Monday, June 21, 2010

pujian

@ home, malam tadi.

ashraf : mama........, nak tambah nasi. sedap la mama masak.
mama : terima kasih sayang.... (dengan perasaan sangat, sangat terharu).

itu la pengubat keletihan mama. biar pun menu yang dimasak tu satu hidangan yang cukup simple - nasi putih berlaukkan ayam + kentang masak kicap, ikan goreng - tapi bila anak2 makan dengan berselera, pastu siap puji lagi, rasa seronok sangat, rasa berkobar-kobar nak masak lagi. sapa kata anak-anak jer perlu encouragement. mama anak pun suka bila dipuji anak-anak. dan kalau ABAH anak puji, lagi suka. suka, suka, suka!

setuju tak?

Thursday, June 17, 2010

impian

sejak dua menjak ni aku sangat-sangat berminat dengan apa sahaja yang berkaitan dengan menjahit. sama ada kraf, kain, diy beg, pouches, butang, patterns dan macam-macam lagi perkara yang berkaitan dengan menjahit. aku sangat suka melawat blog-blog yang bercerita tentang jahitan dan kraf, sama ada dari kalangan blogger tempatan atau luar negara. boleh kata setiap hari, pasti aku akan melawat blog-blog yang telah aku bookmark as favourite. suka sangat tengok hasil kreativiti mereka.

lani aku dah bermula dengan membuat benda-benda simple dengan felt. antara yang aku dah buat - sepit rambut (mostly), hp covers, pouches, names applique, toaster cover - to name a few. semua ni aku buat menggunakan jahitan tangan sepenuhnya. walaupun bukan selalu dapat buat benda-benda ni tapi bila dapat buat tu rasa seronok sangat. just how i wish, i have more creative gene in my body to create things...... *sigh*.

namun, aku ada impian yang lagi besar (cheh, macam bedrama plak)....iaitu untuk menjadi seorang yang pandai menjahit. dan untuk pandai menjahit sudah pastilah aku memerlukan sebuat mesin jahit dan itulah yang aku idam-idamkan sekarang ini. beberapa bulan lalu aku ada survey mesin jahit kat sebuah pasaraya. huih....boleh tahan juga rega dia. satu pelaburan yang besar. sebab tu aku perlu pikir sungguh-sungguh, abih-abih dulu sebelum aku membeli. takut nanti jadi gajah putih kat rumah tu.

tapi kalau ada yang nak bagi as hadiah, aku terima dengan tangan yang sangat terbuka.

(so abang......ada lagi enam bulan sebelum birthday ayang, sempat lagi nak simpan duit utk belikan mesin tu..........hehehehehe.....)

Tuesday, June 15, 2010

kursus la plak

next week aku kena pi kursus kat selangor. tempat tak tau. info yg dibagi cuma berkumpul di putrajaya pukul 7.30 pagi. macam budak-budak nak masuk kem plkn jer kan gayanya. pastu, pakaian untuk sepanjang kursus tiga hari dua malam tu sport attires. memang siap la. aku ni exersice paling extreme aku buat dalam tempoh setahun ni adalah menapak naik tangga tiga tingkat kat shopping complex. tu pun sebab eskalator tu tak bergerak, rosak. sampai atas dah mencungap-cungap minta nyawa. so tak tau ler kalau kena lari 2.4 km lagi. mmg aku jalanton je la. and hopefully (very very HOPING) tak dak la kena panjat bukit, gunung atau apa-apa yang sewaktu dengannya. diriku sudah tidak seperti dulu...........pancit..............

yang tu satu bab. satu lagi bab yang mendilemakan aku ialah nak tinggalkan adib. aniq dgn ashraf ok, dah besaq, dah pandai bawa diri. siap depa yang meninggaikan mama seminggu minggu lepas, balik dok rumah tok. tapi adib is another story. siang-siang aku tak risau sebab mmg hari-hari kerja dia ditinggalkan dengan pengasuh. tapi bila malam menjelang dia akan berkepit dengan aku baru bleh tido. aku pun tak pernah berenggang dengan dia lelama. so nak tinggal 2 malam ni......aku bimbang dia akan susah nak tido dan akan meragam. dan bila dia meragam orang yang menjagala yang akan teruk. huhuhuhuu...masalah, masalah......

dan satu lagi kebimbangan aku ialah bila balik dari kursus nanti susu badan kering or worse dia dah tak mau BF. huhuhuhuhu....risau, risau.....aku belum bersedia untuk bercerai susu dengan dia.

tp untuk tidak pergi bukanlah sesuatu keputusan yang bijak sebab aku tetap kena pergi kursus ni sooner or later. and later kita tak tau apa plak jenis kursusnya. ntah ker lagi lama. lagipun later tu rasanya memang sangat later.....

so with a heavy heart i have to go. cuma doa dan harapan mereka yang ditinggalkan akan selamat dan baik-baik ajer as well as myself yang nak pergi ni....

Monday, June 14, 2010

BERJAYA!!!

yess!!!!!

hari ini dalam sejarah.
untuk julung-julung kalinya aku berjaya memandu kereta ke pejabat.

syabas to myself.

Wednesday, June 2, 2010