Friday, July 29, 2011

ramadan tiba lagi

alhamdulillah, setahun lagi Allah panjangkan umur kita untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh keberkatan, bulan yang penuh kemuliaan, bulan ramadan al-mubarak. insyaallah, umat islam di malaysia akan mula berpuasa pada hari isnin, 1 ogos 2011. moga-moga tahun ini, pengisian ramadan adalah penuh dengan aktiviti yang menyumbang ke arah kebaikan dan kurang aktiviti yang sia-sia. moga-moga ramadan ini adalah lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. insyallah......amin. 

selamat menghayati dan menghidupkan bulan ramadan kepada semua.


Wednesday, July 20, 2011

mak dah pencen

hari ni, 20 julai 2011, hari terakhir mak mengenakan uniformnya. sejak dari awal tahun lagi mak dah menanti-nanti hari ini. akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba jua. setelah hampir 35 tahun mencurah bakti, berkhidmat demi negara, hari ini hari terakhir mak bergelar kakitangan kerajaan. mulai esok mak memegang status baru, tidak lagi jururawat pergigian (a.k.a misi gigi) dan bukan lagi matron (jawatan terakhir yang dipegangnya), tapi seorang pesara kerajaan. menariknya, mak mengakhiri perkhidmatannya di tempat di mana dia mula melangkah masuk ke dunia perkhidmatan awam lebih tiga dekad yang lalu iaitu, kolej latihan pergigian pulau pinang.

di sebalik kegembiraan mak, aku kesedihan. rutin hidup aku pun akan turut berubah. setahun lebih mak tinggal dengan aku dan aku sangat selesa dengan keadaan tu. tapi mulai minggu depan mak akan kembali ke jitra, rumahnya yang sentiasa dirindui. nampaknya selepas ni tiada lagi yg tolong kejutkan kami di pagi hari andai tak terjaga dengan bunyi alarm. tiada lagi yang membantu mencuci pinggan di sinki di kala aku tak berkesempatan atau keletihan. tiada lagi yang membantu menguruskan anak-anak kala aku perlu keluar awal atau balik lewat dari pejabat. dan paling sedih..........., tak dapat nak tengok, dengar suara mak hari-hari macam sekarang.

apapun mak, along bahagia bila mak bahagia. along gembira bila mak gembira. along doakan mak akan menikmati saat-saat ini dengan abah dan mencapai segala apa yg dihajati selama ini.

selamat bersara mak!

Thursday, July 14, 2011

tipah tertipu.....satu pemerhatian.

couple days ago, aku berkesempatan mendengar satu diskusi di mhi tentang skim cepat kaya dan skim penipuan. jemputan dia adalah pegawai dari bank negara malaysia (BNM). sebelum diskusi tu mula depa tayang temubual yg dibuat dengan publik tentang isu ini dan rata-rata kata rakyat malaysia ni senang kena tipu sebab nak cepat kaya tanpa mau kerja. itu aku sangat setuju. be realistikla wahai warga malaysia...mana ada bisnes yg boleh bagi keuntungan berlipat kali ganda dengan hanya melaburkan beberapa ribu duit dan tunggu sebulan dua. dah tu penganjur bagi garenti PASTI untung. even meniaga pun ada turun naik, untung rugi.

kalau dulu kita hanya ada kes gores dan menang, MLM tapi sekarang ni makin kreatif org yg menipu ni. bersandarkan projek yg realistik (tapi sebenarnya tak wujud) seperti pelaburan ikan dalam tangki, penternakan lembu/kambing boer, perlombongan emas kat oversea dan macam2 lagila yg aku pun tak ingat, menyebabkan bukan org biasa jer tertipu tapi juga golongan profesional yang mengaji tinggi2 kerja hebat2. menurut pegawai BNM tu, statistik mangsa dr golongan profesional menunjukkan peningkatan dan ini 'adalah satu keadaan yang sangat membimbangkan'. yelah klu golongan yg pro dan highly educated ni ni pun kena tipu, apatah lagi golongan marhain. dan org yg pro dan educated ni kalau melabur mesti puluhan, ratusan ribuan. memang kekenyangan la penyangak2 tu.

