Friday, December 30, 2011

a year older a year wiser

is that so? well, hopefully yes, insyaallah....amin!

my wishes for this particular birthday (and new year resolutions also as it just around the corner);

google image
i. to be more patient with the boys (thats mean less ~very very very less~ yelling)

google image

ii. lose weight! (i'm officially on the obese site of the scale...huhuhuhuhu)


google image
iii. a baby girl (hmmmmm....i'm dreaming of pink stuff already)

so may Allah bless me and my family and my friends and granted me my wish if not all the wishes.

Happy Birthday Me!!!

google

Wednesday, December 21, 2011

the best medicine ever


.....................and, it's free of charge.

Tuesday, December 20, 2011

jalan-jalan cuti sekolah




cuti sekolah tahun ni kami jalan-jalan jelajah utara Malaysia.

first trip @ 29.11.2011 (selasa) ~ rehlah keluarga tok asa. perjalanan yang bermula seawal empat pagi dan berakhir pada 12 tengah malam ini merupakan program ad-hoc sempena kenduri paktam yang berlangsung dua hari sebelum tu. memandangkan semua ahli keluarga ada, so malam lepas kenduri kami mesyuarat, and the ball started rolling. alhamdulillah, untuk julung-julung kalinya, kesepuluh-sepuluh org adik-beradik suami aku dan kluarga masing-masing join rombongan ni. yang tak ada cuma ketua kluarga a.k.a. pak mentua aku yang tak berapa sihat.

"ok...lepas ni lari laju2 pi kat pak su tapi jangan belah dia."
sukaneka @ taman tasik bandar darul aman. jitra.


lunch @ parking muzium padi

"syok kan. lepas ni kita suh abah kita sewa bas lagi."

 
selalunya setakat pi berkelah, buat sukaneka tapi kali ni all-in-one; berkelah, sukaneka, lawatan sambil belajar, sambil shopping, sumua ada. bermula dengan taman tasik bandar darul aman, jitra (sarapan & xtvt sukaneka), kami ke padang besar, perlis (xtvt perabih duit), seterusnya ke muzium padi dan pusat sains negara, alor setar (lawatan sambil belajar) dan terakhir kolam air panas ulu legong, baling (xtvt merehatkan diri). yang lagi meng'ump'kan lagi trip kali ni kami pi naik bas. ce korang bayang satu bas anak-beranak jer, memang bas mak bapak yg punya lah. bas plak bas baru ~ sangat selesa dan didrebarkan oleh anak sedara my MIL. mmg syiok habih la. boleh borong barang banyak2, badan xletih nak drive dan tak gaduh nak pening konvoi panjang2. paling teruja tentulah anak-anak, dapat naik bas sampai tak reti duduk diam. ikut depa dok atas bas tak turun-turun pun tak apa.

ahli rombongan di hadapan masjid al-bukhari, aloq staq
~ nota kaki : kesemua tempat yang kami pi tu aku tak pernah pi walaupun dalam lingkungan kawasan sendiri (kecuali taman tasik dan padang besaq, itu pn dah lama dulu). paling aku teringin nak pi lagi kolam air panas ulu legong. tempat cantik dan selesa. rm4 entry fee tu mmg berbaloi.

then last week, kira2 dua minggu selepas aniq dan ashraf bersunat, kami sekeluarga pi langkawi plak. walaupun dah beberapa kali pi langkawi tapi ini first time aku pi dengan abang dan anak-anak. selain kami, kak chaq dgn aqilah, ani, a'aa, apit dan pak jang mat pun pi sama. ikut perancangan kami nak tidur di hotel tp sebab adanya pak jang, kami 'terpaksa' menginap di rumah sedara. tapi untung juga bila stay rmh adik-beradik ni, bukan takat tempat tinggal disediakan, pengangkutan juga diberi percuma. so duit yg bajet utk sewa hotel & keta bleh le guna utk topup perbelanjaan shopping. hehehehe...............

pi kali ni aku puas hati sangat sebab dapat bawa anak-anak naik cable car dan melawat underwater world. melihat keterujaan mereka merasai pengalaman di atas cable car dan kegembiraan mereka melihat peguin dan pelbagai jenis ikan di underwater world membuatkan aku rasa bahagia.  iya, ibu amat senang sekali, nak. cuma kerana kekangan masa, kami tak sempat melakukan aktiviti island hopping. takpa abah......next year kita mai lagi langkawi yer....

tak shopping ker? hish.....mesti ada yang tak kena kan kalau pi langkawi tak shopping. of course ada....arked beras terbakar dua tiga kali pergi. idaman suri pun pergi, tapi my hubby jer yg shopping dengan adik & kakak dia. aku tinggal dalam keta tunggu anak-anak yg tidur. tu pun abih banyak mana tak tau la kat dia; beli set pinggan mangkuk, frying pans, set hidang. to tell the truth, pinggan mangkuk ni aku setakat suka tengok tapi nak membeli tak berapa sangat. tak tau la kot ada rmh sendiri nanti lain plak jadinya.
tapiiiiiiiii..........kakak dgn adik ipar aku memang ibarat dalam syorga la pi langkawi. huih....sakan depa memborong! kami naik cable car, pi underwaterworld, depa pi ukuq pekan kuah. aku rasa kalau tak kerana susah nak angkut balik mesti lagi banyak yang dibeli. dah siap plan nak mai lagi awal tahun depan, nak membeli yang tak dapat dibeli.

lani cuma tinggai satu lagi janji dengan anak-anak yang masih belum ditunaikan iaitu 'nak tidoq 'otel'. memandangkan baki dua weekends thn ni kena dengan krismas dan tahun baru so terpaksa la pospone ke tahun depan. sabaq yer anak-anak mama, insyaallah bulan satu nanti mama dengan abah bawa pi hotel.....

bijak...bijak.....

Friday, December 9, 2011

year of weddings

tahun ni aku dapat dua adik ipar, satu biras. tiga kali kenduri kahwin.

bulan februari 2011, adik lelaki tunggal aku kawin. dapat orang shah alam dan namanya juga siti, same as the rest of her sisters in law. alhamdulillah, 20.11.2011 yang dua dah jadi tiga. a beautiful baby girl name khairina irdina was born at hospital sg. buloh.



then bulan september, my sister acik pulak melangkah ke alam rumahtangga. sebulan jer persiapan majlis walimahnya, dari tarikh bertunang sampai kenduri. alhamdulillah, walaupun dalam tempoh yang singkat semua berjalan lancar. kini acik  berdikari menjalani kehidupan barunya sebagai isteri kepada mohd mukram nun di bumi anbiya' di samping mengejar cita-citanya bergelar graduan al-azhar.




terakhirnya kenduri kawin adik lelaki suami aku oktober lepas. jika dua kenduri sebelah aku guna khidmat katering sepenuhnya, kenduri di kampung mentua aku semuanya sendirian berhad, dibantu oleh pakatan org kampung. siap ada komiti keluarga lagi - kak chaq & hashim bab masak dan barang-barang masakan; yah suami isteri incharge bilik pengantin & tempat makan pengantin; ani goody begs; a'aa & a'ei pengangkutan, khemah & kerusi meja; ed selaku pengarah, memantau semua benda. as for my hubby dia berperanan selaku liason officer dgn org kampung dan as an eldest son, memangku tempat abahnya memandangkan my father in law tak sihat. itulah keunikan adik-beradik suamiku, setiap seorang daripada 10 org mereka ada kelebihan dan kemahiran masing-masing dan dipergunakan sepenuhnya utk kenduri ni. aku, sekadar melengkapkan di mana kurang, membantu di mana perlu....


insyaallah tahun depan, satu lagi kenduri....ker dua? tunggu tengok  je la nanti.......................

