikan rasa korea kepada kimbak yang yang cik ct buat ni. tp kalau tak ada pun bleh, tak jadi masalah.

nasi korea

tuna korea
.
sosej dan karet malaysia.
yang warna coklat gelap dan kuning tu la perasa yang cik ct xtau apa ke namanya. tp dua-dua tu rasanya ala-ala jeruk buah kita la.


ok, bahan-bahan dah ada, so kita teruskan membuatnya......

sapu minyak pada seaweed dan letak nasi. perasan tak mat buluh kat belakang tu. itu pun diimport khas dari korea yang membantu kita menggulung kimbak kita agak menjadi kejap dan kemas.


lepas dah isi nasi, kita pun susunlah aksesori apa yang kita suka sekreatif yang kita mampu. kalau bleh letak lagi banyak kaler lagi warna-warni kimbak kita nanti.


setelah itu, gulunglah ia sekemas mungkin dengan bantuan tikar buluh kecik  tu dan
tada......!
beginilah rupanya.



ambik pisau yang paling tajam yang puan-puan ada (in my case, iaitu pisau pemotong daging, haah...pisau besau tu!) dan potonglah dalam setengah inci.
hasilnya sepinggan kimbak.
cantikkan...
kalau letak timur, hirisan telur mesti lagi colourful dan tasteful.
(adik cik ct cakap, orang korea kadang-kadang makan sebatang tu terus, tak dak potong-potong).


tapi kali ni nasik yang cik ct masak terlebih ayo maka rupanya tak la secantik yang cik ct buat dengan adik cik ct sebelum tu. nak potong pun susah bila dah lembek. maka moral of the story, masak nasi tu, biar cun-cun sukatan airnya, ok....?

mungkin ada puan-puan yang tertanya-tanya...manalah cik ct payung dapat semua korean ingrediants tu. well....fyi, adik cik ct yang bongsu dok blajar kat sna. haah, sekali dengan mem en. ally iskandar tu..... dia la  (meaning my sister, not mem ally iskandar) yg bawa balik barang-barang tu. yang bestnya, dah nak balik ke sana balik baru terbuat resepi ni....

amacam...teruja tak nak cuba? anak cik ct yang sulung sangat suka makan kimbak ni. siap suh cik ct buat lagi. jadi lepas ni nak cuba buat guna bahan-bahan tempatan plak dan tengok macamana hasilnya.....agak-agak lagi sedap tak?

Friday, February 3, 2012

handmades wif love

recently i've send out few gifts to my best buddies. actually it's part of my project which i've started end 2010. yup, thats correct, since december 2010. dan setelah setahun baru berjaya siapkan. biasalah....benda yang dibuat dengan tangan ni, kenalah teliti dan berhati-hati supaya hasilnya adalah yang terbaik....(hehehe....alasan. sebenarnya tak ada idea, mood).

to my friends yang dapat tu, hope u love it. semua saya jahit sendiri tau dengan tangan......

so apa bendanya?

well, see for urself.....


yang ni dah belayar ke manjung, perak untuk ustazah yg sentiasa ceria dan awet muda;




yang ni pulak ke key-el, ke pangkuan my favourite optometrist;




dan yang ini, untuk seorang wanita hebat nun di selatan tanah air;


together with this small gift to her newest princess;



bila tengok hadiah-hadiah tu, ingat la saya dan betapa saya menghargai persahabatan kita selama ini.
"ukhuwahfillah tidak akan musnah."

Tuesday, January 31, 2012

Wanita

Dengaq lagu ni dalam drama Gemersik Kalbu, terus jatuh cinta. Tau lagu ni dah lama tp biasala aku, memang outdated skit.....




Wanita

Siti Nurhaliza

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

 
aaa… Ku wanita
aaa… Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami
Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..
Wanita… woohoo..
Ku Wanita… ooo…
Wanita…

Monday, January 30, 2012

sakit mata ~ pabila dia melanda

recently, famili aku telah dilanda wabak sakit mata. bermula dengan aku, adib then ashraf. aku dgn ashraf kena sekejap jer, lebih kurang seminggu dan setakat merah dan bertahi mata saja. adib not so lucky, mata dia bengkak 'bok', berair dan merah. hampir tiga minggu dan dua kali pi klinik baru sembuh. tapi...dalam macam tu. sampai jugak ke langkawi. hehehehe......


budak mata 'cemei' excited naik cable car
tetapi malangnya melalui adib, virus konjunktivitis ni berjangkit ke ahli rumah jitra. habih semua famili angah (minus angah), mak dan abah, adik haida, yana dan even baby dina terkena sakit mata ni. paling teruk terkena:

hana ~ keluaq air mata darah;
hassya dan mak ~ bengkak sampai tak bleh nak tengok, tak nampak;
dan abah ~ kena pi cuci mata di hospital sebab jadi selaput.

masuk minggu ni dah tiga minggu lebih abah kena sakit mata dan masih ada appointment dgn pakar mata untuk cuci mata, buang selaput. selaput tu punca mata abah ambik masa untuk sembuh sebab dia menghalang ubat yang dititik sampai ke mata. kiranya, sebelum pi buat treatment cuci mata, ubat mata yang dibubuh tu sia-siala.