tp tak salah nak melabur malah digalakkan bagi mereka yg berwang tp perlulah secara betul dan berhati2. antara nasihat peg BNM tu;
1. kaji dulu sesuatu skim dengan teliti.
2. jangan labur pada benda yang kita tak tahu.
3. pilih pelaburan oleh syarikat, agensi yang dah well established dan diiktiraf oleh kerajaan.
4. jangan terburu-buru nak kaya.
insyaallah kalau kita bijak, memang boleh goyang kaki lagi sepuluh tahun.

satu lagi cara penipuan yg aku paling tak paham macamana ada orang yg begitu guileble percaya benda2 tu ialah melalui email yg dihantar menyatakan dia ni sipolan2, ada di negara sekian nak cari bisnes partner utk satu projek yg kononnya best atau dia ada barang nak jual yg lani sgkut kat port yg perlu bantuan org tempatan utk keluarkan. then ada plak yg ngaku dia anak somebody dr negara sth yg sedang bergolak so perlu transfer duit so 'anda' insan terpilih utk dia depositkan duit. paling banyak email yg aku dapat ialah kata aku menang duit, berjuta-juta usd.

paling terbaru email ni, masih panas diinbox aku;

UNITED NATIONS COMPENSATION//

Secretary-General Ban Ki-Moon.

UNITED NATIONS COMPENSATION UNIT, IN AFFILIATION WITH WORLD BANK.

Attention Dear.

How are you today? Hope all is well with you and family?, You may not understand why this mail came to you.

We have been having a meeting for the passed 7 months which ended 2 days ago with the then secretary to the UNITED NATIONS. This email is to all the people that have been scammed in any part of the world, the UNITED NATIONS have agreed to compensate them with the sum of US$950,000.00 each.

This includes every foreign contractors that may have not received their contract sum, and people that have had an unfinished transaction or international businesses that failed due to Government problems etc.
We found your name in our list and that is why we are contacting you, this have been agreed upon and have been signed.

You are advised to contact Mr. Raymond Maths, of our paying center in Asia, as he is our representative in Kuala Lumpur Malaysia, contact him immediately for your Certified Bank Draft worth of USD$950,000.00 This funds are in an Certified Bank Draft for security purpose ok? so he will send it to you and you can cash it immediately in any bank around the world.

Therefore, you should send him your full Name and telephone number your correct mailing address where you want him to send the Certified Bank Draft to you. Contact Mr. Raymond Maths, immediately for your Certified Bank Draft.

Person to Contact: Mr. Raymond Maths.

Email: raymondmaths@hotmail.my

Phone: +601-6914-9063.

Thanks and God bless you and your family. Hoping to hear from you as soon as you receive your Certified Bank Draft.

Making the world a better place.

oh PLEASEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!!! ayat betrabur, byk spealling mistake, klu ada la org yg percaya kata ni mmg email dr PBB aka UN, aku tak taula apa masalah org tu. memang b*d*h.

yang melalu sms mmg tak payah citerla. sampai polis keluarkan statement, letak kat mesin atm bagi peringatan tentang penipuan2 macam ni.
so nasihat aku, terutama kepada AKU sendiri, janganla mudah percaya dengan apa jua tawaran yang yg datang. pegang prinsip ni, "if something is too good to be true, then most probably it is".

so everybody, beware and be wary.








Friday, July 8, 2011

dah kerastangan ker.....????

dah lama aku tak berkarya.
dah berabuk agaknya bahan-bahan kraftangan aku dalam kotak tu.
riben cantik yang aku menang dari paper @ string pun tak terusik lagi. ntah bila la nak ada mood ni.

cemburu juga bila tengok seorang sahabat kat pejabat ni, yang sekarang ni dah buat bisnes berkaitan felt. asalnya aku yang introduce kat dia benda ni, sekarang aku dah suam-suam kuku, dia semakin rancak.

aku kena cari mood ni. projek terbengkalai dalam kotak tu perlu disiapkan. harap-harap bulan posa ni leh pulun buat. amin.....................