Tuesday, December 6, 2011

dah besaq dah......

alhamdulillah, setelah beberapa lama merancang akhirnya pada 1.12.2011 hari khamis bersamaan 5 muharam 1433 aniq dan ashraf selamat bersunat bersama empat org sepupu mereka. tak ada sebarang majlis khas untuk mereka memandangkan kami baru selesai kenduri kawin paktam pada ahad minggu yg sama.

mama tabik spring la kat anak-anak mama yang maintain macho sepanjang proses tu. sikit pn tak nangis, merengek minta mama dan abah temankan.



Monday, November 21, 2011

20112011

what a nice date right? even nicer and memorable when a new addition to our family was born on that day. my one and only sister in law had safely gave birth to a beautiful baby girl. i haven't seen her yet, but i bet she's beautiful. after all, she's my niece.... :-p. what's more interesting, her birthday was a day after my daddy's birthday, so she's a belated birthday present to her kakikwan. now my parents are proud nenek and kakikwan of seven grandchildren.

congrulatulation abang and liana for the arrival of your new bundle of joy. may ur lives more properous, happy and meaningful.

welcome to the club dear brother!


Thursday, November 17, 2011

lagi hasil 'kerastangan'ku

ini ler my latest creation. ribbon tu hadiah GA paper & string. dah lama berkepuk kat dlm kotak, akhirnya jadi benda juga. ada banyak lagi tapi malas ambik gambar. ada yang jadi brooch, ada yg jd sepit rambut.  semuanya dah selamat dihadiahkan kepada member-member rapat sbg tanda kenangan sebab pindah
(yg akhirnya cuma pindah tingkat, heheheh....).






ini plak koleksi coin purse. dah berzaman siap tp ini baru amik gambaq. ini pun dah selamat bertukar tangan.

Tuesday, November 15, 2011

window of the world

i love reading. really, REALLY love to read.


gambar hiasan
- ihsan google-

when i was in primary school, i used to walked to our community public library which were located a few miles from my home to borrow books. at that time my favourite books were series by enid blyton (of course) - salma hadi, tujuh penyiasat, lima penyiasat, siri sekolah (apa nama ntah sekolah tu dah lupa). at first i read the bm version but as i grew up i started reading the original version (the english version).

as i moved up to upper secondary school, i started reading mills and boon novels. well...........i'm a typical lady ok. i used to holed-up in my room whenever i got new books, not bordering to eat or sleep until i finished reading. and this hobby of mine was (and still is) shared with my sister, angah. together we pooled money to rent books. there was this one shop at city plaza, alor setar that became our must visit place whenever we went to town. i wonder, whether the shop still exist or not. beside renting books, i borrowed books from libraries too. truth be told, i don't like reading at libraries as i like to lie down when enjoying my novels.

during my undergraduate time at UM, almost every week i would go to pasar seni to this one shop which was my personal heaven. there i could have my pick of books. sometimes i would rent up to 5 books but if the money was low, a couple of books still a must. if the book worth keeping it became my personal collection. throughout the years, i had aqcuired quite a collection. but sadly, all the books was ruined when my hometown was hit by flood few years back. my most treasured collection was novels by judith mcnaught.

nowadays, every month, i would spend up to RM100 for books and magazines. beside for my own read, i also love to buy books or magazines for my kids. lucky for me, my other half is also a book lover so i've no worry from him.

my favourite kinds of reading is romance, particularly regency romance. some would say its mushy stuff and not contributing to intelectual thinking or something to that effect. well, maybe its true to a certain degree but as reading is my way of destressing myself after a hard day of working, this type of books suit me perfectly so i don't care what others say.


gambar hiasan
- ihsan google-

but, reading is quite an expensive hobby as book price is not cheap especially if the book u bought not worth repeating. so to my utter delight, when recently i've came accross this interesting website which offer online books rental. just browse thru their collection (which are quite a collection with a wide range of reading materials), take ur picks and order. the books then will be send to u via post laju and when u are done just inform them and they'll have the book pick up from ur home or office. payment is based on your choice of package, the courier service fee included. i've already done with my first batch of books and looking forward for the next batch. for further info you can visit their website, http://www.qreazant.com/.


http://www.qreazant.com/.

so people, lets read and lets it take u to places u dreaming of to be.......

Wednesday, November 9, 2011

"saaaaaayang mama"

dua tiga entry kebelakangan ni dok citer pasal keja so arini nak cerita pasal anak la plak. khususnya pasal adib. actually dah lama nak buat entry pasal ni tp asyik tertangguh jer hasrat tu hinggalah hari ni.


 adib akhyar bin mohd fauzi, anak ketiga daripada tiga orang adik-beradik, yang kesemuanya adalah lelaki. adib sekarang ni dah 2 tahun 8 bulan. tp kalau dengar dia bercakap orang tak percaya itu umurnya. sangat petah dan pandai. mungkin sebab pengaruh abang-abang. memang dia banyak ikut apa yang abang-abang cakap.

adib baru jer berenti dari bf. yup, umur hampir tiga tahun baru berenti. mama sebenarnya dari umur dia dua tahun dah memulakan usaha untuk memberhentikan dia tp beberapa bulan lepas baru berjaya. abah bising jugak kat mama, katanya tak bersungguh-sungguh nak 'lah' (istilah orang kedah) susu. sebabnya mama tak guna kaedah-kaedah yang dipetuakan seperti letak asam, pencelup dan yg sewaktu dengannya di 'tut' mama. mama kesian kat anak dan ......mama sendiri geli sebenarnya. hehehehe....so mama lebih kepada menggunakan pendekatan psikologi, pujukan dan rasuah (hehehehe).


walaupun ini anak ketiga tapi ini adalah pengalaman pertama mama me'lah' susu badan. masa dengan aniq dan ashraf kami berenti mengejut sebab kena berjauhan untuk tempoh yang lama. bila tinggal lama, anak pun jadi tak mahu, susu pun kering. no effort whatsoever. tapi kali ni mama kena berusaha untuk berhentikan susu badan. walaupun adib ni bukanlah sepenuhnya bf tp susah juga nak suruh dia berenti. jadi ibu-ibu, jangan ingat anak yang dah biasa dengan botol susu mudah nak bercerai susu nanti. so bila dia dh dua tahun terus mulakan operasi weaning supaya takla sampai tiga tahun dok menyusu badan lagi. alhamdulillah, setelah beberapa bulan mencuba akhirnya mama berjaya juga. dan sekarang adib dah tak minum susu badan lagi.

tapi......mengempeng tetap juga lagi. adib tetap cari mama bila nak tidur. nak tidur mesti mama di sebelah. jika abang aniq nak tidur cari baju sejuk, abang ashraf baju sejuk @ tuala kecik, adib, nak tidur cari mama. selagi mama tak berbaring di sebelah dia, dia boleh tahan tidur berduduk. mama ni ibarat 'bantal busuk' dia.


itulah alkisahnya adib akhyar. sekarang ni dia selalu ucap, "saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang mama." dan mama akan jawab, "sayang adik juga." doa mama sayang adib pada mama akan sampai akhirat dan adib akan menjadi anak yang menjadi saham mama di kala mengadap Allah nanti. amin.....

insyaallah, nanti bila mama dah dapat gaji baru mama beli basikal kat adib, sebagaimana mama janji yer sayang........................

