Thursday, July 29, 2010

di suatu petang

lokasi : rumah tok,
merbuk, kedah.



bestkan jadi kanak-kanak?

Wednesday, July 21, 2010

21072010

hari ini adalah hari istimewa bagi insan yang paling istimewa dan paling penting dalam hidup aku, BONDA tersayang, Puan Norsiah Bajuri. happy birthday mak......along SAAAAAAAYANG mak!




Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

 
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
My mother

 
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

 
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

 
Who should I say why close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

 
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears

 
Who really cares? My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

Monday, July 19, 2010

dah syaaban.....

pejam celik pejam celik dah masuk seminggu lebih kita di bulan syaaban. sempel-sempel kuih raya pun dah mula beredar dari meja ke meja. tukang-tukang jahit dah ada yang tutup dari terima tempahan baju raya. bukti betapa kita ni suka beraya. itu belum kira iklan-iklan kedai kain, kedai perabut, kedai karpet yang dah sibuk promosi barang-barang untuk persiapan hari raya. stesen-stesen tv pun dah mula sibuk dengan rakaman-rakaman untuk siaran di hari raya nanti.

tapi....syawal masih nunnnnnn di sana.  bagaimana pengisian kita pada rejab yang telah berlalu pergi? atau syaaban yang sedang kita tempuhi ini? dan ........ macamana persiapan kita untuk menyambut ramadan yang penuh barakah? ..................................

aku sendiri terasa kerugian yang amat sangat. aku kalah dengan hawa nafsu aku sendiri. aku masih belum berjaya mendidik diri. namun aku punya azam. aku ingin syaaban kali ini adalah titik perubahan. aku mahu ramadan yang bakal tiba adalah ramadan yang lebih baik dari yang sebelumnya. YA ALLAH, Engkaulah tuhan sekalian alam, yang menguasai segala kejadian, Kau bantulah aku menjadi hamba-Mu yang bersyukur, yang taat pada segala perintah dan larangan-Mu. Kau bantulah aku dalam melawan nafsu aku sendiri. Sesungguhnya Engkau tuhan yang ar-Rahman, ar-Rahim yang paling mengetahui setiap sesuatu...  

Tuesday, July 13, 2010

kenduri lagi...........?

malam tadi acik, adik aku bagitau kemungkinan bulan 10 ni adik lelaki tunggal aku akan bernikah dan awal tahun depan kenduri.

walalah....cepatnyer! baru jer last week aku dengaq dari mak yang dia bawa 'kawan spesel' dia tu pi rumah, jumpa dan bertaaruf dengan mak abah nenek. tup-tup dah nak langsung.

ish....macam takleh percaya jer, adik aku tu dah nak jadi suami orang. rasa macam muda lagi dia tu, blum cukup akal lagi.........(walaupun sebenaqnya umuq dah 27 thn...).

hmmmmmmmmm.....
paman yang pemalu... (iyer le tu...)

Thursday, July 8, 2010

perut oh perut

masa makan malam semalam ashraf telah bertanya satu soalan cepu emas, "dalam perut mama tu ada apa?"
oh tidak!!!!!! memang dah time sangat la untuk bertindak.
sekarang ni pun ramai yg sangka i'm pregnant. huhuhuhuhu........

Tuesday, July 6, 2010

kita dan israel

Ini adalah keratan artikel yang aku baca dari salah satu yahoogroup yang aku join. Sangat menyentap jiwa, terasa sampai ke dalam jiwa jadi aku ingin berkongsi di blog ini. Kalaulah seluruh umat Islam sedar akan perkara ini........

**********
Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel. Kami kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca Oh! Islam yang berminat (nyata tiada paksaan).

**********

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”

Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”

“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”

“Kenapa Pak Cik?”

“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”

“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.

“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”

“Winston from America?” bisik saya perlahan.

Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.

“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.

“Apa dia?”

“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.

“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”

“Kita mesti sanggup memikul senjata.”

“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”

“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”

“Apa yang menyakitkan mereka?”

“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”

“Jadi?”

“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”

Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”

“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”

“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”

“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”

Lagi-lagi ke situ fikirnya.

“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”

“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”

“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”

“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”

“Contoh?”

“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”

“Ketiga-tiga isme itu sama.”

“Sama?”

“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”

“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengka n kepala perlahan.

“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”

“Misalnya?”

“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”

“Lagi?”

“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”

“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”

“Idola Amerika?”

“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.

Saya urut belakangnya.

“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.

“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”

“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”

“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”

“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:

“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

OHISLAM: SAMPAIKANLAH ILMU WALAU HANYA DENGAN SATU AYAT.

