Thursday, December 30, 2010

setahun berlalu lagi....

hari ini bertambah setahun lagi usia aku.
alhamdulillah, segala syukur bagi Allah yang telah memanjangkan umurku, memberi kesihatan yang baik dan melimpahkan rahmat dan kasih sayang kepada aku dan keluarga.
semoga pertambahan umur ini, menjadikan aku lebih matang dan bijak menjalani kehidupan.

tahun ni my laling bagi hadiah advaced. alhamdulillah, dapat telefon baru.

adakah sebuah blackberry bold?

 tidak......

adakah sebiji iphone4?
juga tidak....

ataupun nokia N8?


pun....tidak.
tak pernah pun minta yg tu semua (tapi kalau dibagi i amik...hehehehe).

for me this one is enough. dah cukup sesuai untuk kegunaan seorang ct norbaya. thanks abang. sangat memahami keperluan isterimu.



"a year older, a year wiser...."

Tuesday, December 28, 2010

air oh air.

today is 28 december 2010. tuesday.
the BIGGEST WATER DISRUPTION SERVICE ever. (well.....at least since i live here 6 years ago).
for 12 hour, 7 am to 7 pm there will be no running water for the whole penang, island or the big land (except for certain area like tg bungah, batu feringgi and teluk bahang).
the notification about this had been made known to public since a month ago, to remind them to stock up their water supply. even paper the star had been reporting this big 'event' starting from last week.
large containers were selling like hot fried banana.
as for me myself, last nite i filled up all the pails available in my house with water (which are not many). and i even brought bottled water to office just in case no water in the toilet. but alhamdulillah, up till this post was written the water still running (at least at the sinks).

hopefully by 7 pm the water will be running as usual from the tap. amin.........

Monday, December 20, 2010

demam sawan

petang semalam ateh, my sister call bagitau yang huda, anak angah, my other sister, was admitted to hospital jitra sebab tarik @ sawan. luckily petang tu abahnya ada di rumah, sebab kerja shift malam, so cepat-cepat bawa pi hospital. alhamdulillah, lepas doktor turunkan suhu badannya, dia ok. tapi still kena tahan sebab doktor nak pantau, nak cek darah. sebabnya doktor nak tau punca dia kena tarik @ sawan tu sebab suhu badan dia tak la panas sangat kemarin. kemungkinan ada sesuatu yang kurang dalam darah, ikut doktor tu la.
 
hai....ini kali kedua dalam tempoh sebulan orang yang dekat dengan aku diuji dengan ujian ini. last month my officemate, anak dia 'tarik' masa dok tunggu turn nak jumpa doktor kat klinik. dia bagitau, dia memang panik giler, sebab tak pernah berdepan dengan situasi macam tu dan masa tu anak dalam dukungan dia. nasib baik la jadi kat klinik, cepat-cepat doktor masukkan ubat untuk turunkan suhu dan suruh bawa pi spital. tiga hari juga la dia tidur dalam wad.

so apa sebenarnya demam sawan @ demam tarik ni? aku merujuk kepada pihak yg lebih arif iaitu pakcik google dan banyak blog, website yang explain tentang perkara ni. antaranya ini. rupanya demam sawan ni takla sama dengan epilepsi. ia merupakan suatu keadaan yang sering terjadi kepada kanak-kanak di antara umur enam bulan hingga enam tahun apabila mereka diserang demam panas. biasanya 'tarik' akan berlaku dalam tempoh 1 hingga 2 minit sahaja dan tidak membahayakan. namun risiko untuk berulang sentiasa ada bagi kanak-kanak yang pernah mengalaminya dan akan berkurangan bila mereka meningkat dewasa. hanya 3% jer kanak-kanak yang mengalami 'tarik' ini akan menghidapi epilapsi.

