Monday, November 22, 2010

1, 2, 3, atau lebih....???

"Cadang-cadang tu, berapa orang anak nak?"

Saya selalu juga bertanya soalan itu kepada sahabat-sahabat yang rapat. Jawapan yang diterima pelbagai. Ada sahabat yang mahukan dua orang anak sahaja. Alasannya, suami mempunyai waktu kerja yang tidak menentu, segala tanggungjawab menjaga anak dan menguruskan rumahtangga jatuh di atas bahunya yang sedia kecil (sahabat ini memang seorang yang kecil, molek dan sangat kurus, walaupun sangat kuat makan - cemburu i tau......). Sahabat yang lain, "Biar tiga ni dulu la. Nanti dah besar sikit semua baru pikir nak tambah lagi". Seorang lagi, "Tiga orang cukup la." Yang tidak merancang pun ada, "Ikutla, berapa yang Allah nak bagi...."



Bagi diri saya sendiri, saya tidak pernah merancang berapa orang anak yang nak. Suami pun begitu. Segalanya terpulang kepada rezeki yang Allah berikan. Cuma saya dan suami cuba menjarakkan umur di antara anak supaya kami dapat memberikan perhatian dan kasih sayang yang seadilnya di antara semua anak-anak. Namun jika ditanya soalan ini oleh rakan-rakan atau saudara-mara biasanya secara bergurau saya akan menjawab, "8 orang. Sebabnya saya 6 beradik, suami 10, so puratanya 8 la." Hehehehe...ambitiouskan......

Saya memang kagum dengan kawan-kawan dan sepupu-sepupu saya yang mempunyai anak yang ramai. Ada yang 5 dan tak kurang juga yang 6 orang. Sekarang ni dah tak ramai pasangan muda yang mahu beranak ramai. Saya yang baru tiga orang ni pun dah terasa cabarannya. Tapi apabila ada kenalan kita yang tidak mahukan anak yang ramai janganlah pula dipandang sinis kerana mungkin itu adalah yang terbaik bagi keluarganya dengan kemampuan dan situasinya.


Apapun anak-anak adalah anugerah dan amanah dari Allah. Maka sebagai ibubapa, kita sendiri tahu kemampuan dan keupayaan kita - secara fizikal, mental dan ekonomi. Yang penting, setiap anak yang dilahirkan adalah kain putih, maka coraklah dengan corak yang terbaik mengikut ajaran Islam supaya dikemudian hari mereka menjadi saham yang menjamin kita ke syurga. Amin........ 



moral of the story:
setelah tiga putera, hopefully yang akan datang puteri la pulak. buat kawan mama.....

Monday, November 15, 2010

konvo aniq

kemarin konvo tadika aniq. tempatnya ruang legar masjid negeri. tahun lepas mama dengan ashraf jer pergi tengok aniq buat persembahan (abah ada kursus) tapi tahun ni alhamdulillah, sefamili pergi.






abang aniq buat persembahan dikir barat.



abang aniq terima hadiah daripada ustaz (tak ingat nama).


apsal le masam sangat ashraf tu....


mama dgn aniq (huhuhu kepala abang aniq hilang acap tak ambik).

antara hadiah yang diterima, sepasang baju sekolah.


sijil tamat tadika

beg sekolah dan set alat tulis (tiada dalam gambar).


"angkat adik!!'




alhamdulillah, aniq telah menerima anugerah pelajar dengan kehadiran terbaik untuk kelas saidina osman. i'm really proud of you. hehehe, mama heran juga sebab rasanya aniq setiap bulan mesti cuti, kurang-kurang sehari sebab tak sihat. so maknanya kawan-kawan dia lagi banyak cuti la daripada dia.

hmmmm....dah besar anak mama. dah habis tadika. tahun depan bermulalah satu fasa baru dalam hidup abang aniq. moga-moga, abang aniq akan semakin bijak dalam semua perkara, terutama dalam memilih mana yang baik dan buruk. dan moga menjadi anak yang soleh dan abang yang boleh menjadi contoh dan mendidik adik-adik. amin....



moral of the story: mama dapat save bajet utk tahun dpn sbb baju sekolah, beg dan alat tulis dah ada.