Friday, November 4, 2011

jodoh kita masih panjang.....

setelah dua minggu berada dalam teka-teki, akhirnya kemarin terjawablah teka-teki itu. sepucuk surat merungkai segala kekusutan, mententeramkan segala kebimbangan. alhamdulillah, aku kekal bertugas di pulau mutiara ini. cuma bezanya, dulu aku di bawah pentadbiran kerajaan negeri (mudahnya di bawah SUKPP), sekarang aku di bawah kerajaan persekutuan (lebih tepatnya di bawah KKM @ MOH). dan.....................aku kekal di Komtar. except dulu naik lif kuning sekarang lif hijau.

walaupun terasa kekhilafan kerana tiada kesempatan menimba pengalaman di jabatan yang gah dan hebat itu, namun kembali ke pangkuan keluarga lebih bermakna. mungkin di suatu masa nanti, ada rezeki, aku kan berada di sana juga. wallahu 'allam.

hari ini bermulalah aku di pejabat baru. posisi yang baru, bidang kerja yang baru. semoga, suasana baru ini memberi semangat baru, dan akan membuka ruang dan peluang kepada aku untuk menyerlahkan potensi diri yang sebenar. insyaallah, akan aku cuba yang terbaik.

yang pasti, jodoh aku dengan komtar masih panjang..........................

Tuesday, October 25, 2011

gunung ledang telah kutawan

sedang 'mengemas' pc di hari-hari akhir di pejabat ini, terjumpa satu artikel nukilan diri ketika ber'DPA' dulu. setelah menelusurinya, terasa ingin dikongsikan di sini, sebagai kenangan di kemudian hari.
********************************
ledang yg penuh misteri

REFLEKSI EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK GUNUNG LEDANG


Modul Kecerdasan Diri merupakan modul luar yang terakhir dilalui oleh para peserta Sidang B. Modul yang baru diperkenalkan oleh pihak Unit Diploma Pengurusan Awam (UDPA) pada sesi ini memberi peluang kepada para peserta Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) untuk memilih, merancang dan seterusnya melaksanakan aktiviti yang berkaitan kecerdasan diri. Semasa sesi perbincangan, pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh ahli sidang namun akhirnya cadangan Saudara Fadhli yang dikemukakan secara hitam putih dalam kertas kerja yang telah diterima dan diluluskan oleh pihak UDPA. Maka pada 15 Mei 2007 sehingga 17 Mei 2007, Ekspedisi Menawan Puncak Gunung Ledang telah direalisasikan.

Secara jujurnya, penglibatan saya di dalam ekspedisi ini pada awalnya adalah kerana terpaksa memandangkan ia merupakan satu daripada modul yang telah ditetapkan oleh pihak UDPA. Hati saya memberontak kerana fizikal mahupun emosi saya sudah keletihan. Selama tujuh minggu berturut-turut sidang kami telah menjalani modul luar dengan dua minggu yang terakhir ialah modul ketahanan fizikal di Outbound School, Lumut. Justeru, apabila pulang daripada Lumut, ekspedisi mendaki Gunung Ledang bukanlah sesuatu yang ditunggu-tunggu. Namun begitu, saya berusaha memujuk hati dan memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri supaya melihat program ini sebagai sesuatu yang positif dan menarik.

Pada hari yang ditetapkan, kami seramai 63 orang ahli Sidang B, dengan diiringi oleh En. Razaimi selaku pegawai pengiring telah bertolak menuju ke Gunung Ledang Resort di Sagil, Johor Darul Takzim. Resort yang terletak di kaki Gunung Ledang yang merupakan sebahagian daripada Taman Negara Johor bakal menjadi tempat kami berkampung kami selama tiga hari dua malam. Perjalanan yang mengambil masa selama tiga jam dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk merehatkan diri sebagai persediaan menghadapi ujian fizikal dan mental yang mencabar. Semakin hampir kami dengan destinasi yang dituju, semakin jelas puncak Gunung Ledang kelihatan. Gagah dan tersergam gunung yang menjadi saksi kisah pengembaraan Hang Tuah selaku utusan peminangan Sultan Melaka untuk menyunting tuan puteri idaman hati, satu kisah legenda yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Di sudut hati saya terdetik perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan perkataan. Rasa teruja melihat gunung yang bakal ditawan itu bercampur-baur dengan rasa cuak dengan pelbagai cerita mistik dan misteri yang didengar.

Ketibaaan kami di Gunung Ledang Resort adalah awal daripada jangkaan. Dalam menanti kehadiran pihak ranjer yang telah diatur untuk menyambut kami, kami telah dikejutkan dengan satu tragedi yang amat menggusarkan. Tragedi maut yang baru berlaku pada pagi itu mejadikan kami semua semakin cuak dan resah mengenangkan apakah yang bakal menanti kami di atas sana. Namun bagaikan berjanji, tiada seorang pun di antara kami yang berbicara tentang perkara ini. Masing-masing seolah-olah tiada apa yang berlaku. Saya sendiri mengambil pendekatan tidak mahu tahu apa yang terjadi itu kerana bimbang ia akan melemahkan semangat.

Setibanya di tapak perkhemahan, saya berasa amat bersyukur apabila diputuskan bahawa peserta wanita tidak perlu mendirikan khemah, sebaliknya akan menggunakan balai yang terdapat di situ sebagai rumah tumpangan selama berada di kaki Gunung Ledang. Setelah melalui empat ekspedisi dalam tempoh dua minggu semasa berada di OBS, tidur di dalam khemah menjadi salah satu perkara yang ingin dielakkan. Selesai membersihkan kawasan dan menyiapkan tempat yang bakal menjadi rumah kami selama tiga hari dua malam, kami bergotong-royong menyediakan menu istimewa petang itu iaitu, ‘maggi’ goreng. Semua orang begitu berselera menikmati juadah tersebut, apatah lagi bila makan beramai-ramai, sesuatu yang biasa menjadi sangat enak rasanya. 

Malam itu, selesai makan malam, kami semua diberikan penerangan ringkas tentang apa yang bakal menanti kami keesokan hari oleh En. Ruben, orang yang diberi kepercayaan untuk menyelaras kami sepanjang ekspedisi ini. Beliau memberikan kata-kata perangsang sebagai motivasi kepada kami untuk menawan puncak Ledang. Beliau seolah-olah dapat merasai bahawa ramai di antara kami yang kurang bersemangat dan kurang berkeyakinan dengan kemampuan diri untuk sampai ke puncak. Saya salah seorang daripadanya. Namun apabila mendengar kata-kata beliau yang penuh bersemangat, saya menanam azam dalam diri saya bahawa saya ingin memenuhi tujuan saya ke situ iaitu mendaki dan menawan puncak Gunung Ledang.