namun begitu, ia bukanlah sesuatu yang perlu diambil mudah. walaupun belum ada bukti kukuh yang menunjukkan kaitan sawan demam ni dengan kecacatan otak dan juga fizikal (ikut artikel yang aku baca tu la), tapi dah banyak kes-kes yang kita baca, dengaq, tengok dalam tv yang menunjukkan kanak-kanak yang diserang demam sawan ni yang jadi cacat atau terencat seumur hidup. even my husband nephew pun sekarang ni masih belum boleh berjalan sendiri walaupun dah nak masuk lapan tahun. dia kena demam sawan ni masa umur dia 2 tahun lebih. tapi alhamdulillah, walaupun masih belum boleh berjalan tapi dia dah improve banyak dari masa dia mula-mula kena dulu. insyaallah tak lama lagi boleh la tu berjalan sendiri...amin.

bagi diri aku sendiri, aku amat bersyukur kerana sehingga kini, anak-anak aku tak pernah sorang pun diserang dengan 'tarik' ni. dan harap-harap tak akan pernah adala, insyaallah, amin.......


kakak huda - cepat sembuh yer sayang....

berbalik kepada cerita my niece, sebentar tadi aku baru jer call my sister (still kat hospital and maybe for another nite) my niece's blood test result dah kuaq, kurang garam dalam darah. so kena minum ORS (yang biasanya diberi jika kena cirit-birit). tomorrow morning, sekali lagi amik darah. kalau dah tak apa-apa then bleh balik. memandangkan ini kali keempat dia kena serangan 'tarik' sepanjang umurnya empat tahun ni, maka doktor advise mama dia supaya sentiasa bersedia dengan termometer dan ubatan yang perlu. asal demam jer terus kena bagi ubat, turunkan suhu badan, walaupun badannya tak rasa panas. hopefully, tak ada apa-apa yang serius. semoga Allah sentiasa memelihara dia dan juga adik-adiknya serta anak-anak aku juga dari sebarang perkara yang tidak baik. amin........ 

Monday, December 13, 2010

aku berjaya!!!

setelah berjaya buat ni, last weekend aku berjaya memandu dari penang ke merbuk ke jitra dan balik ke penang semula dengan selamat. well, not on the same day la....

just me and my kids and my mama.
(dan dengan izin en. suami semestinya).

satu pencapaian yang besar bagi seorang aku.

i'm proud of myself!!!

Thursday, December 9, 2010

suatu pertemuan semula


the palace we used to call home.
(sumber: mudah.com.my)
segalanya bermula di sini, pada tahun 2000. blok 21-2-12, taman bukit angkasa, pantai dalam. penghuninya ramai dan bertukar-tukar tapi yang paling lama dan setia menjadi warganya ialah aku, farah, cik nik, aini, nurul, amy, zurin, kaei dan imah. and some of us have been friends looooooong before that.


teman sebilik, sebantal, setilam.
setelah lebih tujuh tahun meninggalkan rumah sewa yang penuh kenangan itu, 28 november 2010 kami semua bertemu semula di suatu majlis ringkas tapi penuh bermakna. bermula dengan sesi komen-mengomen di FB, cetusan idea untuk bertemu semula ini akhirnya menjadi realiti.

nurul & nurul.
penganjur reunion.
jika ketika berpisah dahulu semuanya masih dara sunti yang kiut-miut, remaja yang riang-ria, kini semuanya telah bergelar isteri, ibu dan wanita bekerjaya. pertemuan yang mempertemukan sembilan keluarga memberi peluang kepada semua untuk bertentang mata berkenalan dengan anak-anak dan suami-suami masing-masing. kalau, selama ni tengok dalam FB jer, hari tu semuanya siaran langsung. walaupun masing-masing dah lama tak jumpa, tapi pada aku masing-masing masih macam dulu. walaupun ada yg berubah fizikal (ex: me..huhuhu yg membesar dgn jayanya) tp tetap kecoh dan gila-gila macam zaman dulu.

ahli-ahli 21212 selepas tujuh tahun - semuanya dengan 'henbeg' masing-masing.
 
khusyuk mewarna (ke menconteng...?)
memang meriah sangat. bayangkan semuanya beranak dua, tiga dan empat. kalau tak salah, ada 22 orang kanak-kanak semuanya dengan yang paling tua darjah dua (anak dara wirda) dan paling kecil dua bulan lebih (baby azurin). thanks to ustazah nurul, 'pertandingan' mewarnakan lukisan untuk anak-anak berjaya menenangkan keadaan. so mama, ibu, umi, mami dapat ler bergosip tanpa gangguan (at least untuk seketika la...).





