Wednesday, October 27, 2010

sabar boleh...???!!!

from google

why is it that when i' m in the office i'm a very mild-tempered, patient person.
but when i'm back home, i become the totally opposite.
huhuhuhu....
kesian kat anak-anak, asyik kena marah. tapi mereka sendiri yang buat pasal.

how oh HOW to be more patient with the triple A....some advise plezzz......

Friday, October 22, 2010

sudah jatuh baru tergadah

Keadaan Melayu Pulau Pinang kini kritikal

2010/10/22

KUALA LUMPUR: Keadaan orang Melayu di Pulau Pinang sangat kritikal terutama dalam isu pemilikan tanah dan ketika ini kira-kira 7,000 penduduk negeri berhadapan dengan risiko diusir dari rumah yang mereka duduki, demikian menurut wakil Umno Pulau Pinang Mohamad Farid Saad.
Beliau yang mendedahkan hasil maklum balas kajian Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang yang dikumpul dari 13 ketua bahagian berkata, penduduk dari 60 perkampungan di Pulau Pinang didapati akan kehilangan tempat tinggal kerana tanah rumah yang didiami sekarang bukan milik mereka.
Katanya kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP dilihat semakin melampau apabila mereka mula membuka tanah yang selama ini dipertahan, untuk dibangunkan, dan beliau memberi contoh satu lot tanah yang di Sungai Burung yang dikhaskan untuk sawah dikeluarkan dari gazet, dan satu lagi kes yang membabitkan sebahagian daripada Taman Negeri yang dibuka untuk dibangunkan sebagai kawasan perumahan.
"Kes ini akan membuka laluan kepada pembukaan kawasan-kawasan lain dari kategori yang sama. Ini semua adalah penyalahgunaan kuasa yang mesti dihentikan," kata ahli Umno Bahagian Balik Pulau itu ketika membahaskan usul ucapan presiden di Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Mohamad Farid berkata apa yang berlaku di Pulau Pinang sekarang adalah contoh kes pengusiran melalui polisi dasar, selain berlakunya pengusiran secara fizikal, psikologi dan terang-terangan.
Mohamad Farid berkata kerajaan perlu mempunyai kuasa untuk menghalang pembangunan di kawasan yang digazet, seperti kawasan-kawasan yang sensitif dalam menjaga alam sekitar di semua negeri.
"Jika tidak, lebih cepatlah orang Melayu diusir. Hari ini tanah milik orang Melayu di daerah timur laut hanyalah 1.16 peratus saja, tanah di Balik Pulau hanya 15.07 peratus, di Seberang Perai 44.2 peratus, Seberang Perai Tengah 23.5 peratus dan di Seberang Perai Selatan 18.09 peratus sahaja milik orang Melayu," katanya dan menambah ketika ini hanya 20.41 peratus sahaja tanah di Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah milik orang Melayu.
Beliau berkata orang Melayu sudah lama bertapak di Pulau Pinang, tetapi hari ini, sedikit demi sedikit tanah yang dimiliki turun temurun dijual dan bertukar tangan.
Katanya jika generasi dahulu boleh bertolak ansur, generasi baru tidak ada lagi belas kasihan, di mana yang ada kini hanyalah 'you keluar dari sini, kalau tak puas hati jumpa di mahkamah nanti'.
Mohamad Farid berkata hakikat yang perlu diterima ialah keadaan ini berpunca daripada kealpaan "pemimpin dahulu". - BERNAMA

****************************
saya setuju sangat dengan statement yang terakhir tu. masa kita ada kuasa kenapa kita tak buat sesuatu. sekarang bila kuasa tu dah hilang bising pun tak guna....