Tuesday, November 9, 2010

update - selepas banjir

last weekend balik jitra. sepatutnya hari jumaat lagi nak balik. dah siap-siap pakai baju, tup-tup dapat berita semua jalan masuk ke jitra dinaiki air. hiway pun sampai exit alor setar utara jer. so lepas bincang dengan abang, dia kata esok jela pegi, risiko kalau nak ridah redah air. kang tak pasal-pasal kena repair keta plak. even my parents got stucked kat hutan kampung. nak pi rumah mak jang di langgar pun tak boleh sebab rumah tu dah jadi pulau. so malam tu depa tumpang tido di rumah baru anak sedara sepupu abah dalam keadaan tak ada api dan air.

next day, hari sabtu pagi-pagi lagi aku dengan abang bertolak ke jitra. anak-anak tinggal dengan mak mentua. alhamdulillah, lebuh raya dah boleh lalu sampai ke exit kepala batas. dari atas hiway, start masuk kawasan hutan kampung dah dapat tengok kerosakan yang dibawa oleh bah kali ni. ada kawasan yang masih digenangi air. mana-mana yang dah surut, masing-masing sibuk mencuci rumah dan kedai. kereta-kereta pun masih banyak yang diletakkan di atas jalan raya.

our 1st destination, rumah yaim, my brother. sampai je rumah dia, dapat tengok kain baju penuh bersidai di kompaun rumah. dalam rumah satu bilik penuh kain baju yang tunggu giliran untuk dibasuh. lepas jumpa mak abah, kami bergerak ke 21 taman indera. sampai jer di sana benda pertama yang sambut adalah bau masam lumpur dan barang-barang basah. sungguh sedih bila tengok keadaan rumah. bayangkan air dalam rumah separas dada. walaupun angah dan yaim dah usaha angkat barang-barang yang boleh letak di atas meja dan katil tapi tenggelam la juga. barang-barang yang berada di bahagian atas almari je selamat.

secara keseluruhan kebanyakan perabut memang kena buang sebab dah tak boleh digunakan. buku-buku adik-adik, koleksi mak abah, koleksi angah selamat kena buang. bahan-bahan makanan yang disimpan sebagai ration, yang berada dalam peti sejuk semua rosak. barang-barang elektrik - oven baru beli masa raya, cerek elektrik, blender, peti ais dua biji, kerusi urut mak, masih belum diketahui statusnya, boleh digunakan lagi atau tidak. nasib baik tv dan komputer sempat dibawa lari pada malam kejadian.

walaupun sehari kami di sana, dan ramai juga yang datang membantu - adik ipar angah dan kawan-kawannya, sedara zaidi, kakya dan abang bri, tapi masih banyak yang belum selesai. tapi paling aku terharu dengan kesudian bakal adik ipar aku, selama beberapa hari membantu kami dengan mendobi kain baju yang kotor di rumah yaim.

semalam mak bagitau dah selesai cuci rumah. barang-barang yang selamat semua dah dibawa ke rumah yaim. untuk sementara ni, mak abah akan duduk di rumah yaim sehingga selesai kerja-kerja pembaikan dan mengecat semula rumah. actually rumah my brother pun baru jer siap renovation, belum sempat basuh pun lagi. kira lani kami dah rasmi duduk la. jangka masa pembaikan adalah sebulan so nampak gaya beraya haji di rumah baru la kami tahun ni.

* entry ni tak ada gambar lagi sebab tuan rumah tak sempat nak copy dari fb.

Wednesday, November 3, 2010

tak surut lagi

tadi call my bro kat jitra. dibagitau, pekan jitra masih blum bleh dimasuki. dia pusing cari jalan lain untuk get thru ke rumah dia pun tak ada. semua ditutup. tak tau la bila yang air akan surut. hopefully by this friday la. hubby dah bagitau, jumaat kita balik join operasi pembersihan. cuma sekarang ni aku tengah memikir patut ke tak patut tinggal anak kat rumah mak mentua......

Tuesday, November 2, 2010

dia dah mai dah.....

setelah lima tahun berlalu, tahun ni dia mai lagi. kedatangannya yang sangat tidak diingini. siapa dia? itula air bah. huhuhuhuh.....
malam tadi dalam pukul 11 lebih mak bagitau yang rumah dah mula dinaiki air. angah dan anak-anak serta yaim dah siap sedia untuk berpindah ke pulau nyioq. masa tu air dah penuh di kawasan porch. dan bila aku masuk facebook aku dapat tau yang kebanyakan tempat di jitra juga dah ditenggelami air yang menyebabkan warganya terpaksa berpindah ke pusat pemindahan. air juga naik dengan cepat, tak sempat nak selamatkan banyak barang.
kesian mak abah aku. susah hati depa sebab tak leh nak buat apa-apa. sorang di penang, sorang di kl. harapkan angah, zaidi dan yaim la untuk tengokkan apa yang patut dan boleh dibuat di rumah.
harap-harap air tak la naik tinggi sangat. dan juga cepat surutnya.
oh....tak dapat nak bayang macamana nak kemas rumah nanti.....adusssss........