sebahagian daripada 'extended' family 21212

tapi semuanya rasa tak puas bergebang. yelah...cerita 7-8 tahun darab plak 9, mananyer sempat nak cover dalam tempoh 3-4 jam. tambah lak iklan yang baaaaaanyak sangat, memang ada cerita yang tergantung. dalam kemeriahan tu, aku sampai tak perasan yang salah seorang sahabat datang bertiga jer dengan puteri-puterinya. her hubby tak join sbb demam campak, takut menjangkitkan orang lain. sori yer cik nik......






apapun, aku rasa best sangat hari tu. tapi dalam best tu ada la sedikit rasa terkilan kerana tak sempat nak berbual dengan wirda, yang paling lewat sampai (dia sampai time aku dah nak beransur ... :-( ) dan juga sebab tak dapat nk bagi cenderahati kenang-kenangan kerana tak sempat siap (huhuhuhuh....). insyaallah, akan kusiapkan juga 'benda' itu dan bagi kat you all semua....tungguuuuuuu.....

me & my BFF.




encik-encik suami yang very sporting & understanding.
jutaan terima kasih kepada nurul, aini dan kaei yang merancang sehingga terealisasi pertemuan ini. dan terima kasih tak terhingga kepada kaei, tuan rumah, kerana merelakan rumah barunya (yang baru sebulan) diduduki diserang oleh kami semua. by the way, kaei, cantik rumah awak. insyaallah, next time ke semenyih tak sesat dah.....hehehehehe....







p/s: untuk ustazah nurul, akhirnya dengan susah payah, berjaya juga i merakamkan reunion kita kat blog ni.... kepada sesapa yg nak baca kisah yg sama tp dalam versi yg berbeza boleh ke sini (nurul, i tolong promote blog u ni......tak dak komisen ker....hehehehe).

Monday, December 6, 2010

happy birthday abang aniq

today, my eldest is six years old.
next year dah start sekolah darjah satu, dah tak boleh main-main belajar. dah tak boleh ponteng sekolah sesuka hati... *wink,wink.*


buat anakanda muhammad aniq aufa;

kehadiran anakanda banyak mengajar bonda;
menjadi lebih matang,
menjadi lebih bertangungjawab,
menjadi lebih berani....
doa bonda sentiasa bersamamu
moga anakanda membesar menjadi anak yang soleh
menjadi contoh kepada adik-adik
berjaya di dunia dan akhirat.

selamat ulangtahun abang aniq.


self-take pic. suka bebenor dia amik gambo sendiri.

note:
no celebration today cuz birthday boy ada di kampung.
seronok bermain dgn sepupu-sepupu yang ramai.

Friday, December 3, 2010

Harga rumah di P. Pinang paling mahal

Oleh ROKIAH ABDULLAH
PULAU PINANG 2 Dis. – Harga rumah di negeri ini merupakan yang termahal di negara ini dengan purata seunit mencecah hingga RM540,000 tahun lalu iaitu hampir lapan kali ganda purata pendapatan isi rumah penduduk Malaysia setahun.

Felo Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr. Michael Lim Mah Hui ketika mendedahkan perkara itu berkata, kajian yang dilakukan pihaknya juga menunjukkan harga rumah di negeri berkenaan turut melebihi purata harga rumah di Kuala Lumpur iaitu RM390,000 seunit.

Menurutnya, trend harga rumah yang terlalu tinggi di negeri itu bukan saja menyebabkan golongan bawahan tidak mampu langsung untuk memiliki rumah, malah golongan pertengahan juga turut mengalami nasib sama.

‘‘Amat jelas sekali harga yang ditawarkan amat jauh daripada jangkauan. Jika golongan pertengahan tidak mampu untuk membeli rumah atau pangsapuri yang dijual, apa lagi golongan bawahan."

