Thursday, September 30, 2010

bleh ker macam tu?

rumah terbuka adalah untuk meraikan tetamu sempena hari raya (kalau dibuat di bulan syawal).
dan bila namanya beraya, terpulangla sapa-sapa yang nak pergi atau tak mau pergi.
tapi kalau dah diwajibkan hadir, siap amik nama lagi sapa yang pergi ,yang tak pergi...tak ker dah melawan konsep?
hai....tak paham, tak paham.

tapi tersiratnya, kalau kita buat majlis, makan-makan lak tu, tapi terpaksa paksa org datang, tidakkah ia mengambarkan something wrong with the tuan rumah...... betul tak?

well........., i'm off to open house.

Tuesday, September 28, 2010

PANAS!!!!

nampaknya kes sosilawati ni makin besaq.
bermula dengan kehilangan, kemudian pembunuhan dan sekarang penipuan.
polis nak tumpukan pula siasatan kepada kes-kes penipuan jual beli hartanah yang pernah dilaporkan, terutama yang melibatkan peguam.

sooooo...pegawai-pegawai pejabat tanah, bersediala untuk memberi keterangan.
(huhuhuhu.......aku pun termasuk sama la tu.....).

Thursday, September 23, 2010

aniq dengan 'mata malas'nya

anak sulung aku umur 6 tahun dan memakai cermin mata.


abang aniq

semuanya bermula pada awal tahun ini. setelah sekian lama di'nagging' oleh both my parents tentang keadaan mata aniq yang agak juling, akhirnya kami membawa aniq pergi berjumpa doktor mata di hospital pulau pinang. aniq disahkan mengidapi sejenis masalah mata yang di kenali sebagai 'lazy eyes' atau mata malas atau dalam bahasa saintifiknya ambylopia. ia adalah masalah mata yang dialami seawal bayi lagi akibat perkembangan saraf mata yang terganggu. untuk bacaan lanjut boleh baca di sini atau di sini. pada lawatan itu juga aniq telah disarankan untuk memakai cermin mata kerana masalah mata malasnya telah menyebabkan dia mengalami masalah rabun jauh. mengikut doktor, sekiranya cermin mata dipakai dengan betul, berterusan, pada umur 8 tahun aniq tidak lagi perlu bercermin mata. masa mula-mula dapat cermin mata tu exited la, beria bercerita dengan semua yang bertanya yang dia ada lazy eyes sebab tu kena pakai spek. tapi budak-budak....makin lama makin malas pakai. kalau tak diingatkan mesti tak pakai. mungkin dia rasa terganggu, terutama time dia nak main.

dan semalam, temujanjinya yang kedua dengan doktor mata. dia pi dengan abah sebab abah free petang tu. lawatan kali ni doktor syorkan supaya aniq  dipakaikan 'eye patch' setiap hari hari selama dua jam secara berselang mata untuk tempoh dua bulan lebih (hingga next appointment awal bulan 12). sepanjang dua jam tu dia perlu melatih matanya dengan membuat aktiviti-aktiviti seperti menulis, melukis, membaca atau apa-apa aktiviti yang merangsang matanya untuk bekerja. tujuan 'eye patch' ni adalah untuk melatih mata yang malas bekerja dengan menutup mata yang sihat. dalam kes aniq ni, nampaknya kedua-dua matanya malas sebab dia kena pakai di kedua-dua mata secara bergilir-gilir.

ini la rupa 'eye patch' yg aniq kena pakai.

gambaq google.


tapi kalau dapat beli yang macam ni lagi menarik kan...

 gambaq google

setakat semalam, respon dia ok bila disuruh pakai. cumanya belum cukup sejam pakai dia dah tido. so tak mencapaila matlamat pemakaian 'eye-patch' tu. takpa, masa masih panjang. harap-harap masalah mata dia akan dapat diperbetulkan, amin......

tapi yang tak bestnya, petang kemarin juga dia telah memecahkan cermin matanya. "hujan...abang aniq lari la. lepas tu spek jatuh, abang aniq terpijak......". huhuhuhu...nampaknya mama kena sedia bajetla untuk buat spek baru kat abang aniq........

