Saturday, March 26, 2011

cuti solat?

di suatu hari,

aniq : mama, kenapa orang lelaki tak ada cuti solat?
mama : hah?! mana abang aniq dengaq ni?
aniq : nenek yang bagitau. aritu abang aniq kata abang aniq tak mau solat. nak cuti. nenek kata orang lelaki mana ada cuti solat, orang perempuan adala.
mama : mmmmm.....(sambil mengerah otak mencari jawapan terbaik untuk seorang anak berusia tujuh tahun).
mama tak pandai nak cerita la. kalau mama cerita pun abang aniq mesti tak paham.
aniq : tak pa....mama cuba cerita. abang aniq paham.
mama : mmmmmmmmmmm......abang aniq tanya abah la.

hehehe.....sian abah kena jadi mangsa.

Tuesday, March 22, 2011

demam campak

last two week adib telah diserang demam campak.

kesian anak mama, penuh satu badan biji-biji. dari atas kepala sampai ke kaki. tapi kawasan yang paling teruk ialah kepala, badan dan genital area. jenuh mama nak halang dia dari menggaru. dan bila nak disapu ubat, meraung tak mau.

actually adib ni berjangkit dari abang dia, ashraf. tapi alhamdulillah ashraf kena tak teruk. dia tak demam dan biji-biji di badan dia pun tak banyak. sampai mama pun mula-mula ingat biji-biji tu adalah disebabkan dia salah makan atau pakai, kes alergik. then nenek dengan pengasuh dia kata itu bukan alergik tapi campak sebenarnya. mungkin kerana antibodi dia kuat, that's why ashraf tak demam dan biji-biji pun tak keluar banyak.

tapi adib not so lucky. dia demam 3,4 hari dan bila biji-biji campak tu keluaq, penuh satu badan. malah ada yang besaq-besaq. miang tu tok sah kata la. tidur malam asyik gelisah. sampai berpindah-randah kami berdua (mama dengan adib), cari tempat tidur yang dia selesa. kejap atas katil, turun tidur bawah, kemudian naik buai. mama masih ingat lagi masa mama kena demam campak. masa tu mama darjah satu. siap meracau-racau bila tidur. sampai sekarang ada satu parut campak di muka, as a reminder of that.



so apa sebenarnya demam campak. ada juga yang sebutnya sebagai chicken pox, measles atau plentong. untuk mendapat kepastian mama pun rujuk la pakar segala pakar, tuan google. rupa-rupanya measles tu nama virus yang menyebabkan demam campak. baru mama tau. virus ini biasanya menyerang kanak-kanak tapi ada juga kes orang dewasa yang kena. kemungkinan besar sebab masa kecik-kecik dulu tak kena. di malaysia, kerajaan kita mewajibkan kanak-kanak di bawah usia satu tahun untuk dapat imunisasi pencegahan untuk virus ini (imunisasi MMR - measles, mumps dan rubella). oleh sebab itu di malaysia, kematian oleh virus ini rendah walaupun virus ini sebenarnya boleh menyebabkan kematian. teringat kes yang berlaku di sarawak beberapa tahun lalu di mana satu perkampungan orang asli sarawak diserang virus ini sehingga menyebabkan beberapa kematian. sebabnya mereka ni tak pernah terima imunisasi ini. untuk bacaan lanjut tentang demam campak ni boleh baca di sini dan sini.


demam campak ni memang tak ada rawatan rupanya. patutla bila pi jumpa doktor, depa bagi paracetomol (untuk demam) dan calamine losyen (untuk gatal) sahaja, ubatan yang memang sedia ada di rumah kami. cara tradisional plak, minum air kelapa (untuk sejukkan badan dan bagi campak tu keluar habis) dan ambik daun mambu untuk buat sapu di badan dan alas tempat tidur, untuk kurangkan rasa miang. satu nasihat my parents yang kami adik-beradik pegang kuat bila berkaitan dengan campak ni ialah jangan makan antibiotik. sebabnya takut campak tu tak keluaq abih, sebaliknya merebak di bahagian dalam badan.  

bila kena demam campak ni, pantang-larang pun banyak. tak boleh bercampur dengan orang, sebab dia berjangkit. makan pun kena pantang sebab dia gatal dan takut nanti campak tu jadi kudis. jangan makan kicap sebab takut parut hitam. dan paling ditekankan, jangan kena hujan. sebab apa sebenarnya tak dapat dipastikan tapi apa yang dimaklumkan (sejak dari kecik lagi) takut nanti parut tu nanti jadi lubang. wallahu'allam. tapi selagi boleh ikut, apa salahnya kan, untuk kebaikan sendiri juga.



berbalik kepada adib, sekarang ni dalam fasa penyembuhan. kebanyakkan biji-biji campak tu dah kering kecuali sebiji dua yang besaq. tapi parut memang penuhla. badan ok juga sebab bila pakai baju tak nampak tapi yang kat muka memang tak leh sembunyi. sapa-sapa yang tengok, pesan kat mama supaya sapu bio-oil tapi masalahnya anak teruna tu cukup susah nak disapu ubat. kalau kita buh pun nanti dilapnya. well, takpala, dia pun kecik lagi. panjang masa untuk parut tu hilang. harap-harap bila besaq nanti parut tu dah tak ada. insyaallah.