‘‘Pada masa ini, penawaran dan permintaan untuk rumah tidak sepadan. Majoriti rakyat Malaysia mahukan rumah yang mampu dimiliki, namun pemaju lebih cenderung membina rumah mahal untuk mengaut keuntungan,’’ katanya pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Jalan Masjid Negeri di sini hari ini.

Turut hadir Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris.

Jelas Mah Hui, keadaan itu menyebabkan negara dipenuhi banyak rumah kosong yang dibina pemaju untuk memenuhi permintaan pelabur asing dan spekulator, bukannya untuk rakyat.

Menurutnya, ramai di kalangan pelabur dan spekulator memiliki dua buah rumah atau lebih sama ada dibeli untuk disewakan atau untuk tujuan menaikan harganya bagi aktiviti penjualan supaya mendapat keuntungan.
Katanya, tindakan pemaju memasarkan hartanah itu secara agresif di luar negara memandangkan ia masih murah mengikut standard antarabangsa turut menyebabkan harga rumah di negara ini bertambah tinggi.

‘‘Amat malang bagi rakyat negeri ini khususnya jika Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memandang serius isu ini. Mereka patut memperbanyakkan rumah mampu milik dan mengawal pembinaan rumah mewah terutama di bahagian pulau.

‘‘Jika kerajaan itu benar-benar ingin menjadikan rumah sesuatu yang mampu dimiliki rakyat, sepatutnya kuasa yang mereka ada digunakan untuk mengawal pemaju, sektor perbankan dan spekulator supaya kenaikan harga rumah dapat dikurangkan,” katanya.

Sementara itu S.M. Mohamed berkata, terdapat pelbagai faktor menyebabkan berlaku kenaikan harga rumah termasuk dasar kerajaan membenarkan orang asing membeli bukan sahaja pangsapuri malah hartanah lain.

Jelas beliau, pihak bank turut menyumbang kepada kenaikan harga rumah melalui pelbagai teknik pemasaran yang agresif termasuk melonggarkan standard kredit sehingga 95 peratus pinjaman kepada pembeli.

‘‘Kini tiba masanya kerajaan memulakan dasar perumahan awam yang menyediakan perumahan mampu milik terutama di bandar seperti dilaksanakan Lembaga Perumahan Singapura iaitu kerajaan menjadi pelopor pembinaan rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, bagi sektor perumahan swasta, kerajaan perlu memainkan peranan utama dengan mengambil langkah bersesuaian untuk mengawasi harga hartanah berkenaan bagi mengelakkan kenaikan harga yang tidak sihat.


**********************************
orang penang memang dah lama sedaq tentang perkara ini. contoh aku sendiri, rumah apartment 3 bilik, berkeluasan lebih kurang 1000 kp, harga belian rm190k. kalau kat tempat lain dengan harga tu bleh dapat rumah teres atau klu bernasib baik semi-d.
 
sebab tu tidak menghairankan jika majoriti melayu pulau pinang kini banyak tinggal di sebelah seberang perai. mana nak mampu weiiiii beli rumah kat pulau ni. even di sebelah balik pulau pun harga rumah dan tanah sekarang ni makin naik. sapa yang dah beli memang beruntung...
 
seorang YB adun PKR, kawasan tak ingat, dah pernah membangkitkan isu ini. beliau mencadangkan supaya projek-projek perumahan high-cost - rumah2 banglo mewah, kondominium mewah dihentikan sebaliknya diberi penumpuan kepada projek-projek perumahan kos sederhana yang mampu dimiliki supaya golongan pertengahan boleh memiliki rumah sendiri. kesian kat depa kami yang di tengah-tengah ni, nak beli rumah low cost @  low-medium cost tak layak sebab dianggap berada tetapi nak beli rumah lain tak mampu sebab tak berada. dilema kan.....
 
 
 
moral of the story:
kan best kalau kami dapat balik dok kedah..........




Thursday, December 2, 2010

ada sesapa bleh bantu?

macamana yer nak me'unfollow' sesebuah blog yer?
ada sesapa yang boleh bantu?
i dah cuba cari kat dalam menu, setting blogspot ni tapi tak jumpa jalan.
so help me please......
somebody?
anybody?