Hari kedua, hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Dengan diiringi oleh enam orang ranjer, kami memulakan ekspedisi pendakian kami pada pukul 8.30 pagi. Bergerak dalam satu kumpulan besar, kami bersama-sama menuju ke ‘check point’ yang pertama, seterusnya ke ‘check point’ kedua dan berikutnya hinggalah ke ‘check point’ yang kelima. Sepanjang perjalanan ini, kami menyusuri sungai dan menempuhi beberapa air terjun. Bunyi air yang mengalir disulami dengan sahutan hidupan di hutan memberikan satu muzik yang amat menenangkan. Saya sangat terpegun melihat batu-batuan pelbagai bentuk dan rupa seolah-olah diukir oleh seseorang yang begitu berseni dan teliti.

Semakin jauh kami berjalan, semakin tinggi kami mendaki, semakin sukar perjalanan kami. Di ‘check point’ kelima, ranjer yang mengetuai ekspedisi kami membuat keputusan, sekiranya kami ingin tiba di puncak, kami perlu bergerak dengan lebih pantas dan perlu tiba di sana selewat-lewatnya pukul 1.30 petang. Ini kerana semakin lewat kami tiba di puncak, semakin lewat kami akan turun kembali ke tapak perkhemahan. Ditambah dengan keadaan cuaca yang menunjukkan tanda-tanda akan hujan, perjalanan akan menjadi semakin berbahaya terutama apabila keadaan semakin gelap. Perasaan saya mula berbelah-bahagi sama ada mahu meneruskan perjalanan atau tidak kerana saya sedar bahawa kelajuan bukanlah di pihak saya. Tambahan pula, sebahagian daripada ahli kumpulan telah menarik diri dari meneruskan pendakian. Namun saya kuatkan semangat dan kata-kata perangsang daripada rakan-rakan memberikan saya keyakinan untuk meneruskan perjalanan.

Sesungguhnya di ‘check point’ inilah bermulanya ujian pendakian yang sebenar. Keadaan muka bumi semakin curam, dengan akar-akar kayu merintangi perjalanan memerlukan kekuatan kaki dan tangan untuk naik ke atas. Saya hampir menyerah kalah, dan ingin berpatah balik kerana merasakan ianya terlalu sukar. Apatah lagi rakan-rakan yang lain telah jauh meninggalkan saya di belakang. Beberapa kali saya suarakan hasrat untuk berpatah balik kepada ranjer yang setia berada bersama-sama saya, namun pada masa yang sama saya terus bergerak ke atas. Akhirnya saya tiba juga di ‘check point’ yang keenam walaupun sebagai orang yang terakhir. Rakan-rakan memberikan kata-kata perangsang yang menaikkan kembali semangat saya menyebabkan saya bertekad  menghabiskan pendakian ini.

Dalam pendakian untuk tiba ke puncak kami menempuhi pelbagai halangan yang sukar dan mencabar. Selain daripada kecuraman, kami terpaksa melalui Gua Kambing dan Batu Hampar yang amat menguji kekuatan fizikal dan mental. Namun semua ini berbaloi apabila kami dapat menyaksikan keindahan dan kehebatan alam semulajadi yang eksklusif hanya untuk mereka yang berjaya sampai ke atas sahaja. Antara yang mengagumkan saya ialah Taman Bonsai yang sangat cantik dan terpelihara seolah-olah ada yang menjaganya. Berada di kawasan ini membuatkan saya terasa seolah-olah berada di suatu dunia yang lain. Begitulah hebatnya kuasa yang Maha Esa. Sebagai hamba-Nya, saya amat bersyukur diberi peluang dan kekuatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya itu.

Kepuasan apabila tiba di puncak Gunung Ledang adalah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Bagi seorang yang tidak pernah terlibat dalam apa-apa aktiviti lasak sehinggalah DPA, ini merupakan satu pencapaian peribadi yang amat membanggakan. Pengalaman ini menyedarkan saya bahawa saya mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk melakukan apa sahaja sekiranya saya benar-benar mahukannya dan saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Sesungguhnya kekuatan mental mampu mengatasi halangan fizikal. Sekiranya di suatu ketika nanti perjalanan hidup saya berhadapan kesukaran dan saya merasakan saya tidak mampu untuk meneruskannya, pasti saya akan kenang kembali saat ini dan perasaan ketika di puncak Ledang dan jadikanya sebagai pembakar semangat untuk tidak menyerah kalah. Benarlah, ‘anything that mind can conceive and believe, can be achieved’.

kami berjaya!

Friday, October 14, 2011

penantian satu penyeksaan



mula-mula dapat surat untuk ambik surat.
dah ambik surat kena tunggu untuk satu lagi surat.
dahla surat yang diterima tak seumpama yang diharapkan.
surat yang dinanti ni tak tau la macamana plak kesannya.
memang percaturan manusia ni hanyalah perancangan, realitinya hanya Allah jua yang mengetahui.
minggu depan sekali lagi kena ke putrajaya dan kali ni entah untuk brapa lama.
sehari, dua; atau kah seminggu; atau kah memang akan bergelar warga sana.....
memang perasaan yang bercampur-baur, yang tak dapat nak diluahkan......
huhuhuhu......suspennya.....

Friday, October 7, 2011

ke mana arah tujuku.....?

tak lama lagi akan berlaku perubahan besar dalam hidup aku esp dari aspek kerjaya. dan kemungkinan besar akan juga membawa perubahan kepada keluarga. apa-apa pun sehingga kini semuanya masih berupa spekulasi. kita tunggu selasa depan....until then, all i can do is praying & praying to Allah for the best ~ for me, for my family, for my carier.

dub, dab, dub, dab......

Wednesday, October 5, 2011

new look

petang kemarin aku berkesempatan mengodek-ngodek blog aku ni. so tadaaaa......beginilah rupanya. hehehe...senang jer sebenarnya, pilih dan copy. then edit sikit-sikit lay-out. orang yang ala-ala celik tp rabun IT macam aku ni pun bleh buat. credit to the creator of the templates.

berminat? klik jer kat bahagian atas blog ni, yg ada promote empunya templates.

so friends, what do you think of my new look?

Saturday, September 24, 2011

cepat sembuh yer sayang.......


ini anak sedara saya. anak sulung adik saya. kami panggil dia kakak huda. malam ni kakak huda tidur di hospital sultanah bahiyah ditemani abah. kakak huda akan menjalani pembedahan membuang tonsil hari isnin ni.  mak long doakan kakak huda dipelihara sepanjang pembedahan itu nanti dan pembedahan itu berjalan dengan lancar dan berjaya. moga-moga selepas ni kak huda tak lagi akan demam dan selsema.

untuk mengetahui apa sebenarnya masalah tonsil ni, mak long telah melakukan sedikit research dengan meng'google' tentang tonsil ni. ini apa yang mak long jumpa;

1. Apa itu tonsil?
Tonsil merupakan kelenjar limpa yang terletak di bahagian tekak, ia berfungsi sebagai penuras kuman semasa pernafasan. Pendek kata, tonsil ni berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh. Jadi semua orang ada tonsil. Siapa yang tak ada tonsil tu mungkin dah kena buang tonsilnya (tonsillectomy).

2. Tonsillitis tu, apa pula?
Tonsillitis ni merujuk kepada radang tonsil. Jadi selepas ini kalau anda sakit tekak dan doktor cakap tonsil anda membengkak, merah, itulah tonsillitis. ( Jangan sebut saya ada 'tonsil', tau. Silap tu..gunakan istilah yang betul.)