Monday, March 21, 2011

lucky draw @ arninas.blogspot


memandangkan teman ni antara pengunjung tetap blog cik puan arni ni, rugi plak rasanya kalau tak join.
so cik puan arni, i join ur lucky draw. mana tau luck i masih ada. hehehehe.....

p/s: jeles i tgk opis u. cantik. opis i macam kapal karam. hehehehe.......

Wednesday, March 16, 2011

get organized and i got lucky!

last month i'd entered a contest organize by ParenThots.com. i came across this contest while browsing thru The Star newspaper. They got this colum promoting activities, contests and everything that's happening in their website. so when i saw this contest running, with very interesting prizes (4 very attractive organizer bags) to grab just by telling them how u plan to get organize, i tried my luck.


and guess what? i won! i was one of the lucky winners!


want to see what i won?



tadaaaa!!!


'organize mary' by gin & jacqie


and also these two cute car stickers, complimentary from the organizer.

'driving families'





my winning slogan?

"Utilise my handphone to the fullest - calendar, to-do-list, notes, reminder and alarm; and set a specific day for doing household chores."


to know more about that contest, u can go here and also, u should give their website a check for there are lots of tips on parenting and also to try ur luck on the various contests available.


hope i'll get lucky again next time!!!!

Monday, March 7, 2011

alhamdulillah!

pagi tadi untuk julung-julung kalinya sejak aku bekerja di pejabat ni aku berceramah kepada audiens.
hehehe....
jemputan tu dh dekat sebulan dapat.
preparation pun dekat sebulan juga buat.
tapi dub dab dub dab dalam hati tu Allah saja yang tau.
tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
apa yang nak cakap semua berjaya disampaikan.
yang mendengar pun nampak macam paham apa yang aku cerita.
alhamdulillah


seperkara lagi, nampaknya bulan ni rezeki aku murah.
duit masuk kiri kanan atas bawah.
alhamdulillah...

Wednesday, March 2, 2011

laundry oh laundry....





don't you face this kind of problem?
kenapala tak ada mesin lipat baju kan........

Adib is 2!

22 februari lepas adib genap dua tahun. Yes, i know this entry is a bit late but better late than never kan...

adib @ 1 day old

tak dak birthday parti (memang tak pernah buat pun...). kek pun mama tak beli kali ni. sebabnya last time beli (last disember sempena birthday mama dgn aniq) seminggu lebih kek tiramisu tu bertapa dalam fridge. last-last 'cik pah' juga yang kenyang. so tak nak membazir, no cake for the time being. tapi tak bermakna mama tak ingat. mama sentiasa ingat birthday anak-anak mama (birthday abah anak mama laaaagi ingat). jadi untuk meraikan birthday adib, malam tu mama suruh abah beli sate 50 cucuk. alhamdulillah abih (tukang perabih...sapa lagi, yours truly ni la). then last sunday another treat for everyone at pizza hut, bayan baru. tercapaila hajat mama nak merasa golden ring pizza tu....... (mama plak yang lebih kan...hehehehehe).


4 months

berbalik kepada cerita adib, the birthday boy. dalam tiga orang anak mama, adib ni paling bertuah. sebab dia membesar sepenuhnya dengan mama, berbanding dengan abang aniq dan abang ashraf yang terpaksa berjauhan dengan mama ketika kecik. sebab tu la kemanjaan dia lebih sikit dari yang lain. (well.....bila pikir-pikir balik semua anak mama manja). satu lagi kelebihan adib berbanding abang-abangnya, dia dapat merasai nikmat bf lebih lama. bahkan sampai sekarang pun masih lagi. walaupun dok pujuk untuk berhenti tapi mama masih gagal. partly because me myself tak bersungguh nak wean dia. entahla, perasaan tu bercampur-baur. tak sampai hati nak paksa dia berhenti. kalau boleh nak biar dia sendiri yang tak nak. tapi tengok la macamana. yelah, dah dua tahun kan......