...........................*sigh*.............................................

riben cantik yang masih menunggu untuk di'kerja'kan

Wednesday, July 6, 2011

rombongan ustaz fauzi ke medan ~ bahagian akhir.

ini adalah sambungan dari entry lepas.

hari ketiga di medan, rombongan ustaz fauzi telah dibawa untuk melakukan aktiviti yg paling ditunggu-tunggu iaitu....SHOPPING!!!! seawal pagi kami telah bergerak ke pajak ikan iaitu satu kawasan membeli -belah kain baju. ala-ala jalan TAR la kalau kat kl. kami dibawa oleh driver kami ke satu kedai kenalan dia, trus kami pakat bersila kat situ, punggah satu kedai cari kain pasang, telekong, kain pelekat. memang hari tu rezeki dia murah, kami semua memborong dari kedai dia saja. dah siap borong kat situ baru jalan-jalan sikit, dan terus ke destinasi seterusnya.

aku sedikit terkilan sebab tak dapat nak men'shopping' sangat kerana dua faktor utama; pertama adib merap, nak berdukung jer sampai aku beli batik panjang untuk buat kendong. kedua, duit cik abang yang pegang semua sebab aku sibuk dgn faktor yg pertama. huhuhuhuhu...

oh, fyi, sepanjang di pajak ikan tu kami dua kali pi money changer, tukaq duit. tak cukup u....... hehehehe....

pemandangan  biasa di bandar medan ~ bunga-bunga disusun sebagai papan tanda
dari pajak ikan kami bergerak ke medan mall untuk mencari barang-barang yang boleh dibuat cenderamata. malangnya tak ada satu pun yang dihajati dijumpai di situ so jalan-jalan jela. seterusnya kami dibawa melawat universitas sumatera utara. abah aku sangat teruja dapat melawat tempat yang me'lahir'kan ramai bos-bos dia. sebelum ni dok dengaq cerita jer, so aritu dia dapat tengok sendiri. yg uniknya universiti ni, kalau graduan tahun 70an mai sini, dia akan rasa masih belajaq di sana sebab universiti ni tak banyak berubah. ini diceritakan sendiri oleh kawan adik ipaq aku yg merupakan student fakultas pergigian di situ, yg ikut serta membawa kami berjalan-jalan.

inilah 'bas' (as adib call it) yg mengangkut kami sepanjang di medan

di warung surabaya untuk lunch. menu....nasi penyet. again.

hospital universitas sumatera utara yang sedang dalam pembinaan



masing-masing dengan hasil belanja

sebelah petangnya kami telah ke toko aisyah, iaitu sebuah kedai yang menjual busana muslimah. malangnya kami tak lama kat situ sebab kedai tu dah nak tutup so kami kluaq dgn tangan kosong. yelah, kita baru dok belek nak pilih baju, tudung, pekerja dia dok hambat suruh cepat so trus jem....kan dah rugi......
dari situ kami dibawa ke ramayana supermarket sebab ada ahli rombongan yang terpaksa membeli beg untuk mengisi kain baju yang diborong pagi tadi. aku tengok harga barang-barang kat situ lebih kurang dengan harga kita kat sini. aku tak beli apa pun, sekadar tengok-tengok je.

warung durian
aktiviti terakhir hari ketiga tu ialah makan durian. impromtu punya plan. dah balik hotel sebenarnya then ada yang suggest makan durian so call pak agam minta dia mai lepas maghrib bawa kami semua pi makan durian. itulah pengalaman pertama aku beli dan makan durian kat tepi jalan. agak murah harganya dan kita hanya perlu bayar harga durian yang dimakan sahaja. abih makan durian aku terus balik bilik sebab anak-anak semua dah ketiduran.

"pilih pak, pilih...."
oh, sepanjang kat medan kami menginap di dua tempat yang berbeza. for the first to night we stay in a guest house, malam terakhir baru kami meginap di hotel madani. perancangan awalnya memang nak stay kat hotel madani tapi sebab lambat booking  so malam last jer dapat stay kat situ.

hari selasa, iaitu hari terakhir, selepas sarapan dan check-out kami melawat ke beberapa tempat tumpuan pelancong yang ada di medan iaitu masjid agung (yang terletak betul-betul depan hotel madani), istana maimun dan ladang buaya. memandangkan masih ada yang belum habis membeli-belah, kami sekali lagi ke pajak ikan untuk menyelesaikan hajat tersebut. dalam perjalanan ke lapangan terbang, kami singgah di toko zulaikha yang terkenal dengan kek ambun dan kek lapis medan. itulah ole-ole kami untuk orang di malaysia.