Monday, July 5, 2010

penat weih.....

pagi kemarin sampai dari johor di rumah MIL pukul 6 pagi. lotihnya badan maklong....dua malam tido atas bas. bas lak jenis yg seat penuh, so space antara kerusi tu memang sangat sempit. pastu sejuk plak. sian kat anak-anak. menghekot tidoq. nasib baik la ada kain batik mama dan pelekat abah, dapat la buat selimut (on top of wearing long sleaves, sweater and stokings). tapi yang paling menguji kesabaran mama ialah adib. bila dia ngantuk dia punyala pulun nangis sampai mama tak tau nak buat apa lagi. pujuk tak mau. pas kat abah pun tak diam juga. sebabnya...dia nak tido selesa. macam kat rumah tu.....nak golek-golek. nasib baik la bas tu bas rombongan sedara-mara. kalau tak maunya mama kena tengking dgn penumpang lain sebab 'tak reti jaga anak'. huhuhuhu....

apa pun trip ke johor tu satu pengalaman yang menyeronokkan. firstly sebab itulah pengalaman pertama berombongan dengan sedara-mara naik bas. dapat merapatkan silaturrahim dengan my in-laws family. pastu anak-anak pun teruja dapat naik bas, ramai plak kawan-kawan depa. asyik berjalan-jalan atas bas tu. a new experiance to them. and then the shopping. biasala....pegi rombongan mesti ada sesi shopping menyopping ni. kami singgah kat air itam, tempat yg terkenal dengan tikaq, pasu dan barangan seramik. best juga cuci mata. walaupun hujan turun renyai-renyai, ia tak menghalang misi kami semua. aku habis beli kat anak-anak - softtoys sorang satu. pastu beli barang rumah - string curtains and pasu. juga jajan untuk dibawa balik. untuk diri sendiri tak ada. itu pun dua ratus juga la abih. huhuhuuuuu.....lari bajet bulan ni....nasib baik tak singgah tangkak, sebab dah lewat. kalau tak mau beratus lagi la turbang.....

itu ler kisah aku dan keluarga weken ni. moral of the story, bila berjalan mesti habih duit. kalau tak abih bukan berjalan la namanya.....

p/s: did i mention that the trip to johor was to attend majlis sambut menantu my SIL @ pasir gudang?


pemandangan menarik di subuh @ r&r pagoh.
agak-agak apa la ni? ;-p

Friday, July 2, 2010

packing & unpacking

dua minggu ni adalah minggu aku packing dan unpacking beg(s).

first time, packing beg untuk ke kursus PAC kat putrajaya. sabaq jela dgn JPA ni. saja jer nak 'mendera' kami semua. dalam surat panggilan kursus tu, langsung tak sebut tentang tempat kursus. yang dibagitau cuma tempat berkumpul, macam dalam entry lepas, and pakaian sukan. so my expectation (and also most of other participants) was we would be taken to someplace like a BTN's camp. how wrong! at least at BTN we were staying at dormitry. but there, we had to stay in tents. so bayangkanlah, pi camping bawa beg kotak. tak dak sleeping beg, bantal, tidur beralaskan kain batik sahaja. and to make matter worst, it's raining non-stop the whole time we there, except for the last day. habis banjir khemah. yang runtuh terus pun banyak. so macam pelarian la kami semua, tidur kat dewan makan, wakaf, dewan serbaguna. yang ladies agak bernasib baik, bleh tidur kat surau. selesa la juga, ada karpet. itu pun bangun pagi menggigil-gigil kesejukan, hujan+angin bukit. but overall, nothing else to complain, and i enjoyed myself. (bukan selalu aku dapat peluang nak cuba aktiviti fizikal - water confidence, river crossing, spider web, obstacles course).

balik dari PAC, unpack beg, and packing untuk kursus kewangan plak. kali ni kat sungai petani inn. what a place! rugi plak rasa pegi sorang-sorang sebab dapat bilik sorang satu. tv plak siap ada channel hbo and disney. tapi tak ler dapat nk tgk tv sangat pun sebab kelas padat sampai ke malam.

and balik dari sungai petani, unpack and packing untuk pi johor plak. kali ni urusan keluarga. jenuh juga nak merancang pakaian satu keluarga sebab pegi dengan bas (sewa khas) so nak kena minimakan beg yang dibawa. dilema betul, nak bawa cukup-cukup takut nanti ada 'kejadian', tak ada baju spare (biasalah...budak-budak kan). bawa lebih dah tak muat beg. so hope for the best la.

itu ler kisah aku dengan beg minggu ni. moral of the story, we will never have enough baju. kuikuikui....aci tak lagu tu?