Monday, September 20, 2010

a wind of change?

cuti raya sudah berakhir. pejabat pun dah kembali kepada sedia kala, riuh rendah dengan suara kakitangan dan pelanggan yang datang berurusan.

walaupun setelah cuti panjang namun semangat aku untuk bekerja masih suam-suam kuku. rasa malas jer nak datang kerja. dah boleh terbayang apa kerja yang dok tunggu, apa yang nak kena buat....

gambar google
adakah ini tandanya sudah sampai serunya untuk aku bergerak ke pejabat lain, atau paling kurang ke bahagian lain? yelah, kalau dicongak hitung, masuk januari tahun depan cukuplah enam tahun aku berada di tempat aku sekarang. sepanjang tempoh itu aku bukan setakat berada bahagian yg sama malah di bilik yang sama. cuma nasib kerusi meja bertukar. kerja-kerja pun tak banyak beza dari mula masuk sehingga sekarang. bila tengok teman-teman yang masuk sama-sama dulu, semuanya dah bertukar angin, malah yang 3, 4 kali tukaq pun ada. tambah rasa rendah diri bila melihat rakan-rakan yang lebih muda lebih advanced daripada aku sebab mereka lebih banyak dapat pendedahan dan menimba pengalaman kerja yang pelbagai.

tapi bila dipikir-pikir takut juga nak pergi ke tempat baru. apatah lagi jika di tempat itu nanti aku kena buat sesuatu yang sangat berbeza dari apa yang aku dok buat selama ini. nak kena belajaq balik dari bawah. dengan teman pejabat, kakitangan yang tak pernah dikenali.

namun itu la adat kehidupan, betul tak. sampai bila nak berada di tempat yang sama, di tahap yang sama. untuk maju, perlulah bergerak, mencari pengalaman baru, tambah ilmu pengetahuan dan kemahiran. especially in my line of works, knowledge, experiance, multi-skills are very important factor to go further ahead.

so siti, its time for you to move on dan move up! chaiyok, chaiyok!!!!

Tuesday, September 7, 2010

raya datang lagi!

salam aidilfitri untuk semua yang bertandang di sini.
cik ct payung selaku tuan rumah, mohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan yang ada. andai ada coretan yang mengecilkan hati, sesungguhnya ia bukanlah disengajakan.
semoga aidilfitri ini membawa kegembiraan dan kebahagiaan buat kita semua.
namun dalam kita bergembira, janganlah sampai berlebih-lebihan. sentiasa beringat dan berhati-hati.

minnal aidil wal faizin. kullu 'am wa antum bil-khair.


ikhlas;
baya, fauzi, aniq, ashraf & adib

Monday, September 6, 2010

"alahai......malehnyer!"

arini mai pejabat semata-mata sebab kena mai. body jer kat sini, hati dan perasaan dah di awang-awangan. terbayang nak cuti jer. tambah lak cik abang sayang memang dah cuti bersama-sama cutinya sekolah.

huargh.....esok sehari lagi.....oh, cepat ler berlalu masa itu.

kuih raya


gambar hiasan from google.

sapa yang masih buat kuih raya?

aku masa kecik-kecik, zaman sekolah dulu selalu tolong mak baut kuih raya. sanggup berjaga samapi pukul 2 pagi, membakar kuih. namun sejak melangkah ke alam dewasa, kahwin, kerja, ada anak, kuih raya semuanya ditunjuk saja. kalau buat pun sejenis jer iaitu cornfleks madu - senang dan cepat.