6 months

dalam usia dua tahun ni adib dah macam-macam pencapaian dia. dia dah pandai bercakap (dalam erti kata kita boleh paham apa yang dia nak bagitau), dia paham apa yang kita cakap, dia pandai mengajuk, pandai menulis a.k.a. menconteng, suka mengusik dan menyakat abang-abang (sangat suka), dah boleh mengayuh basikal dan macam-macam lagi la. bak kata apa yang abang buat dia pun bleh buat (or at least nak tiru apa yang abang buat). satu lagi, yang mama perasan, adib ni kurang sakit, demam. mungkin sebab khasiat susu ibu yang dia dapat. alhamdulillah.


  
cepatnya masa berlalu. melihat anak-anak membesar menginsafkan mama. terima kasih sayang, kalian banyak mendidik mama menjadi lebih matang, lebih sabar, lebih kuat untuk hadapi kehidupan ini.









buat
muhammad adib akhyar,
happy birthday my darling. mama will always love you.

syurga dunia

HEAVEN............................!!!!!
i LOOOOOOOOOOOOOOOOOOOVE reading.


*artikel di copy dari KOSMO 2 Mac 2011

Lokasi kedai buku terbaik

Oleh WAN SHAHARA AHMAD GHAZALI

PENGGEMAR buku adakalanya bukan sahaja cerewet memilih buku tetapi juga lokasi terbaik mencari buku. Bagi yang mementingkan kualiti dan pilihan, mereka lazimnya akan mencari kedai buku yang besar dan selesa. Kepada yang mempunyai bajet terhad, akan ke kedai buku terpakai. Trend terkini ialah memesan buku secara talian yang amat sesuai bagi mereka yang sibuk dan tidak berkesempatan ke kedai buku.
Bagi mencari dan mendapatkan cadangan lokasi pembelian buku terbaik khususnya di Lembah Klang, penulis melayari beberapa laman forum dalam talian dan blog pembaca tegar.

Sebahagian besar pembeli buku memilih Kinokuniya di Suria KLCC atau BookXcess di Amcorp Mall Petaling Jaya untuk membeli buku baru.

Bagi pencari buku-buku terpakai pula, gudang jualan Payless Book di Dataran Milennium Petaling Jaya, Junk Bookstore di Jalan Tun H.S. Lee dan tingkat atas Pasar Chowrasta, Pulau Pinang disebut-sebut sebagai lokasi terbaik pilihan mereka.

Populariti Kinokuniya atau Kino di kalangan kebanyakan rakyat Malaysia mungkin dibantu oleh lokasi yang sangat strategik.

Suria KLCC mudah diakses memandangkan ia mempunyai stesen LRT dan tempat letak kereta bawah tanah yang luas.

Meneliti komen pembaca dalam forum dan blog masing-masing, empat faktor dapat dirumus yang menjadikan Kino sangat digemari ramai iaitu pilihan buku, persekitaran, layanan pekerja dan khidmat dalam talian.

Gudang buku dua tingkat itu menawarkan pilihan tajuk buku yang sangat banyak dengan kepelbagaian genre yang mampu memuaskan keperluan bacaan kebanyakan pembaca di Malaysia.

Pengurus Hal Ehwal Korporat Kino, Theresa Chong berkata, gudang itu menyediakan sekurang-kurangnya 250,000 judul buku pada satu-satu masa, meskipun beliau tidak pasti sama ada angka itu adalah koleksi jualan buku terbesar negara.

Pengunjung kali pertama akan segera menyedari betapa luas pilihan buku yang ditawar oleh gudang buku yang mengkhususkan tingkat atas kepada naskhah seni dan sastera.

Jika terasa rambang mata, pengunjung tidak perlu khuatir kerana tajuk-tajuk buku di Kino dikatalogkan dengan baik, kemas dan tersusun sekali gus memudahkan pengunjung mencari genre pilihan dengan cepat.

Meneliti sampel

Kino mengamalkan konsep rak buku terbuka. Pengunjung boleh memilih dan membaca sebanyak mungkin buku-buku yang dibuka atau sampel sebelum membuat pembelian.

Seorang pengunjung mengakui perasaan selesa itulah yang menjadikan Kino lokasi pilihan untuk beliau meluangkan masa berkualiti dengan yang tersayang pada hujung minggu.

“Pekerja Kino tidak akan mengganggu meskipun pengunjung mengambil masa seharian untuk memilih buku, berbeza dengan layanan pekerja di sesetengah kedai buku tempatan yang sering mengekori sambil merenung menyebabkan kita terasa dilayan bak pencuri,” luahnya dalam satu laman forum.

Seorang pengunjung yang lain pula selesa membenarkan anak-anaknya berlegar di dalam Kino selama yang mereka mahu kerana yakin dengan tahap keselamatan dan kebersihan gudang buku itu.

“Saya pasti mereka tidak akan sesat, lagipun rak-rak buku yang rendah dan mesra kanak-kanak memudahkan mereka dipantau dari jauh selain membolehkan mereka mencari sendiri naskhah pilihan tanpa bantuan orang dewasa,” katanya.

