Wednesday, April 27, 2011

akhirnya....berjangkit juga.

tajuk lain macam jer kan. boleh membenihkan seribu satu persepsi dan persoalan.
so....agak-agak, apa la yang dah berjangkit ni kan?

sebenar alkisahnya berkaitan dengan organisasi tempat aku mencari sesuap nasi ni. nampaknya demam 5S dah menjangkiti pejabat aku. sebelum ni memang dok dengaq ada cadangan tentang perlaksanaan 5S ni di pejabat tapi sekadar cakap-cakap semasa mesyuarat pengurusan. namun pada arini secara rasminya 5S ni diumumkan akan dilaksanakan di pejabat ini. mulai bulan depan sehingga ogos, setiap zon akan bertungkus-lumus meng'5S'kan kawasan masing-masing. aduhai....tambah kerja la.


apa 5S tu? bagi mereka yang tak pernah tahu tentang konsep 5S ni, penerangan ringkasnya seperti di bawah ini;
i. satu konsep yang berasal dari jepun.
ii. 5s - seiri (sisih), seiton (susun), seiso (sapu), seiketsu (seragam), shitsuke (sentiasa amal)
iii. memfokuskan kepada pengurusan fizikal yang bersistematik.

dan yang ni aku petik dari arahan amalan 5S jpa:-

"Konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.

Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Kini banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan Amalan 5S malah ada di kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)."
 
 
well...............selama ni pun mmg dah amal 5S pun tapi sepah, semak, serabut, serabai, sorok. hehehehe.......

actually dah banyak organisasi yang laksanakan 5S ni, baik kerajaan ataupun swasta. memang konsep 5S sangat bagus kalau dapat dilaksanakan dan diamalkan kerana ia akan menjadikan kawasan kerja kita sangat tersusun, sistematik, cantik dan mudah untuk diuruskan. aku dah pernah melawat pejabat yang buat 5S ni, memang sangat membahagiakan dan sedap mata memandang kerana nampak sangat kemas dan tersusun rapi. semua benda ada tempatnya yang khusus dan ditandakan. hatta pasu bunga pun ada sempadannya. tapi untuk melaksanakannya tu la yg menyesakkan. tambah-tambah kalau pejabat lama, macam pejabat aku ni, yg harta-karun, khazanahnya melambak-lambak. pastu melibatkan penyimpanan dokumen yang sangat, SANGAT banyak, ditambah plak dengan ruang yang sempit dan staf yang ramai, memang pening dan serabut bila memikirkan nak buat 5S ni.  tapi bila dah big bos dah bagi arahan kenala buat. SYMP kan.......

so bermula jumaat ni, kami semua akan mula buat 5S ni, bermula di ruang kerja masing-masing. for me, the very 1st step yang perlu buat ialah menyisih segala apa yang ada di bilik aku ni. mana yang nak simpan, mana yang nak buang. yelah, selama ni main letak jer, apa segala yang dapat semua longgok jer kat atas rak. rasa-rasanya memo panggilan mesyuarat tahun 2006 pun ada lagi terselit di mana-mana. hai....yang tu saja maunya sebulan baru siap. belum lagi yang lain-lain. hmmmmm.....

well, like nike say, JUST DO IT!

Monday, April 18, 2011

sakit mata?

last friday, sekembali dari pejabat aku perasan sebelah mata adib merah dan bertahi. dalam hati aku dah berdetik, "sudahlah...adib dah kena sakit mata. lepas ni mesti berjangkit kat orang lain." aku dah mula berkira-kira ada ke tak urusan yang urgent di pejabat kalau aku perlu ambil cuti isnin depan dan hari-hari berikutnya sehingga adib sembuh. selain mata merah, adib juga demam panas terutama sebelah malam.

mula-mula aku tak cadang nak bawa dia ke klinik sebab stok ubat demam di rumah memang ada. tapi bila hari sabtu tu tengok matanya semakin merah, aku rasa memang perlu bawa juga adib berjumpa doktor. namun sebelum ke klinik tu aku teringat nak mencuba petua orang tua-tua bila anak sakit mata, iaitu dengan menitikkan BM ke matanya yang merah tu. fyi, walaupun anak dah tiga, inilah pertama kali aku mencuba petua ini. alhamdulillah, pagi ahad aku tengok matanya dah tak lagi merah dan bertahi. suhu badannya juga dah kembali normal. cuma hidung dia masih berhingus sehingga hari ni.