*bleh baca entry angah tentang alkisah anak-anak dia sakit mata.

still, penangan virus ni belum berakhir. status terkini, ateh plak yang kena. kemarin mula jadi. harap-harap tak la serius.

sebenarnya konjunktivitis ni memang sangat susah untuk dihalang daripada berjangkit. sebabnya ia tersebar melalui sentuhan. bila sakit mata, ada cecair yang dikeluarkan oleh mata yang sakit tu dan cecair itulah ejen yang memindahkan virus dari seorg ke seorg. bila kita dok serumah, walaupun kita tak sentuh orang yang sakit tu tapi kita mesti tak boleh elak dari sentuh benda yang dia dah sentuh. unless kita kuarantin, asingkan pesakit di dalam bilik khas.

kalau dulu, orang tua-tua kata jangan tengok mata orang yang kena sakit mata ni, nanti berjangkit. well, terbukti itu hanya mitos but still, elokla jangan tengok sebab secara psikologinya, bila kita tengok mata yang sakit tu kita automatik akan rasa mata kita gatal, pedih dan macam-macam. yang pasti, bila kena sakit mata kita kena hati-hati sebab kalau kita tak buat rawatan ia berkemungkinan boleh menyebabkan kornea kita luka dan menjadi penyakit lain plak.....wal 'iyazubillah.....

* boleh baca my previous entry tentang sakit mata di sini.

kat pizza hut jitra - lepas pi jumpa doktor for 2nd time.

Friday, January 20, 2012

jom buat aiskrim

Assalamualaikum puan-puan semua. Ok, pada hari ni cik ct payung nak berkongsi dengan puan-puan semua satu resepi mudah untuk membuat aiskrim. Bukan aiskrim malaysia yang selalu kita dok beli kat rumah makcik minah, sekupang sebatang tu (lani dah dua kupang rasanya) tapi aiskrim yang macam aiskrim walls yang dalam bekas warna kuning (yang ada macam-macam perisa tu.....).

Resepinya sangat mudah dan mengambil masa hanya 30-40 minit sahaja untuk disediakan (tidak termasuk masa membeli barang dan menunggu ais tu beku).

Bahan-bahannya ialah:

i. 2 kotak air minuman yang ditelah dibekukan (saiz yang kita selalu beli bila nak minum masa dok berjalan-jalan, makan angin tu). Untuk kali ni, Cik Ct pilih air milo tapi puan-puan boleh pilih apa-apa sahaja perisa kegemaran puan-puan - strawbery, coffee, jagung dsb.
 
ii. Sedikit gula castor. Terpulang kepada tahap kesukaan puan-puan pada kemanisan. Cik Ct tak suka manis-manis, almaklumlah......diri i kan dah cukup manis.....(:-P).

iii. 3/4 cawan creamer. Kalau nak letak lebih pun tak apa sebab creamer ni nanti yang menjadikan aiskrim kita fluffy.

iv. Sedikit air masak.

Bahan-bahan yang diperlukan.


Ok, bahan-bahan dah sedia, so mari kita mulakan operasi membuat aiskrim.

a. Mula-mula kita potong air kotak yang kita telah bekukan, buang kotaknya dan potong kecil-kecil ais yang ada tu. Masukkan ke dalam blender. Campur sedikit air masak dan blend ais tadi sehingga hancur.

Air kotak yang dibekukan dipotong kecil untuk memudahkan kerja blender.

b. Setelah itu, masukkan gula dan creamer dan teruskan mem'blend' sehingga adunan menjadi sebati dan nampak gebu.

Masukkan krimer, gula castor.


c. Beginilah rupanya setelah di'blend'. Semakin lama puan-puan blend semakin kembang dan semakin gebu adunan dan semakin halus aiskrim puan-puan nanti.

Nyum, nyum......macam ais blended.

d. Setelah itu, masukkan adunan tadi ke dalam bekas yang sesuai. Untuk kali ni Cik Ct telah tabur serbuk milo di atas adunan aiskrim Cik Ct ni sebagai aksesori tambahan. Masukkan ke dalam peti sejuk (bahagian freezer tau, kalau tidak tak beku) dan biarkan sehingga beku.

Sedia untuk dibekukan.

Bila dah beku bolehlah dinikmati sekeluarga.
Sori la, gambaq aiskrim yang dah siap terlupa nak snap. Tau-tau dah selamat di'kerja'kan oleh hero-hero Cik Ct di rumah tu.

Senang sajakan resepi ni....dan rasanya memang macam aiskrim yang kita beli kalau tak lagi sedap.

Kredit resepi ni kepada tuan punya resepi. Cik Ct tak pasti siapa sebab Cik Ct dapat pun dari kawan-kawan yang membuat aiskrim ni kat pejabat beberapa bulan yang lalu.

Demikian saja resepi kita pada kali ini, sehingga bertemu di resepi yang lain, selamat mencuba....