Saturday, September 24, 2011

cepat sembuh yer sayang.......


ini anak sedara saya. anak sulung adik saya. kami panggil dia kakak huda. malam ni kakak huda tidur di hospital sultanah bahiyah ditemani abah. kakak huda akan menjalani pembedahan membuang tonsil hari isnin ni.  mak long doakan kakak huda dipelihara sepanjang pembedahan itu nanti dan pembedahan itu berjalan dengan lancar dan berjaya. moga-moga selepas ni kak huda tak lagi akan demam dan selsema.

untuk mengetahui apa sebenarnya masalah tonsil ni, mak long telah melakukan sedikit research dengan meng'google' tentang tonsil ni. ini apa yang mak long jumpa;

1. Apa itu tonsil?
Tonsil merupakan kelenjar limpa yang terletak di bahagian tekak, ia berfungsi sebagai penuras kuman semasa pernafasan. Pendek kata, tonsil ni berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh. Jadi semua orang ada tonsil. Siapa yang tak ada tonsil tu mungkin dah kena buang tonsilnya (tonsillectomy).

2. Tonsillitis tu, apa pula?
Tonsillitis ni merujuk kepada radang tonsil. Jadi selepas ini kalau anda sakit tekak dan doktor cakap tonsil anda membengkak, merah, itulah tonsillitis. ( Jangan sebut saya ada 'tonsil', tau. Silap tu..gunakan istilah yang betul.)

Kebanyakan radang tonsil berpunca daripada jangkitan virus. Hanya 15% sahaja daripada bakteria. Jadi, jika anda mengalami tonsillitis, tidak bermakna anda perlu mengambil antibiotik. Antibiotik hanya perlu diambil jika doktor merasakan ianya berpunca daripada bakteria. Jangkitan virus akan baik secara semulajadi. Selepas ni kalau doktor kata tak perlu makan antibiotik , jangan pandai-pandai mintak, tau....

3. Simptom-simptom
Biasanya, pengidap tonsillitis mengalami demam dan sakit tekak.

Bagi kanak- kanak pula, mereka selalunya tidak sihat
Mereka akan mengalami :-
  • Demam
  • Susah untuk menelan kerana sakit tekak
  • Nafas berbau busuk.
  • Bunyi suara yang ganjil
  • Kebengkakan pada kelenjar tekak
Kelenjar tekak akan kelihatan
  • Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.
Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau kanak kanak itu mendapat batuk dan selsema.

4. Perawatan


  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk-makan aiskrim pun boleh...
  • Banyakkan minum agar badan tidak dehydrated
  • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
  • Rehat
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria. Bakteria yang dibimbangi menyerang kanak-kanak adalah daripada jenis streptoccocal kerana ia boleh membawa kepada komplikasi. Ideally, doctor should take a throat swab before starting the antibiotics. Tapi ini kurang praktikal, meningkatkan kos dan memakan masa. Jadi doktor akan mendiagnosis berdasarkan cerita pesakit(history) dan pemerisaan fizikal. InsyaAllah.
  • Lozenges/ Gargle
  • NSAIDS- Non Steroidal Anti-Inflammatory , seperti Ibuprofen juga berfungsi untuk mengurangkan sakit dan demam
  • Vaksinasi - Pneumococcal dan influenza, boleh mengurangkan risiko mendapat episod tonsillitis pada masa hadapan. Selain itu penting untuk mengurangkan risiko mendapat komplikasi penyakit jangkitan pneumoccocal seperti pneumonia, meningitis dan sepsis.

4. Bila perlu dibedah?
Rujukan kepada Clinical Practise Guidelines 2003 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Terdapat 2 indikasi utama:

1. Tonsillitis yang berulang-ulang (Recurrent tonsillitis) atau
2. Nanah di bahagian peritonsil (Peritonsillar abcess / Quinsy)

1. Kriteria bagi tonsil yang berulang-ulang
a.sakit tekak disebabkan radang tonsil. (Kalau setakat radang pharynx, (pharingitis) tak perlulah nak dibuang tonsil tu...)
b.6 episod tonsillitis dalam tempoh 12 bulan ( lebih 6 kali setahun)
c. simptom melebihi tempoh 12 bulan
d.simptom mengganggu aktiviti harian pesakit.

2.Peritonsillar abcess
Sesiapa yang pernah dapat ni memang tersangatlah sakit.
a. Tiada tindak balas selepas menerima antibiotik atau selepas nanah dikeluarkan ( incision & drainage); so kena buat tonsillectomy.
b.Kali pertama bernanah dan pernah berulang kali mendapat tonsillitis; boleh tonsillectomy.
But, if kali pertama bernanah tapi sebelum ni tak pernah dapat tonsillitis; tak perlu tonsillectomy.


demikian la serba sedikit maklumat yg mak long dapat. harap-harap membantu juga mereka yang melawat blog tak glamer ni.... ;-)

Wednesday, September 14, 2011

'badai semalam' yang membadai hatiku

sumber, google.

badai semalam, sebuah novel nukilan khadijah hashim merupakan antara novel melayu yang memberi kesan pada aku. walaupun aku ni sangat suka membaca novel, tapi aku ni jarang baca novel melayu. most of my reading materials are english novels. tapi novel badai semalam bagi aku sangat "berhantu" dan memberi impak yang besar, sampai sekarang aku masih boleh ingat jalan ceritanya. kali pertama aku membaca novel tu masa aku di sekolah menengah. kalau tak silap aku, buku tu aku pinjam dari library sekolah. sepanjang aku "mentelaah"  novel tu air mata menjadi peneman. memang aku feel habis la dengan watak mazni tu. sampai berhari-hari selepas habis khatam novel tu, minda aku masih dok flashback jalan ceritanya. beberapa tahun berlalu, aku 'terserempak' balik dengan novel tu. ingat aku, dah pernah baca so kali ni mesti dah tak emo. rupanya telahan aku salah, sekali lagi air mata aku tumpah tatkala menulusuri kisah kehidupan gadis bernama mazni yang penuh dugaan.

bagi aku, penulisnya sangat bijak menyusun kata-kata di dalam karyanya itu sehingga pembaca dapat menjiwai kisah yang dinukilkannya itu. bila aku membaca novel tu, aku boleh membayangkan setiap babaknya seolah-olah aku tengok tv. hmmmmmm...bila pikir balik rasanya memang penah main dalam tv, tapi cam tak best jer citer tu time tu. kepada yang tak pernah baca novel ni, boleh baca sinopsisnya di sini.

sekarang novel ini akan dihidupkan di pentas teater. pementasan di istana budaya pada bulan november nanti. dan pabila melihat barisan pelakon yang bakal menjayakan pementasan itu, hati aku meronta-ronta untuk menontonnya. pelakon-pelakon utamanya ialah erra fazira sebagai mazni, fizz fairuz sebagai zaki dan jeng jeng jeng.....aaron aziz (!!!) sebagai kasim . aku ni, sejak tengok nora elena memang jatuh kenan dengan aaron aziz. sangat macho dan romantik tapi tak 'menggelikan' (tak macam sesetengah hero, ya ampunnnnn....punya romantik sampai meloya tengok). so dah aku memang minat novel ni, ditambah dengan adanya aaron aziz (!!!) jadi hero, memang tergoda abihla nak tengok.

kalaulah cerita ni dipentaskan ketika aku masih menjadi warga kota metropolitan kuala lumpur sudah pasti aku terjah itu IB. tapi apakan daya, aku sekarang nunnnnnn di utara. harapan nak tengok tu sangatlah tipis.  my other half tak minat teater-teater ni, kena citer lak 'mushy-mushy' macam ni so takleh le nak ajak dia. beside, walaupun aku minat tapi aku idak ler sampai tahap sanggup travel beratus batu semata-mata nak tengok teater. membazir kan tu... still, bulan november is a few months away so apa-apa bleh jadi. mana la nak tau kot-kot nak jadi habuan aku berada di sana di ketika itu.......well, tak salahkan mengharap.... :-)

apapun, all the best to the team. hopefully u'll give justice to the novel.

barisan pelakon yang bakal menjayakan badai semalam. maklumat lanjut boleh baca di sini.

