Friday, February 18, 2011

aniq, ashraf dan sekolah

sekarang dah dua bulan lebih anak-anak memulakan sesi persekolahan mereka; aniq darjah satu dan ashraf tadika. alhamdulillah, sepanjang tempoh ni tak ada sebarang masalah kepada dua-dua beradik ni untuk pergi sekolah. senang dikejutkan dari tidur, boleh bersiap sendiri, pakai baju sendiri. cuma kadang-kadang merengek minta sediakan air panas dan minta disiramkan. so far mama bleh layan lagi la, dan kalau tak sempat pun bila dipujuk depa paham. (tp mama memang kena ganti juga la water heater yang rosak untuk memudahkan kehidupan semua pihak).


Di hari pertama sesi persekolahan 2011 - sangat teruja untuk ke sekolah.

sepanjang tempoh hampir dua bulan ni, aniq menunjukkan minat yang mendalam dalam pelajaran. tak kira apa subjek pun, dia bersungguh-sungguh menyelesaikan kerja rumah yang ada. kiranya memang tak ada kerja rumah yang tak siap. dan kalau tak ada kerja rumah dia akan buat buku aktiviti yang dibelikan oleh abahnya. aku dan suami tak pernah tentukan masa untuk belajar. tapi biasanya sebelah malam, selepas makan malam kami sekeluarga akan duduk sama-sama depan tv. time tu la aniq dan ashraf akan buat homeworks mereka sambil dibantu oleh aku dan suami dan juga nenek (my mum) if she's around. yes, i know, it's not a good way to study but well.....*shrug*

Dengan teman baru - apa la yang dibualkan.

seperkara, walaupun aniq dah ke tadika dua tahun, tahun ni darjah satu, tapi dia masih belum boleh membaca dengan lancar. dia masih belum menangkap kaedah untuk mengeja. dan mama yang tak ada kemahiran mengajar ni, tak mampu nak bagi penerangan yang boleh difahami oleh dia. contohnya perkataan 'bermain'. aniq akan eja sebagai, 'be-rm-ain'. aku cuba ajaq dia cara mengeja yg betul tp dia masih belum paham. tak apa la aniq, lama-lama nanti aniq akan dapat juga.

Ashraf - ready to explore a whole new world!

ashraf plak, tahun ni merupakan first time pergi sekolah. dr apa yg aku perhatikan dia ni tak sama macam abang dia. dia seronok ke sekolah tapi tak se'excited' abang dia. dia jarang nak bercerita apa yang dia buat dan belajar di sekolah melainkan bila ditanya. dan bila buat homeworks dia sangat tidak sabar dan lebih banyak bercakap dari buat apa yang sepatutnya dibuat. (ashraf ni memang sangat, SANGAT suka bercakap. sapa la yang diikutnya.....*wink*). jadi setiap kerja rumah yang dibuat perlu ada mama atau abah yang selia dan bantu. kalau tidak memang halai balai je jadinya, janji siap.

bila anak-anak dah sekolah ni rutin kami sekeluarga berubah dari sebelumnya. sekarang ni aniq banyak habiskan masa dengan abah. setiap pagi aniq akan pergi dan balik sekolah dgn abah (nasib le satu sekolah). kemudiannya ke kelas KAFA di sebelah petang. manakala ashraf, siap-siap mandi pakai uniform akan pergi dengan mama. mama hantar ke rumah pengasuh ODW ke pejabat, adib sekali. then kakak pengasuh tu akan hantaq ashraf pergi dan balik dr sekolah dia (dekat je pun, dari pagar rumah dah nampak pagar sekolah). petang, abah akan ambik aniq dari kelas KAFA dan ashraf dan adib dari rumah pengasuh.
cuma ada satu perkara yang aku rasa sangat kecewa, kerana masih gagal untuk penuhinya, bab mengaji quran. aku cuba ajaq aniq dan ashraf di rumah, belikan muqaddam (not iqra' because that one they can learn at school) dan rehal tapi banyak kekangan. begitu juga dengan suami, dia pun kadang-kadang jer dapat ajaq anak-anak mengaji. cuba juga cari tok-tok guru di kawasan rumah aku tu tapi masih belum jumpa. sekarang ni depa belajaq di sekolah dan juga di kelas KAFA tapi for me it's not enough. tambah-tambah la dengan background aku dan suami, aku mahukan anak-anak aku pandai mengaji. aku sangat-sangat berharap aku dapat hantar anak-anak aku untuk mengaji al-quran secara khusus so that by the time they finish primary school they can read quran fluently. amin.....