di hadapan hotel madani

masjid agung

balairung istana maimun


buaya kudung ekor di ladang buaya


masing-masing dah tak sabar nak balik rumah

pukul 5 lebih kami sampai di lapangan terbang polonia. alhamdulillah semua berjalan lancar. beg-beg dan barang yang nak dibawa balik pun lepas masuk kapal terbang tanpa perlu bayaran tambahan. dan pukul 7 lbh kami selamat mendarat di pulau pinang dan drebar-drebar yang dilantik telah sedia menunggu untuk menjemput kami balik.

dinner @ sesi membalas dendam kat gelugor
keseluruhannya trip ke medan ni berjaya dan berjalan lancar. tak ada sebarang masalah atau situasi yang tidak best yang dialami sepanjang di sana. anak-anak pun well behave so insyallah, lepas ni bleh la plan ke tempat lain plak.

Tuesday, July 5, 2011

sekali dapat....TIGA!

Dapat kembar 3 selepas 6 tahun


Oleh SALMAN HAMAT
salman@hmetro.com.my


JOHOR BAHRU: Penantian sepasang suami isteri untuk mendapat cahaya mata sejak enam tahun lalu berbaloi apabila dikurniakan anak kembar tiga yang selamat dilahirkan di Hospital Pakar Regency, Pasir Gudang, di sini, jam 10.37 pagi, Khamis lalu.

Bapa kembar tiga itu, Ahmad Fisol Rejab, 33, berkata dia bersyukur dengan kehadiran dua bayi perempuan dan seorang lelaki yang dilahirkan melalui pembedahan.

Katanya, kecekapan doktor menguruskan pembedahan itu membolehkan isterinya, Rusmiyati Kamaruddin, 31, selamat melahirkan tiga anak mereka dalam tempoh selang seminit setiap bayi.

“Memang gementar untuk bergelar ayah buat pertama kali, terutama selepas sekian lama menunggu, inikan pula dikurniakan tiga anak sekali gus.

“Ia menjadikan tanggungjawab sebagai bapa lebih berat, namun saya sedia memikul tanggungjawab ini. Hingga kini saya dan isteri masih memikirkan nama sesuai untuk tiga anak kami.

“Semua bayi yang dilahirkan dalam keadaan sihat dengan masing-masing seberat dua kilogram, namun mereka perlu diletakkan di bawah pengawasan hospital bagi memastikan keadaan stabil.

“Isteri saya stabil dan mendapatkan rawatan lanjut di hospital sama,” katanya.

Pasangan guru yang hampir gagal mendapatkan anak mencuba kaedah in-vitrofertilisatian (IVF) sebelum Rusmiyati disahkan mengandung.

Ahmad Faisol juga berterima kasih pada kakitangan hospital, khasnya Dr Thoka Muhammad yang bekerja keras memastikan keselamatan isteri dan tiga anaknya.

“Sebagai guru, saya memang suka kanak-kanak dan bersyukur bergelar bapa, namun tidak menduga dikurniakan tiga anak sekali gus,” katanya.

****************
terkejut gak aku bila terjumpa berita ni di wall fb seorg sahabat. terus aku terjah page si bapa yang merupakan sahabat ketika sama-sama menuntut di universiti dulu. alhamdulillah, ada gambar triplet dia, 2 puteri, seorg putera. mesti excited dapat anak kembaq tiga setelah lama tunggu. then dengar kabar adik dia pun dapat twin. memang meriah la rumah tok dan tokwan raya tahun ni dgn babies!

tahniah chon!
selamat datang ke alam keibubapaan sahabat!

hai, seronok bila dengaq berita orang dapat anak kembaq
(even myself pun berangan nak twin)......... 
tapi bila dipikir-pikir balik, bila 3 ni 3 kali ganda kerja, 3 kali ganda belanja. 3 kali ganda penatnya.
hmmmmmmmmmmm......


sekadar gambar hiasan
~ehsan pakcik google~