Friday, September 9, 2011

home, dream home.

semasa cuti hari raya yg lalu aku berkesempatan menziarah beberapa orang teman di rumah mereka. terdetik rasa cemburu bila melihat mereka kini selesa mempunyai kediaman sendiri. bebas melakukan apa sahaja bagi mengindahkan teratak diri, hanya kemampuan yang menjadi ukuran.

berbanding dengan aku, yang sehingga kini masih tinggal di rumah kerajaan. agak terhad kebebasan yang ada dalam menata-atur rumah. entah bila boleh memiliki rumah sendiri....walaupun keinginan dan kemahuan melonjak-lonjak, pelbagai projek perumahan telah diterjah, rumah contoh dijejaki, tapi selagi isu logistik belum diselesaikan hasrat membeli rumah terpaksa ditahan seketika.

kemudian isu jenis kediaman juga perlu dicari kompromi. bagi aku memadai rumah semi-d, berkeluasan sederhana. yang penting kedudukannya di kawasan perumahan yang dekat dengan excess ke lebuhraya dan kemudahan-kemudahan lain (esp kedai runcit dan kedai makan). tapi suami pulak, minatnya kepada rumah dua tingkat dengan halaman yang luas dan berhampiran kawasan lapang. lokasi tidak menjadi persoalan baginya. dengan kemampuan yang sangat terbatas sudah pasti sukar mencari rumah sebegitu di kawasan aku ini. dan kalau yang mampu dimiliki, kedudukannya pulak sangat tidak strategik. mampukah aku berulang-alik berpuluh batu setiap hari? aduh...pening kepala.

apapun semua itu perlu ditangani. hasrat tinggal di rumah sendiri pasti akan dipenuhi. in the mean time, we'll keep on searching for our dream home.
  
kalau dapat macam ni pun eden dah pueh hati.... ;-)
sumber: google

Wednesday, September 7, 2011

raya

hari ni hari pertama bekerja di bulan syawal tahun ni. setelah bercuti panjang seminggu, campur plak EL (emergency leaves) dua hari, semangat nak bekerja tu sangatlah kurang. ibarat bara api yang nak padam. tapi apakan daya, dah namanya bekerja makan gaji makan kenala kerja kalau nak makan gajinya. kuatkan semangat siti.....ikhlaskan hati.......demi keluarga dan rakyat jelata....amin.......(sesi memotivasi diri).

alhamdulillah tahun ni aku berkesempatan pulang beraya di sabak bernam. kami (that is aku sekeluarga dan my brother with his wife) bertolak hari ahad pagi dan sampai di rumah nenek dalam pukul 4 petang. seronoknya, paman lili sekeluarga ada di sana dan menunggu untuk sama-sama berbuka sebelum berangkat pulang ke trolak. so meriah la berbuka malam tu, dengan menu utamanya soto ayam resepi cikna (my paman's wife). then suprised, suprised, around eleven, my parents arrived when they supposedly will be arriving the next day.

raya tahun ni agak berbeza kerana pada hari raya kedua aku berkampung di taiping bersama keluarga mentua sempena majlis akad nikah dan kenduri kawin adik ipar aku. alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan insyaallah penghujung november nanti giliran keluarga mentua aku menyambut menantu barunya itu.

satu lagi yg berbeza raya kali ni, aku sekeluarga demam. bermula dengan aku seterusnya menjangkiti suami dan anak-anak. itu yang sampai lepas cuti seminggu terpaksa sambung lagi dua hari, menjaga anak-anak yang tak sihat.

apapun, alhamdulillah atas semua nikmat yang diberikan. tapi sori tahun ni, gambaq raya...ilek. tak ada mood nak berposing.