Friday, February 11, 2011

alhamdulillah...selesai sudah.

last week ketika sahabat-sahabat kita kaum cina sibuk menyambut hari raya mereka, aku dan keluarga sibuk dengan persiapan kenduri adik lelaki tunggal aku. alhamdulillah pada hari jumaat, 28 januari 2011 bersamaan 23 safar 1432, adik aku, muhammad kamalhamdy selamat diijabkabulkan dengan siti liyana dengan sekali lafaz saja. majlis akad nikah diadakan di surau al-ikhwan taman puncak perdana di mana bapa pengantin perempuan (bapa mentua adik aku la tu) menjadi pengerusi jawatankuasa surau. lepas ni bila balik rumah mentua kena rajin pegi surau le paman yer......

upacara membatalkan air sembahyang.

keesokan harinya, sabtu 29 januari 2011, majlis kenduri pihak perempuan. tema kelabu. sebut tentang tema ni, nampaknya warna kelabu/silver ni dah jadi warna rasmi pengantin keluarga kami. mana taknya, aku dulu kawin pakai kelabu, angah kawin pakai kelabu, ni abang kawin pun kelabu juga....nak kata dirancang, tak juga, sebab abang ni pihak perempuan yang pilih warna tu. memang rasi la tu..taste sama.

berbalik kepada cerita kenduri di puncak perdana, shah alam (kenduri pengantin perempuan), rombongan dr pihak lelaki (keluarga aku la tu) sangat ramai. lebih dari 10 biji keta. ahli rombongannya terdiri dari keluarga sebelah abah (kedah) dan saudara-mara sebelah mak (selangor). seronok aku, dapat jumpa ramai saudara yg dah lama tak jumpa, esp dari sebelah mak. masing-masing dah beranak-pinak dan ada yang anak-anak dah abih sekolah menengah pun. ada seorang tu, last aku jumpa anak dia baru 3,4 tahun, sekarang dah jadi anak dara darjah empat. lawa kemain.

balik dari shah alam, aku dengan anak-anak balik jitra. cuti seminggu untuk persiapan kenduri sebelah kami pulak. ini kenduri cucu nenek yg keempat tp kali ni aku tgk nenek aku sangat excited memasak, macam-macam juadah dia buat untuk hari kenduri - belulang, jenang krisik, sambal goreng tempe, lemper, kerepek pisang, tapai pulut. ada antara bahan-bahan untuk juadah-juadah tu di'import' dari sabak bernam. mmg penuh kereta abah aku masa balik dr shah alam ritu.

nenda tersayang dengan menantunya, cikna my aunty.

pada 5 hb februari, kenduri di rumah kami. alhamdulillah, walaupun ada banyak kenduri pada hari tu (even di taman kami tu ada satu lagi kenduri kawin) tapi tetamu yang datang tetap ramai. tapi yang tak bestnya, adib sepanjang minggu di jitra dia sangat merap. tak boleh berenggang dgn mama. dan pada hari kenduri pun aku asyik dok kilik dia. nasib baik katering so memang tak la byk keja nak buat, sekadar sambut dan layan tetamu. by da way ini 1st time kami guna khimat katerer dan nampaknya sgt sng. tu pun bukan tak ada kerja.
malam sebelum kenduri kami adik-beradik dan jg mak dan nenek tidur pukul 3 pagi. siapkan goody begs dan bilik pengantin.

merahnya pengantin!!
(jeles i tau...)

ladies of the house in our uniforms for da day.
namun dalam kegembiraan terima adik ipar baru kami menerima berita sedih. sepupu aku yang turut serta rombongan cik din ke shah alam telah kemalangan semasa dalam perjalanan balik ke kedah. kemalangan di alor star, pukul 3 pagi. kereta savvy yang dinaikinya berlanggar dengan lori menyebabkan bahagian depan kereta tersebut terperosok di bawah lori. sepupu aku terpaksa menerima 50 jahitan di muka dan entah berpa jahitan di bahagian dalam mulut. lebam-lebam badan toksah kata la. sedih sangat aku bila tgk keadaan dia tu. tp apapun syukur alhamdulillah anak-anak dia semua dipelihara Allah. termasuk yang kecik yang berada diribaannya pada ketika kejadian. hanya seorang sahaja yang cedera dikepala dan dijahit 5 jahitan. semoga kak jat tabah menghadapi ujian ini dan bersabar. ikut nasihat doktor supaya cepat sembuh dan kembali seperti sediakala.
begini le rupa kereta tu.
(gambar dr FB cik kasma, my cousin)

begitula serba sedikit coretan tentang majlis walimah adik aku. aku doakan abang dan liyana akan bersama-sama menghadapi kehidupan berumahtangga dengan tenang dan matang dan berbahagia hingga ke akhir hayat.

welcome to the club my dear bro!