rupa-rupanya, mata merah dan bertahi boleh terjadi bila badan kita panas, terutama panas di dalam badan. tak semestinya bila sakit mata saja. walaupun bukti saintifiknya aku tak jumpa (aku tanya pakcik google), tapi aku jumpa perkara ni dibincangkan dalam forum susuibu.com (pun pakcik google yang tunjuk). kawan-kawan bleh rujuk di sini


sekadar gambar hiasan
(sumber: google)

bercakap tentang sakit mata ni, aku ada bad experiance berkaitan ini. kira-kira enam tahun lalu iaitu pada tahun 2005 aku pernah dijangkiti penyakit ni atau nama saintifiknya konjuktivitis. jadi bila sakit mata aku pun pi klinik (masa tu aku di putrajaya) dan doktor pun bagi la ubat titik untuk sakit mata dan mc seminggu. nak jadi cerita, mata aku jadi makin teruk, bengkak dan bertahi mata sampai tahap tak boleh buka. bila aku balik penang (dah dapat mc kan...) aku pi klinik sekali lagi dan aku direfer kepada doktor mata di hospital pulau pinang. mata aku yang sakit tu terpaksa dicuci kerana ada selaput putih di dalam mata. sehingga kini aku masih boleh bayang betapa seksanya nak buka mata dan menahan sakit semasa lady doctor tu mencuci biji mata aku. rupa-rupanya aku alergik dengan ubat titik yang diberikan. so instead melegakan, mata aku jadi lebih teruk. malangnya pada masa aku pergi ke hospital pulau pinang tu aku tak bawa ubat yang diberikan oleh klinik putrajaya so aku tak taula aku alergik dengan apa sebenarnya. nasib baik mata yang teruk tu sebelah saja. walaupun dua-dua mata kena, tapi tak sekali. so bila sebelah yang kena mula-mula tu jadi teruk, yang lagi sebelah aku tak letak apa-apa ubat pun (dan mata yang tu yang lega dulu). lantaran kes itu aku cuti hampir sebulan. sebabnya lepas aku kena, aniq pula berjangkit so terpaksa sambung cuti jaga dia pulak. jadi bila adib mula menunjukkan tanda-tanda nak sakit mata aku jadi susah hati kerana bimbang sejarah berulang kembali. alhamdulillah, terbukti adib bukan sakit mata...... untuk bacaan lanjut tentang sakit mata atau konjuktivitis boleh refer sini dan sini.

Wednesday, April 6, 2011

dari Allah kita datang kepada-NYA kita kembali

tanggal 30 mac 2011 merupakan hari yang sangat memilukan bagi aku dan keluarga besar aku. pada subuh hari itu, aku mendapat berita bahawa mak jang, ibu saudara aku telah kembali mengadap Yang Maha Esa. mak jang merupakan kakak abah aku dan sangat rapat dengan kami sekeluarga. malahan aku pernah menjadi 'anak' mak jang selama kira-kira setahun semasa mula-mula memasuki alam menengah.

sebenarnya mak jang dah lama sakit. masalah jantung. tapi selepas majlis kenduri adik lelaki aku ketika cuti CNY yg lalu, kesihatannya semakin merosot. keluar masuk hospital menjadi rutin. sehari sebelum mak jang pergi meninggalkan kami, beliau telah dikejarkan ke hospital sultanah bahiyah kerana tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke CCU. aku ada bercakap dengan abah pada malam itu dan dari nada abah aku dapat rasa abah pasrah dengan apa jua ketentuan-NYA. dan benarlah janji ALLAH itu. apabila telah sampai masanya tiada kuasa yang mampu menafikannya.

kehilangan mak jang akan dirasai oleh kami semua. mak jang lah yang menjadi tali yang mengikat kami semua, anak cucu tok minah. kalau balik kampung pun kami balik rumah mak jang. lepas ni makin sunyila rumah di langgar tu....

al-fatihah.


kami akan sentiasa merinduimu.