Pengemar buku terutama dari luar Lembah Klang mungkin menghadapi masalah mencari buku idaman memandangkan pilihan kedai buku yang terhad di kawasan masing-masing.

Di sinilah letaknya kepentingan perkhidmatan pembelian buku dalam talian Kino yang dinamakan BookwebMalaysia.

Seorang penulis blog dari Ipoh, Perak memuji perkhidmatan BookwebMalaysia yang dianggapnya lebih cekap dan pantas, selain kos penghantaran murah berbanding pesanan buku melalui peruncit dalam talian utama dunia, Amazon.com.

Kata Chong, setiap pesanan buku akan diproses pada waktu yang sama setiap hari bagi memastikan pesanan tiba kepada pembeli dalam tempoh selewat-lewatnya dua hari dengan kos hanya RM8 untuk setiap penghantaran dan percuma jika jumlah buku berharga RM300.

Buku mahal

“Sambutan terhadap perkhidmatan ini amat memberangsangkan dan meningkat setiap bulan,” katanya.

Sambil meluahkan rasa penghargaan kepada masyarakat yang mempercayai khidmat Kino, beliau tidak menafikan ada kemungkinan mereka akan membuka cawangan yang baru jika menemui peluang dan lokasi yang sesuai.

Penulis menyedari harga-harga buku yang menarik memang mahal untuk golongan pekerja kelas pertengahan, malah ia boleh dianggap bagai satu kemewahan jika ada wang kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Ini menyebabkan ramai yang tidak mampu berbelanja bagi memenuhi keinginan membaca kerana perlu menyimpan duit untuk keperluan hidup yang lebih penting.

Bagaimanapun, semasa meninjau-ninjau di Amcorp Mall baru-baru ini, penulis terpandang sebuah buku bergambar kulit tebal Antarctica: A Call to Action yang dijual pada harga RM17.90 sedangkan harga asal yang tertera di kulit buku ialah RM111.00.

Ia kedengaran mustahil, tetapi kedai buku BookXcess memang menjual buku-buku baru berbahasa Inggeris dengan potongan harga sekurang-kurangnya 50 peratus daripada harga asal.

Ia lebih berbaloi jika dibandingkan dengan banyak kedai buku terpakai yang pernah penulis lawati.

Jumlah judul buku di BookXcess mungkin hanya sekitar 10,000 judul yang dibahagikan kepada fiksyen, bukan fiksyen, remaja dan kanak-kanak, tetapi ia turut menempatkan banyak tajuk popular atau karya penulis ternama.

Ia termasuk karya laris novelis terkemuka seperti Dan Brown, Sidney Sheldon, Cecelia Aher, Danielle Steel, John Grisham dan Sophie Kinsella.

Ada juga karya klasik dari Agatha Christie, Charles Dicken, J.R.R. Tolkien, Jane Austen, Sir Arthur Conan Doyle serta William Shakespeare.

Golongan muda boleh memilih buku-buku popular seperti siri Twilight, Cirque Du Freak, Harry Potter, Percy Jackson, The Vampire Diaries selain Nancy Drew dan The Hardy Boys.

Pengunjung dewasa pula boleh memilih pelbagai genre buku yang bersesuaian dengan minat termasuk biografi, sejarah, hobi malah pelbagai buku masakan terkini chef-chef selebriti termasuk Martin Yan, Ramsey Gordon, Jamie Oliver dan lain-lain.

Pastinya peminat buku teruja apabila melihat perbezaan harga yang begitu besar di antara harga jual dan dan harga runcit sebenar.

Merungkai pertanyaan penulis, pemilik BookXcess, Andrew Yap menjelaskan, kedai itu menjual buku-buku berlebihan atau buku terlebih cetak.

“Buku berlebihan adalah buku-buku yang tidak dapat dijual dan dipulangkan semula oleh pengedar, manakala buku lebihan cetakan berlaku apabila penerbit terbuat anggaran permintaan yang lebih tinggi berbanding permintaan sebenar,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut beliau, syarikat penerbitan termasuk nama terkenal seperti Bloomsbury, HarperCollins, Headline-Hodder, Random House, Paragon, Penguin dan Walker perlu mengosongkan gudang mereka untuk terbitan terbaru.

Ini bermakna, lebihan stok itu perlu dijual pada harga yang sangat rendah, dan memungkinkan buku-buku laris terkini untuk muncul di kedai itu dalam tempoh hanya beberapa bulan selepas diterbitkan.

Untuk kemudahan pengunjung, BookXcess menyediakan sistem pangkalan data yang baik sama ada menerusi laman web atau laman sosial Facebook mereka. – Bernama