Monday, August 22, 2011

cuti vs bertugas di musim raya

pejam celik, dah memasuki sepuluh terakhir ramadan. minggu ni minggu terakhir berkerja sebelum aidilfitri menjelang. tahun ni raya, insyaallah, jatuh hari selasa, 30 ogos. dan kerana 31 ogos ialah hari kebangsaan, cuti umum juga, maka tahun ni cuti utk hari raya dapat tiga hari iaitu selasa, rabu & khamis. jadi amik dua hari, isnin & jumaat dapat cuti sembilan hari. yeay!!!!

tapi dalam keseronokan nak bercuti itu, aku pening kepala. kenapa? kerana cuti jugak la. pejabat aku ni adalah pejabat yang memberikan perkhidmatan kepada orang awam. ada kaunter. bila ada kaunter maka, tidak boleh tidak mesti kena ada orang yang bertugas pada saat org bergumbira bercuti raya. meaning hari isnin dan jumaat mesti ada juga org yg bertugas. sebelum-sebelum ni, perkara ni diuruskan oleh bos, tp memandangkan bos aku sekarang ni bos baru (baru 4 bln), maka urusan ni jatuh ke atas bahu jemala patik ini untuk uruskan. baru aku tahu susahnya nak susun org mai keja di saat org nak cuti. huhuhuhuhu.....dan adalah hati-hati yang tidak puas hati kerana dipaksa hadir bekerja walaupun dah merancang untuk bercuti seminggu. hmmmmm........

as for me, aku cuti seminggu. tapi tengok keadaan macamana, kalau terpaksa hari jumaat, raya keempat aku kembali ke bertugas. but then, my clique dah bersetuju untuk tidak beruti, sanggup berkorban demi negara sementara masih bujang ni, so harap-harap semuanya berjalan lancar. amin..........

keperluan dan kehendak

keperluan dan kehendak.....seringkali terkeliru antara keduanya.
bila kita inginkan sesuatu kita selalu jadikan keperluan sebagai alasan sedangkan hakikatnya itu adalah kehendak nafsu yang tidak pernah puas.

keperluan dan kehendak......pabila kita memerlukan sesuatu, kehendak kita seringkali meronta untuk mendapatkan yang cantik, yang gah, yang mahal,
sedangkan hakikatnya keperluan kita memadai yang sederhana, yang tidak menambah hutang di bil kad kredit.

keperluan dan kehendak.....kita sering membandingkan diri dengan mereka yang lebih bila kehendak kita meruntuh supaya dipenuhi, cemburu kita membuak-buak untuk berdiri sama tinggi,
tapi kita lupa sebenarnya mereka yang kekurangan lebih ramai di luar sana, yang terpaksa hidup dengan keperluan yang tidak sempurna.

lantaran itu, pabila keperluan dan kehendak bertembung, berhenti sejenak dan renungilah diri.
buat keputusan dengan akal yang waras, berdasarkan kemampuan yang ada dan bukan dengan nafsu yang menggila.
baju kita maka ukurlah di badan kita.
biarpun kadangkala benar kalah membeli menang memakai,
namun mengapa tidak menang membeli menang juga memakainya?

sumber pakcik google

Monday, August 15, 2011

MY master chef

alhamdulillah, hari ini dah lima belas hari kita berpuasa. syukur atas segala nikmat yang Allah berikan. ramadan kali ni, kami banyak masak sendiri juadah berbuka. walaupun pukul 6 baru sampai rumah, tapi kutetap ke dapur berperang dengan periuk belanga, menyediakan santapan untuk sekeluarga. juadah berbuka puasa kami juga sangat simple ~ buah kurma, nasi, main dish (usually berasaskan ayam), lauk goreng dan air. kadang-kadang ditemani bubur lambuk masjid negeri. kuih-muih hanya bila berbuka di kampung.

tapi arini aku nak bercerita tentang memasak dan my beloved. as u all probably now, waktu kerja my hubby is shorter then me. so ada harinya (banyak hari juga sebenarnya) bila aku sampai di rumah, my other half dah sibuk memasak. oh, time tu memang heaven rasanya, boleh berehat-rehatan sebentar. tak perlu kalut-kalut solat asar dan ribut-ribut di dapur. ayang saaaaaaaayang abang!

my hubby memang pandai masak. dia dari sekolah memang dok rumah sewa so bakat memasak tu diasah sejak di zaman rumaja. bakat itu kemudiaan dipertajamkan lagi ketika di zaman uni. kalau bab masak gulai, memang dia la champion. bab tumbuk sambal belacan pun dia yang expert. aku awal-awal angkat bendera putih. walaupun dia masak main campak-campak jer (seriously, dia memang main taruk jer apa yang dia rasa nak masuk) tapi rasa masakan dia memang marveolous. masih kuingat suatu hari tu dia buat ayam goreng tepung. semua jenis tepung yang ada dlm bekas tepung tu dia campur ~ tepung gandum, tepung goreng pisang adabi, tepung beras, tepung 'kentucky' ~ dan rasanya sangat sedap. SERIUS SEDAP. anak-anak pun kalau abah masak, mesti makan banyak. sekarang ni my life partner ni tengah musim masak nasi minyak/nasi arab. tiap-tiap kali dia masuk dapur mesti itu yang dia masak. even kalau aku yang memasak pun, mai tang nasi, dia yang prepare. sepanjang puasa ni, seingat aku empat, lima kali dah makan nasi minyak/nasi arab. so jangan heran la kalau aku posa sebulan berat tak turun-turun. cuma satu jela bila cik abang i masuk dapur, lepas semua dah siap, kerja-kerja mengemas i la kena buat.....

so abang, apa menu kita hari ni?