Thursday, October 21, 2010

campak oh campak

remember my last post? about adib asyik merengek.
rupa-rupanya itu adalah muqaddimah kepada dia nak kena campak.
last week dia demam, selsema, batuk. then, muncul biji-biji di tangan, kepala dan muka.
at first, i thought because of animal bites or some kind of allergies (salah makan, salah pakai).
but few days ago, biji-biji tu makin bercambah terutama di kepala dan muka. so we (me, my hubby, the nanny and my mother) syak that the culprit is campak. and after a visit to the clinic yesterday, memang confirm, adib kena campak. kesian anak mama....
sekarang ni campak tu belum keluaq abih lagi, belum sampai ke badan dan kaki. yg penuh atas kepala. dia plak suka menggaru, abih luka-luka kepala dia.
tapi yang lagi kesian, dia juga kena cirit-birit. rasanya panas dalam badan sebab campak ni menjadi punca dia CB. sebab dia minum susu macam biasa (tepung+badan), tak ada makan apa-apa yang lain dari kebiasaan. semalam sekali lagi masterbed jd mangsa, tercemar. terpaksa la kami (me, my hubby & adib) pindah keluar tidur di ruang tamu. then pagi td sekali lagi kebocoran berlaku di atas toto plak. so dalam kelam kabut nak siap pegi kerja terpaksa cuci toto tu serta kain cadar, baju dan segala yg terkena. huhuhuhu....kesian anak mama. dah rasa ringan pun bila dukung. hopefully this CB cepatla lega. amin...
as for the campak, terpaksa la mama pun berkurung di rumah. tak ke mana-mana sehingga campak tu keluar habis dan kering....
well.......at least kena masa kecik-kecik ni parut dia akan hilang by the time dia besaq nanti.

moral of the story, bila anak tak sihat better jgn tidur atas katil sebab bila ada 'kejadian' jenuh nak mencuci tilam yang tebal 10 inci tu......

Friday, October 15, 2010

nikmatnya tidur

minggu ni mula buat kerja lebih masa.
mula-mula sampai rumah dekat-dekat nak azan maghrib.
lepas tu sampai rumah sama dengan azan maghrib.
lepas tu lagi sampai bila orang qamat.
dan semalam, sampai rumah sama dengan tok imam start baca fatihah rakaat pertama.

itu satu bab.

satu bab lagi, lepas solat maghrib, makan, mata dah tak larat nak celik. belum pukul 10 dah selamat beradu.
tapi biasala, sejak ada anak-anak, i've never have undisturbed sleep except bila outstation. tu pun belum tentu.
as for last nite, mula-mula adib, merengek nak susu.
pastu aniq, menangis sakit kaki, bangun sapu minyak, urut sampai dia terlena. not once but several times. sampai dekat subuh baru dia bleh tidur dengan lena.
celah-celah tu ashraf plak, mula-mula lapaq, nak makan. then nak susu.
semuanya nak mama, abah depa tak mau...
rezeki mama la...
then pukul 5 pagi adib sekali lagi jaga, merengek gelisah. bagi susu tak mau. last-last angkat masuk buai. tu pun nak mama juga yang buaikan. bila abah yg tangguk buai dia nangis.
hmmmm....
yang abah, menjadi mangsa keadaan. terpaksa berundur bila katil dijajah oleh hero-hero pada tengah malam. semua nak tidur dengan mama. so abah terpaksa la tidur di ruang tamu sorang....
sian abah....

as for this morning, because of sleep-wake, sleep-wake i've developed a headache. huhuhuhuhuhu.....

so moral of the story, walaupun tidur awal ia tidak menjamin anda mendapat tidur yang cukup.

Friday, October 8, 2010

belated

6 oktober birthdays 2 of my heroes - my beloved hubby and my 2nd son, ashraf.
but no celebration whatsoever because mama had to attend a teambuilding course at pulau aman for 2 days - on 6&7. so no cakes no presents. except wishes and a simple card for my hubby (which i put in one of his many bags, so hopefully he had read it).
however i did promise my hubby to have some sort of belated celebration this weekends.

Monday, October 4, 2010

mabruk 'alayya

04102003 - 04102010

7 tahun telah berlalu dengan pelbagai pengalaman - turun naik, gembira sedih, suka duka, tangis tawa, susah senang.
7 tahun makin mematangkan cinta kita.
dan moga 7 tahun dan tahun-tahun yang akan datang mengukuhkan lagi ikatan hati antara aku dan dia.
"kerana kau telah kupilih maka engkaulah yang terbaik buatku."

dan lagu Permaisuri Hatiku nyanyian Hijjaz ini sangat bermakna bagi diri aku kerana lagu ini telah dititipkan pada aku oleh abang pada masa beliau meluahkan hasrat untuk menyuntingku menjadi permaisurinya.


Di antara kekasih pilihan dihati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi
Indahnya perhiasan dunia

Diantara diriku juga diri-mu
Hanya mengharapkan cinta yang Satu
Ku kan binakan mahligai impian-mu
Oh...sayang ikhlaskanlah hati-mu

Malu-mu bernilai
Kata-mu berhikmah
Hati-mu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Allah

Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Kau Permaisuri di hati-ku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tangan-mu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya disyurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hati ku
Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu