Saturday, June 25, 2011

alhamdulillah!

alhamdulillah, pejam celik dah setahun aku bawa kereta. bagi org lain ini bukanlah sesuatu yang besar, tp bg seorang aku ni yang bertahun-tahun-tahun bawa lesen, berjaya bawa kereta adalah satu pencapaian yang besar.
alhamdulillah.........

Friday, June 24, 2011

kan dah kena

di suatu senja......

ashraf : tu la mama, semalam acap nak makan udang ni semua orang marah ashraf. tgk ni, tak abih pun.
mama : erkkkkk..... (dalam hati, terkena aku).

sesekali bila anak-anak berkata-kata, terkedu kita. dalam kes ni, memang betul kat dia sebab udang yang tak abis tu terpaksa dibuang kerana dah basi. kan membazir tu......

Thursday, June 23, 2011

rombongan ustaz fauzi ke medan ~ bahagian 1.

pengembaraan kami bermula pada 4hb jun yg lalu (yup that's was a few week back ~ 'rajin' punya citer lani). rombongan ustaz fauzi yg terdiri daripada ustaz fauzi lima beranak, my parents, my brother and his wife, my sister, my brother in law (yang menjadi pemandu pelancong) dan my husband friend, ustaz mat, husband and wife telah berpeluang berkelana ke tanah seberang iaitu medan sumatera utara selama 3 hari 3 malam.

alhamdulillah, setelah beberapa lama merancang akhirnya berjaya juga aku membawa ahli keluarga aku naik kapal terbang. yg lagi best naik kapal terbang pi oversea. walaupun penerbangannya cuma 30 minit (lagi pendek dr pergi kl) at least tertunailah janji aku pada anak-anak.
kami bertolak dr lapangan terbang bayan lepas pd petang sabtu. penerbangan yg sepatutnya pukul 6 telah tertunda ke pukul 7 lbh. sampai di medan dah gelap so tak banyak la yg dapat tgk.

dua budak yg tak sabar nak naik kapal terbang

menunggu flight yg delay dengan sabarrrrr ~ air asia kan.....


teruja dengan troli airport.

excited naik 'eroplane'
alkisah, semasa dlm penerbangan tersebut telah berlaku satu kejadian. seorg budak sebaya adib tiba2 telah tidak sedarkan diri kerana sesak nafas. ibunya yg panik telah menjerit-jerit sampai pengsan. aku mula2 ingat ada orang kena sampuk ke apa sebab riuh-rendah. kelam kabut juga la aku tgk pramugari air asia menghandle situasi tu. sebaik mendarat kanak2 itu dan ibunya terus dibawa ke hospital dgn ambulan yg sedia menunggu di lapangan terbang.
proses wajib imegresen
selepas selesai urusan imigresen yg mengambil masa yg agak panjang di polonia airport, kami terus ke kenderaan yang sedia menunggu di luar. dr sana kami ke satu shopping complex untuk menukar duit tp malangnya money changer di situ dah tutup kedai walaupun waktu baru pkl 8 mlm. nasib baik la kawan adik ipar aku yg datang menjemput kami tu ada duit rupiah yg agak banyak so kami pakat tukaq dgn dia. tu pn dia  terpaksa balik ke rmh sewa dia untuk ambik duit tu dulu. tp at least lepas la nk bayaq dinner kami malam tu, nasi ayam penyet. fyi nasi ayam penyet merupakan menu utama kami sepanjang di sana. rasanya ada byk lagi makanan lain tp mgkn itu yg mengenyangkan dgn bajet yg rendah.


muka-muka yang kelaparan.

selepas makan, tunggu duit sampai untuk bayar.

danau toba
our second day bermula as early as 3.30 am. yup, you got it right the first time. tp semua org (kecuali 3A) tak ada masalah nak bangun. mungkin sebab tak sempat nak tidur nyenyak pun. destinasi kami ialah danau toba atau lebih tepat ke parapat yg merupakan pusat peranginan di tasik danau toba. kami bergerak awal kerana untuk ke sana mengambil masa lebih 5 jam perjalanan. subhanallah....sungguh indah ciptaan Allah. tasik yg sangat luas, sejauh mata memandang. di tengah-tengah tasik itu terdapat sebuah pulau iaitu pulau samosir yg majoriti penduduknya adalah org batak. kami bersetuju tak ke sana kerana perjalanan untuk ke pulau tu dimaklumkan mengambil masa sejam dengan bot untuk satu hala. mak aku awal2 dah serender. tp kami berkesempatan naik bot laju mengelilingi kawasan berdekatan pusat peranginan parapat dan melihat batu gantung, landmark kawasan itu. batu gantung yang dilagendakan berasal dari seorang puteri batak yang disumpah menjadi batu oleh bapanya yang malu dengan tindakannnya mahu membunuh diri. untuk maklumat lanjut mengenai danau toba dan parapat boleh ke sini dan sini.

senyum.......!

 
parapat

dua ekspresi yg berbeza

batu gantung, parapat

one happy family ~ minus aniq yg merajuk xdapat spek hitam.



jeti bot ke pulau samosir

air terjun sipiso-piso
~ tengok dari jauh jer, tak daya nak turun naik ~
dari parapat kami bergerak ke berastagi dengan persinggahan sebentar di air terjun sipiso-piso. perjalanan yang menguji ketahanan mental dan fizikal kerana jaraknya yang jauh dan kondisi jalan yg sangat teruk. still pemandangan sepanjang perjalanan itu memang tak dapat dinilai. tasik danau toba seolah-olah mengikuti kami sepanjang perjalanan tersebut. kawasan yang kami lalui itu boleh dikatakan kawasan tanah tinggi, dan sepanjang perjalanan aku lihat banyak kebun-kebun sayur yang diusahakan oleh penduduk tempatan. sayuran seperti kobis bulat, carrot, terung, tomato ditanam dengan banyak sekali. sehingga dalam kawasan pekan pun ada kebun sayur di celah-celah bangunan rumah dan perniagaan.

selain dari sayur-sayuran, satu lagi benda yang dapat dilihat dengan banyak disepanjang perjalanan itu ialah gereja. gereja kecil, besar, kayu, batu, mewah, simple, cantik, lama, baru terletak berdekatan antara satu sama lain. ibaratnya kalau kat tempat kita ni, setiap kampung ada surau atau/dan masjid, di sana gereja. dan kebetulan hari tu hari ahad, aku dapat tengok penduduk setempat dengan pakaian yang cantik berduyun-duyun pergi dan pulang dari gereja. surau atau masjid, hampir tidak kelihatan.  

ahli rombongan di puncak gunung gundaling.
di berastagi, destinasi terakhir kami hari tu, kami melawat gunung gundaling yang di sana kita boleh nampak dua puncak gunung berapi. kawasan tu sangat nyaman, dan menyegarkan dan sebab tu aku tgk ramai orang tempatan yang berada di situ berehat-rehat bersama famili berbanding org luar. sebelum balik kami singgah di pasar buah dan membeli sedikit buah salak, mangga dan markisa untuk dirasa. tapi nak jadi cerita, buah mangga kami yg belum sempat dijamah telah di'hijack' oleh pegawai kastam ketika di airport penang.rupa-rupanya mangga tak boleh dibawa masuk dr negara luar. so melepas la kami nak rasa mangga berastagi....

pemandangan dr puncak gundaling


odw balik ke kota medan, kami singgah di sebuah ladang strawberi. ladangnya sangat cantik, dan dijaga dengan sangat baik. berbeza dgn di cameron, strawberinya di tanam di atas tanah. malangnya aku hanya dapat melihat dr dalam van saja sebab menjaga adib yg tidur keletihan. xdapat merasa petik strawberi (dgn gunting). huhuhuhuh.......
posing mak, jgn tak posing.

budak paling excited dapat kutip strawberi.
demikianlah bahagian pertama cerita rombongan ustaz fauzi ke medan. part 2 akan menyusul bila aku ada kelapangan. tunggu......