tapi tahun ni, sempena adik bongsu aku nak balik korea baru-baru ni, aku dan dia telah bersama-sama membuka bakery. sama-sama pi shopping bahan nak buat kuih, sama-sama study majalah, buku resepi yang ada dua tiga ketul kat rumah aku tu untuk cari resepi. dan hasilnya tiga jenis juadah berjaya disediakan - cupcakes, biskut confleks snow dan cornfleks potong. malangnya cornfleks potong, fail. hancur lebur tak leh potong... huhuhuuu. manakala cupcakes dan cornfleks snow dah selesai (my portion, yg adik selamat la kot sampai korea dan hari raya). sekarang ni kat rumah tu masih banyaklah bahan-bahan mentah untuk buat biskut raya lagi. tak tau la macamana, hopefully aku berjaya la membuat sejenis dua sebelum raya ni.

gambar hiasan from google
selain itu, berkenaan kuih juga, seawal bulan rejab borang-borang pesanan kuih raya dah mula beredar di pejabat aku. siap dengan sample untuk dirasa. tapi aku tak teruja untuk mengorder sebab aku rasa bersalah. yelah, nampak beria sangat nak beraya di nun...bulan syawal sedang sepatutnya rejab, syaaban dan ramadan adalah masa kita teruja untuk beribadat.

so aku tunggu bulan ramadan baru aku order. tahun ni aku azam nak beli dengan berhemah, tak mau beli banyak. namun nampaknya azam tinggal azam. bila kuih mula sampai di minggu akhir ramadan ni rupanya, berjenis-jenis juga yang aku order. memang satu dua jenis jer yg dibeli tapi itu atas satu tuan. so bila byk tuan, tak ke banyak jenisnya. huhuhuhuu...

takpe....banyak rumah yang nak diagih-agihkan....(ayat untuk pujuk diri sendiri).

Thursday, September 2, 2010

macam-macam ada!

dua minggu lepas adalah dua minggu yang sangat-sangat 'eclactic'. macam-macam jadi yang menghasilkan macam-macam situasi dengan macam-macam emosi. sedih, gembira, teruja, terkasima, susah hati, bangga...macam-macam la.

terkejut, speachless, cuak, berdebar, frust. dalam tempoh selang sehari, aku telah 'mencium' dua buah kereta gara-gara terlelap ketika sedang merangkak-rangkak untuk keluar simpang. kereta pertama terbang rm100. kereta kedua belum pasti (sebab tuannya nak hantar workshop dulu tapi drebarnya janji 'not more than 200). huhuhu...habih dh duit bonus aku. 
kereta aku? sedikit kemek, terkopek cat dan bumper terenggang dari body. nasib baik cik abang aku tak marah giler-giler. huhuhuhuhu....


sedih, kecewa, kesian. kerana sikap sambil lewa mama, adib terkena eksos motor tokwan. besaq jugala kawasan kecederaannya. masak isi. huhuhuhu...sian anak mama. mama minta maaf yer sayang......



simpati. dato' pengarah ptg, my big big bos, kematian anak kerana sakit jantung. setelah lebih setahun berulang-alik ke ijn akhirnya serunya telah tiba. takziah untuk dato sekeluarga, moga tabah menghadapi ujian ini.



bangga, gumbira. kontijen kawad hari merdeka pejabat aku menang tempat kedua kategori jabatan kerajaan, badan berkanun, pbt. kurang empat mata dari johan, pejabat suk (memang tempat depa dulu kini dan selamanya).



kecewa, geram. bonus yang dijanjikan hanya tinggal janji. dapat rm500 je. sungguh tidak seronok.

sedih, terkejut. chu, adik mak mentua aku telah dipanggil mengadap Ilahi pada usia 47 tahun akibat sakit dalam perut. paling bongsu yang pergi dulu. janji Allah itu pasti, bila sudah ajalnya maka tiada siapa yang mampu menghalang.

begitu la coretan ringkas dua minggu aku yang lalu. hopefully the next few weeks, semuanya akan berlalu dengan tenang supaya dpat menghabiskan ramadan dengan sebaiknya, sambut syawal dengan gembiranya. insyaallah.....