Kebanyakan radang tonsil berpunca daripada jangkitan virus. Hanya 15% sahaja daripada bakteria. Jadi, jika anda mengalami tonsillitis, tidak bermakna anda perlu mengambil antibiotik. Antibiotik hanya perlu diambil jika doktor merasakan ianya berpunca daripada bakteria. Jangkitan virus akan baik secara semulajadi. Selepas ni kalau doktor kata tak perlu makan antibiotik , jangan pandai-pandai mintak, tau....

3. Simptom-simptom
Biasanya, pengidap tonsillitis mengalami demam dan sakit tekak.

Bagi kanak- kanak pula, mereka selalunya tidak sihat
Mereka akan mengalami :-
  • Demam
  • Susah untuk menelan kerana sakit tekak
  • Nafas berbau busuk.
  • Bunyi suara yang ganjil
  • Kebengkakan pada kelenjar tekak
Kelenjar tekak akan kelihatan
  • Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.
Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau kanak kanak itu mendapat batuk dan selsema.

4. Perawatan


  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk-makan aiskrim pun boleh...
  • Banyakkan minum agar badan tidak dehydrated
  • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
  • Rehat
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria. Bakteria yang dibimbangi menyerang kanak-kanak adalah daripada jenis streptoccocal kerana ia boleh membawa kepada komplikasi. Ideally, doctor should take a throat swab before starting the antibiotics. Tapi ini kurang praktikal, meningkatkan kos dan memakan masa. Jadi doktor akan mendiagnosis berdasarkan cerita pesakit(history) dan pemerisaan fizikal. InsyaAllah.
  • Lozenges/ Gargle
  • NSAIDS- Non Steroidal Anti-Inflammatory , seperti Ibuprofen juga berfungsi untuk mengurangkan sakit dan demam
  • Vaksinasi - Pneumococcal dan influenza, boleh mengurangkan risiko mendapat episod tonsillitis pada masa hadapan. Selain itu penting untuk mengurangkan risiko mendapat komplikasi penyakit jangkitan pneumoccocal seperti pneumonia, meningitis dan sepsis.

4. Bila perlu dibedah?
Rujukan kepada Clinical Practise Guidelines 2003 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Terdapat 2 indikasi utama:

1. Tonsillitis yang berulang-ulang (Recurrent tonsillitis) atau
2. Nanah di bahagian peritonsil (Peritonsillar abcess / Quinsy)

1. Kriteria bagi tonsil yang berulang-ulang
a.sakit tekak disebabkan radang tonsil. (Kalau setakat radang pharynx, (pharingitis) tak perlulah nak dibuang tonsil tu...)
b.6 episod tonsillitis dalam tempoh 12 bulan ( lebih 6 kali setahun)
c. simptom melebihi tempoh 12 bulan
d.simptom mengganggu aktiviti harian pesakit.

2.Peritonsillar abcess
Sesiapa yang pernah dapat ni memang tersangatlah sakit.
a. Tiada tindak balas selepas menerima antibiotik atau selepas nanah dikeluarkan ( incision & drainage); so kena buat tonsillectomy.
b.Kali pertama bernanah dan pernah berulang kali mendapat tonsillitis; boleh tonsillectomy.
But, if kali pertama bernanah tapi sebelum ni tak pernah dapat tonsillitis; tak perlu tonsillectomy.


demikian la serba sedikit maklumat yg mak long dapat. harap-harap membantu juga mereka yang melawat blog tak glamer ni.... ;-)

Wednesday, September 14, 2011

'badai semalam' yang membadai hatiku

sumber, google.

badai semalam, sebuah novel nukilan khadijah hashim merupakan antara novel melayu yang memberi kesan pada aku. walaupun aku ni sangat suka membaca novel, tapi aku ni jarang baca novel melayu. most of my reading materials are english novels. tapi novel badai semalam bagi aku sangat "berhantu" dan memberi impak yang besar, sampai sekarang aku masih boleh ingat jalan ceritanya. kali pertama aku membaca novel tu masa aku di sekolah menengah. kalau tak silap aku, buku tu aku pinjam dari library sekolah. sepanjang aku "mentelaah"  novel tu air mata menjadi peneman. memang aku feel habis la dengan watak mazni tu. sampai berhari-hari selepas habis khatam novel tu, minda aku masih dok flashback jalan ceritanya. beberapa tahun berlalu, aku 'terserempak' balik dengan novel tu. ingat aku, dah pernah baca so kali ni mesti dah tak emo. rupanya telahan aku salah, sekali lagi air mata aku tumpah tatkala menulusuri kisah kehidupan gadis bernama mazni yang penuh dugaan.

bagi aku, penulisnya sangat bijak menyusun kata-kata di dalam karyanya itu sehingga pembaca dapat menjiwai kisah yang dinukilkannya itu. bila aku membaca novel tu, aku boleh membayangkan setiap babaknya seolah-olah aku tengok tv. hmmmmmm...bila pikir balik rasanya memang penah main dalam tv, tapi cam tak best jer citer tu time tu. kepada yang tak pernah baca novel ni, boleh baca sinopsisnya di sini.

sekarang novel ini akan dihidupkan di pentas teater. pementasan di istana budaya pada bulan november nanti. dan pabila melihat barisan pelakon yang bakal menjayakan pementasan itu, hati aku meronta-ronta untuk menontonnya. pelakon-pelakon utamanya ialah erra fazira sebagai mazni, fizz fairuz sebagai zaki dan jeng jeng jeng.....aaron aziz (!!!) sebagai kasim . aku ni, sejak tengok nora elena memang jatuh kenan dengan aaron aziz. sangat macho dan romantik tapi tak 'menggelikan' (tak macam sesetengah hero, ya ampunnnnn....punya romantik sampai meloya tengok). so dah aku memang minat novel ni, ditambah dengan adanya aaron aziz (!!!) jadi hero, memang tergoda abihla nak tengok.

kalaulah cerita ni dipentaskan ketika aku masih menjadi warga kota metropolitan kuala lumpur sudah pasti aku terjah itu IB. tapi apakan daya, aku sekarang nunnnnnn di utara. harapan nak tengok tu sangatlah tipis.  my other half tak minat teater-teater ni, kena citer lak 'mushy-mushy' macam ni so takleh le nak ajak dia. beside, walaupun aku minat tapi aku idak ler sampai tahap sanggup travel beratus batu semata-mata nak tengok teater. membazir kan tu... still, bulan november is a few months away so apa-apa bleh jadi. mana la nak tau kot-kot nak jadi habuan aku berada di sana di ketika itu.......well, tak salahkan mengharap.... :-)

apapun, all the best to the team. hopefully u'll give justice to the novel.

barisan pelakon yang bakal menjayakan badai semalam. maklumat lanjut boleh baca di sini.

Friday, September 9, 2011

home, dream home.

semasa cuti hari raya yg lalu aku berkesempatan menziarah beberapa orang teman di rumah mereka. terdetik rasa cemburu bila melihat mereka kini selesa mempunyai kediaman sendiri. bebas melakukan apa sahaja bagi mengindahkan teratak diri, hanya kemampuan yang menjadi ukuran.

berbanding dengan aku, yang sehingga kini masih tinggal di rumah kerajaan. agak terhad kebebasan yang ada dalam menata-atur rumah. entah bila boleh memiliki rumah sendiri....walaupun keinginan dan kemahuan melonjak-lonjak, pelbagai projek perumahan telah diterjah, rumah contoh dijejaki, tapi selagi isu logistik belum diselesaikan hasrat membeli rumah terpaksa ditahan seketika.

kemudian isu jenis kediaman juga perlu dicari kompromi. bagi aku memadai rumah semi-d, berkeluasan sederhana. yang penting kedudukannya di kawasan perumahan yang dekat dengan excess ke lebuhraya dan kemudahan-kemudahan lain (esp kedai runcit dan kedai makan). tapi suami pulak, minatnya kepada rumah dua tingkat dengan halaman yang luas dan berhampiran kawasan lapang. lokasi tidak menjadi persoalan baginya. dengan kemampuan yang sangat terbatas sudah pasti sukar mencari rumah sebegitu di kawasan aku ini. dan kalau yang mampu dimiliki, kedudukannya pulak sangat tidak strategik. mampukah aku berulang-alik berpuluh batu setiap hari? aduh...pening kepala.

apapun semua itu perlu ditangani. hasrat tinggal di rumah sendiri pasti akan dipenuhi. in the mean time, we'll keep on searching for our dream home.
  
kalau dapat macam ni pun eden dah pueh hati.... ;-)
sumber: google

Wednesday, September 7, 2011

raya

hari ni hari pertama bekerja di bulan syawal tahun ni. setelah bercuti panjang seminggu, campur plak EL (emergency leaves) dua hari, semangat nak bekerja tu sangatlah kurang. ibarat bara api yang nak padam. tapi apakan daya, dah namanya bekerja makan gaji makan kenala kerja kalau nak makan gajinya. kuatkan semangat siti.....ikhlaskan hati.......demi keluarga dan rakyat jelata....amin.......(sesi memotivasi diri).

alhamdulillah tahun ni aku berkesempatan pulang beraya di sabak bernam. kami (that is aku sekeluarga dan my brother with his wife) bertolak hari ahad pagi dan sampai di rumah nenek dalam pukul 4 petang. seronoknya, paman lili sekeluarga ada di sana dan menunggu untuk sama-sama berbuka sebelum berangkat pulang ke trolak. so meriah la berbuka malam tu, dengan menu utamanya soto ayam resepi cikna (my paman's wife). then suprised, suprised, around eleven, my parents arrived when they supposedly will be arriving the next day.

raya tahun ni agak berbeza kerana pada hari raya kedua aku berkampung di taiping bersama keluarga mentua sempena majlis akad nikah dan kenduri kawin adik ipar aku. alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan insyaallah penghujung november nanti giliran keluarga mentua aku menyambut menantu barunya itu.

satu lagi yg berbeza raya kali ni, aku sekeluarga demam. bermula dengan aku seterusnya menjangkiti suami dan anak-anak. itu yang sampai lepas cuti seminggu terpaksa sambung lagi dua hari, menjaga anak-anak yang tak sihat.

apapun, alhamdulillah atas semua nikmat yang diberikan. tapi sori tahun ni, gambaq raya...ilek. tak ada mood nak berposing.

Monday, August 22, 2011

cuti vs bertugas di musim raya

pejam celik, dah memasuki sepuluh terakhir ramadan. minggu ni minggu terakhir berkerja sebelum aidilfitri menjelang. tahun ni raya, insyaallah, jatuh hari selasa, 30 ogos. dan kerana 31 ogos ialah hari kebangsaan, cuti umum juga, maka tahun ni cuti utk hari raya dapat tiga hari iaitu selasa, rabu & khamis. jadi amik dua hari, isnin & jumaat dapat cuti sembilan hari. yeay!!!!

tapi dalam keseronokan nak bercuti itu, aku pening kepala. kenapa? kerana cuti jugak la. pejabat aku ni adalah pejabat yang memberikan perkhidmatan kepada orang awam. ada kaunter. bila ada kaunter maka, tidak boleh tidak mesti kena ada orang yang bertugas pada saat org bergumbira bercuti raya. meaning hari isnin dan jumaat mesti ada juga org yg bertugas. sebelum-sebelum ni, perkara ni diuruskan oleh bos, tp memandangkan bos aku sekarang ni bos baru (baru 4 bln), maka urusan ni jatuh ke atas bahu jemala patik ini untuk uruskan. baru aku tahu susahnya nak susun org mai keja di saat org nak cuti. huhuhuhuhu.....dan adalah hati-hati yang tidak puas hati kerana dipaksa hadir bekerja walaupun dah merancang untuk bercuti seminggu. hmmmmm........

as for me, aku cuti seminggu. tapi tengok keadaan macamana, kalau terpaksa hari jumaat, raya keempat aku kembali ke bertugas. but then, my clique dah bersetuju untuk tidak beruti, sanggup berkorban demi negara sementara masih bujang ni, so harap-harap semuanya berjalan lancar. amin..........

keperluan dan kehendak

keperluan dan kehendak.....seringkali terkeliru antara keduanya.
bila kita inginkan sesuatu kita selalu jadikan keperluan sebagai alasan sedangkan hakikatnya itu adalah kehendak nafsu yang tidak pernah puas.

keperluan dan kehendak......pabila kita memerlukan sesuatu, kehendak kita seringkali meronta untuk mendapatkan yang cantik, yang gah, yang mahal,
sedangkan hakikatnya keperluan kita memadai yang sederhana, yang tidak menambah hutang di bil kad kredit.

keperluan dan kehendak.....kita sering membandingkan diri dengan mereka yang lebih bila kehendak kita meruntuh supaya dipenuhi, cemburu kita membuak-buak untuk berdiri sama tinggi,
tapi kita lupa sebenarnya mereka yang kekurangan lebih ramai di luar sana, yang terpaksa hidup dengan keperluan yang tidak sempurna.

lantaran itu, pabila keperluan dan kehendak bertembung, berhenti sejenak dan renungilah diri.
buat keputusan dengan akal yang waras, berdasarkan kemampuan yang ada dan bukan dengan nafsu yang menggila.
baju kita maka ukurlah di badan kita.
biarpun kadangkala benar kalah membeli menang memakai,
namun mengapa tidak menang membeli menang juga memakainya?

sumber pakcik google

Monday, August 15, 2011

MY master chef

alhamdulillah, hari ini dah lima belas hari kita berpuasa. syukur atas segala nikmat yang Allah berikan. ramadan kali ni, kami banyak masak sendiri juadah berbuka. walaupun pukul 6 baru sampai rumah, tapi kutetap ke dapur berperang dengan periuk belanga, menyediakan santapan untuk sekeluarga. juadah berbuka puasa kami juga sangat simple ~ buah kurma, nasi, main dish (usually berasaskan ayam), lauk goreng dan air. kadang-kadang ditemani bubur lambuk masjid negeri. kuih-muih hanya bila berbuka di kampung.

tapi arini aku nak bercerita tentang memasak dan my beloved. as u all probably now, waktu kerja my hubby is shorter then me. so ada harinya (banyak hari juga sebenarnya) bila aku sampai di rumah, my other half dah sibuk memasak. oh, time tu memang heaven rasanya, boleh berehat-rehatan sebentar. tak perlu kalut-kalut solat asar dan ribut-ribut di dapur. ayang saaaaaaaayang abang!

my hubby memang pandai masak. dia dari sekolah memang dok rumah sewa so bakat memasak tu diasah sejak di zaman rumaja. bakat itu kemudiaan dipertajamkan lagi ketika di zaman uni. kalau bab masak gulai, memang dia la champion. bab tumbuk sambal belacan pun dia yang expert. aku awal-awal angkat bendera putih. walaupun dia masak main campak-campak jer (seriously, dia memang main taruk jer apa yang dia rasa nak masuk) tapi rasa masakan dia memang marveolous. masih kuingat suatu hari tu dia buat ayam goreng tepung. semua jenis tepung yang ada dlm bekas tepung tu dia campur ~ tepung gandum, tepung goreng pisang adabi, tepung beras, tepung 'kentucky' ~ dan rasanya sangat sedap. SERIUS SEDAP. anak-anak pun kalau abah masak, mesti makan banyak. sekarang ni my life partner ni tengah musim masak nasi minyak/nasi arab. tiap-tiap kali dia masuk dapur mesti itu yang dia masak. even kalau aku yang memasak pun, mai tang nasi, dia yang prepare. sepanjang puasa ni, seingat aku empat, lima kali dah makan nasi minyak/nasi arab. so jangan heran la kalau aku posa sebulan berat tak turun-turun. cuma satu jela bila cik abang i masuk dapur, lepas semua dah siap, kerja-kerja mengemas i la kena buat.....

so abang, apa menu kita hari ni?



Friday, July 29, 2011

ramadan tiba lagi

alhamdulillah, setahun lagi Allah panjangkan umur kita untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh keberkatan, bulan yang penuh kemuliaan, bulan ramadan al-mubarak. insyaallah, umat islam di malaysia akan mula berpuasa pada hari isnin, 1 ogos 2011. moga-moga tahun ini, pengisian ramadan adalah penuh dengan aktiviti yang menyumbang ke arah kebaikan dan kurang aktiviti yang sia-sia. moga-moga ramadan ini adalah lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. insyallah......amin. 

selamat menghayati dan menghidupkan bulan ramadan kepada semua.


Wednesday, July 20, 2011

mak dah pencen

hari ni, 20 julai 2011, hari terakhir mak mengenakan uniformnya. sejak dari awal tahun lagi mak dah menanti-nanti hari ini. akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba jua. setelah hampir 35 tahun mencurah bakti, berkhidmat demi negara, hari ini hari terakhir mak bergelar kakitangan kerajaan. mulai esok mak memegang status baru, tidak lagi jururawat pergigian (a.k.a misi gigi) dan bukan lagi matron (jawatan terakhir yang dipegangnya), tapi seorang pesara kerajaan. menariknya, mak mengakhiri perkhidmatannya di tempat di mana dia mula melangkah masuk ke dunia perkhidmatan awam lebih tiga dekad yang lalu iaitu, kolej latihan pergigian pulau pinang.

di sebalik kegembiraan mak, aku kesedihan. rutin hidup aku pun akan turut berubah. setahun lebih mak tinggal dengan aku dan aku sangat selesa dengan keadaan tu. tapi mulai minggu depan mak akan kembali ke jitra, rumahnya yang sentiasa dirindui. nampaknya selepas ni tiada lagi yg tolong kejutkan kami di pagi hari andai tak terjaga dengan bunyi alarm. tiada lagi yang membantu mencuci pinggan di sinki di kala aku tak berkesempatan atau keletihan. tiada lagi yang membantu menguruskan anak-anak kala aku perlu keluar awal atau balik lewat dari pejabat. dan paling sedih..........., tak dapat nak tengok, dengar suara mak hari-hari macam sekarang.

apapun mak, along bahagia bila mak bahagia. along gembira bila mak gembira. along doakan mak akan menikmati saat-saat ini dengan abah dan mencapai segala apa yg dihajati selama ini.

selamat bersara mak!

Thursday, July 14, 2011

tipah tertipu.....satu pemerhatian.

couple days ago, aku berkesempatan mendengar satu diskusi di mhi tentang skim cepat kaya dan skim penipuan. jemputan dia adalah pegawai dari bank negara malaysia (BNM). sebelum diskusi tu mula depa tayang temubual yg dibuat dengan publik tentang isu ini dan rata-rata kata rakyat malaysia ni senang kena tipu sebab nak cepat kaya tanpa mau kerja. itu aku sangat setuju. be realistikla wahai warga malaysia...mana ada bisnes yg boleh bagi keuntungan berlipat kali ganda dengan hanya melaburkan beberapa ribu duit dan tunggu sebulan dua. dah tu penganjur bagi garenti PASTI untung. even meniaga pun ada turun naik, untung rugi.

kalau dulu kita hanya ada kes gores dan menang, MLM tapi sekarang ni makin kreatif org yg menipu ni. bersandarkan projek yg realistik (tapi sebenarnya tak wujud) seperti pelaburan ikan dalam tangki, penternakan lembu/kambing boer, perlombongan emas kat oversea dan macam2 lagila yg aku pun tak ingat, menyebabkan bukan org biasa jer tertipu tapi juga golongan profesional yang mengaji tinggi2 kerja hebat2. menurut pegawai BNM tu, statistik mangsa dr golongan profesional menunjukkan peningkatan dan ini 'adalah satu keadaan yang sangat membimbangkan'. yelah klu golongan yg pro dan highly educated ni ni pun kena tipu, apatah lagi golongan marhain. dan org yg pro dan educated ni kalau melabur mesti puluhan, ratusan ribuan. memang kekenyangan la penyangak2 tu.

tp tak salah nak melabur malah digalakkan bagi mereka yg berwang tp perlulah secara betul dan berhati2. antara nasihat peg BNM tu;
1. kaji dulu sesuatu skim dengan teliti.
2. jangan labur pada benda yang kita tak tahu.
3. pilih pelaburan oleh syarikat, agensi yang dah well established dan diiktiraf oleh kerajaan.
4. jangan terburu-buru nak kaya.
insyaallah kalau kita bijak, memang boleh goyang kaki lagi sepuluh tahun.

satu lagi cara penipuan yg aku paling tak paham macamana ada orang yg begitu guileble percaya benda2 tu ialah melalui email yg dihantar menyatakan dia ni sipolan2, ada di negara sekian nak cari bisnes partner utk satu projek yg kononnya best atau dia ada barang nak jual yg lani sgkut kat port yg perlu bantuan org tempatan utk keluarkan. then ada plak yg ngaku dia anak somebody dr negara sth yg sedang bergolak so perlu transfer duit so 'anda' insan terpilih utk dia depositkan duit. paling banyak email yg aku dapat ialah kata aku menang duit, berjuta-juta usd.

paling terbaru email ni, masih panas diinbox aku;

UNITED NATIONS COMPENSATION//

Secretary-General Ban Ki-Moon.

UNITED NATIONS COMPENSATION UNIT, IN AFFILIATION WITH WORLD BANK.

Attention Dear.

How are you today? Hope all is well with you and family?, You may not understand why this mail came to you.

We have been having a meeting for the passed 7 months which ended 2 days ago with the then secretary to the UNITED NATIONS. This email is to all the people that have been scammed in any part of the world, the UNITED NATIONS have agreed to compensate them with the sum of US$950,000.00 each.

This includes every foreign contractors that may have not received their contract sum, and people that have had an unfinished transaction or international businesses that failed due to Government problems etc.
We found your name in our list and that is why we are contacting you, this have been agreed upon and have been signed.

You are advised to contact Mr. Raymond Maths, of our paying center in Asia, as he is our representative in Kuala Lumpur Malaysia, contact him immediately for your Certified Bank Draft worth of USD$950,000.00 This funds are in an Certified Bank Draft for security purpose ok? so he will send it to you and you can cash it immediately in any bank around the world.

Therefore, you should send him your full Name and telephone number your correct mailing address where you want him to send the Certified Bank Draft to you. Contact Mr. Raymond Maths, immediately for your Certified Bank Draft.

Person to Contact: Mr. Raymond Maths.

Email: raymondmaths@hotmail.my

Phone: +601-6914-9063.

Thanks and God bless you and your family. Hoping to hear from you as soon as you receive your Certified Bank Draft.

Making the world a better place.

oh PLEASEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!!! ayat betrabur, byk spealling mistake, klu ada la org yg percaya kata ni mmg email dr PBB aka UN, aku tak taula apa masalah org tu. memang b*d*h.

yang melalu sms mmg tak payah citerla. sampai polis keluarkan statement, letak kat mesin atm bagi peringatan tentang penipuan2 macam ni.
so nasihat aku, terutama kepada AKU sendiri, janganla mudah percaya dengan apa jua tawaran yang yg datang. pegang prinsip ni, "if something is too good to be true, then most probably it is".

so everybody, beware and be wary.








Friday, July 8, 2011

dah kerastangan ker.....????

dah lama aku tak berkarya.
dah berabuk agaknya bahan-bahan kraftangan aku dalam kotak tu.
riben cantik yang aku menang dari paper @ string pun tak terusik lagi. ntah bila la nak ada mood ni.

cemburu juga bila tengok seorang sahabat kat pejabat ni, yang sekarang ni dah buat bisnes berkaitan felt. asalnya aku yang introduce kat dia benda ni, sekarang aku dah suam-suam kuku, dia semakin rancak.

aku kena cari mood ni. projek terbengkalai dalam kotak tu perlu disiapkan. harap-harap bulan posa ni leh pulun buat. amin.....................

...........................*sigh*.............................................

riben cantik yang masih menunggu untuk di'kerja'kan

Wednesday, July 6, 2011

rombongan ustaz fauzi ke medan ~ bahagian akhir.

ini adalah sambungan dari entry lepas.

hari ketiga di medan, rombongan ustaz fauzi telah dibawa untuk melakukan aktiviti yg paling ditunggu-tunggu iaitu....SHOPPING!!!! seawal pagi kami telah bergerak ke pajak ikan iaitu satu kawasan membeli -belah kain baju. ala-ala jalan TAR la kalau kat kl. kami dibawa oleh driver kami ke satu kedai kenalan dia, trus kami pakat bersila kat situ, punggah satu kedai cari kain pasang, telekong, kain pelekat. memang hari tu rezeki dia murah, kami semua memborong dari kedai dia saja. dah siap borong kat situ baru jalan-jalan sikit, dan terus ke destinasi seterusnya.

aku sedikit terkilan sebab tak dapat nak men'shopping' sangat kerana dua faktor utama; pertama adib merap, nak berdukung jer sampai aku beli batik panjang untuk buat kendong. kedua, duit cik abang yang pegang semua sebab aku sibuk dgn faktor yg pertama. huhuhuhuhu...

oh, fyi, sepanjang di pajak ikan tu kami dua kali pi money changer, tukaq duit. tak cukup u....... hehehehe....

pemandangan  biasa di bandar medan ~ bunga-bunga disusun sebagai papan tanda
dari pajak ikan kami bergerak ke medan mall untuk mencari barang-barang yang boleh dibuat cenderamata. malangnya tak ada satu pun yang dihajati dijumpai di situ so jalan-jalan jela. seterusnya kami dibawa melawat universitas sumatera utara. abah aku sangat teruja dapat melawat tempat yang me'lahir'kan ramai bos-bos dia. sebelum ni dok dengaq cerita jer, so aritu dia dapat tengok sendiri. yg uniknya universiti ni, kalau graduan tahun 70an mai sini, dia akan rasa masih belajaq di sana sebab universiti ni tak banyak berubah. ini diceritakan sendiri oleh kawan adik ipaq aku yg merupakan student fakultas pergigian di situ, yg ikut serta membawa kami berjalan-jalan.

inilah 'bas' (as adib call it) yg mengangkut kami sepanjang di medan

di warung surabaya untuk lunch. menu....nasi penyet. again.

hospital universitas sumatera utara yang sedang dalam pembinaan



masing-masing dengan hasil belanja

sebelah petangnya kami telah ke toko aisyah, iaitu sebuah kedai yang menjual busana muslimah. malangnya kami tak lama kat situ sebab kedai tu dah nak tutup so kami kluaq dgn tangan kosong. yelah, kita baru dok belek nak pilih baju, tudung, pekerja dia dok hambat suruh cepat so trus jem....kan dah rugi......
dari situ kami dibawa ke ramayana supermarket sebab ada ahli rombongan yang terpaksa membeli beg untuk mengisi kain baju yang diborong pagi tadi. aku tengok harga barang-barang kat situ lebih kurang dengan harga kita kat sini. aku tak beli apa pun, sekadar tengok-tengok je.

warung durian
aktiviti terakhir hari ketiga tu ialah makan durian. impromtu punya plan. dah balik hotel sebenarnya then ada yang suggest makan durian so call pak agam minta dia mai lepas maghrib bawa kami semua pi makan durian. itulah pengalaman pertama aku beli dan makan durian kat tepi jalan. agak murah harganya dan kita hanya perlu bayar harga durian yang dimakan sahaja. abih makan durian aku terus balik bilik sebab anak-anak semua dah ketiduran.

"pilih pak, pilih...."
oh, sepanjang kat medan kami menginap di dua tempat yang berbeza. for the first to night we stay in a guest house, malam terakhir baru kami meginap di hotel madani. perancangan awalnya memang nak stay kat hotel madani tapi sebab lambat booking  so malam last jer dapat stay kat situ.

hari selasa, iaitu hari terakhir, selepas sarapan dan check-out kami melawat ke beberapa tempat tumpuan pelancong yang ada di medan iaitu masjid agung (yang terletak betul-betul depan hotel madani), istana maimun dan ladang buaya. memandangkan masih ada yang belum habis membeli-belah, kami sekali lagi ke pajak ikan untuk menyelesaikan hajat tersebut. dalam perjalanan ke lapangan terbang, kami singgah di toko zulaikha yang terkenal dengan kek ambun dan kek lapis medan. itulah ole-ole kami untuk orang di malaysia.

di hadapan hotel madani

masjid agung

balairung istana maimun


buaya kudung ekor di ladang buaya


masing-masing dah tak sabar nak balik rumah

pukul 5 lebih kami sampai di lapangan terbang polonia. alhamdulillah semua berjalan lancar. beg-beg dan barang yang nak dibawa balik pun lepas masuk kapal terbang tanpa perlu bayaran tambahan. dan pukul 7 lbh kami selamat mendarat di pulau pinang dan drebar-drebar yang dilantik telah sedia menunggu untuk menjemput kami balik.

dinner @ sesi membalas dendam kat gelugor
keseluruhannya trip ke medan ni berjaya dan berjalan lancar. tak ada sebarang masalah atau situasi yang tidak best yang dialami sepanjang di sana. anak-anak pun well behave so insyallah, lepas ni bleh la plan ke tempat lain plak.