Tuesday, April 27, 2010

TERTEKAN!!!

tensennya...!!!!!!!!!!

inilah bila orang atasan hanya mahu membuat keputusan dan memberi arahan tanpa mahu mendengar dan mengambil tahu situasi orang bawahan yang buat kerja.

tidakkah kalian sedar kami ni kerja terikat dengan undang-undang, ibarat sebelah kaki di mahkamah. kalau salah, kalau silap bukan tuan-tuan, dato'-dato', tan sri-tan sri yang nak kena jawab tapi kami yang turunkan tandatangan.

Ya Allah, Kau bantulah kami semua yang membuat kerja ini, peliharalah kami dari sebarang musibah, jauhkanlah kami dari sebarang fitnah. Kau tunjukkanlah kepada kami jalan yang terbaik untuk kami hadapi semua ini.

sabar...sabar....sabar.....

Saturday, April 24, 2010

my new bag

ini ler beg baru i, cantik tak?


pandangan depan.


i buat sendiri tau....all are hand-stiches.



pandangan belakang.


colourfull gitu. ini gara2 felt dah tinggal saki-baki. so apa kaler yg ada, sumua i kasi cantum.
sangat puas hati. tambah-tambah bila ada stranger yang datang dan teguq beg i ni. ceria dia kata. hehehehehehe.......


lebin kurang tujuh inci panjang.

muat untuk isi purse, hanpon, kunci. so nak gi lunch tak yah la usung handbag.

Friday, April 23, 2010

my 100 entry and income tax.

wah....dah 100 entry dah. dalam malas-malas tu berjaya juga sampai 100. tahniah for myself. hehehehe...
lepas baca respon sahabat-sahabat dalam entry lepas, jadi bersemangat balik nak berblogging ni.. untuk semua, terima kasih atas sokongan kalian. i really, REALLY appriciate it.


kali ni nak citer pasal cukai pendapatan atau lebih glamer income-tax. as we know, or if you don't now, end of this month is the due date to submit borang cukai pendapatan and bayaq cukai pendapatan. as for myself, sebelum-sebelum ini tak penah amik kisah pun tentang ni. sebabnya, ramai kawan-kawan yang bergaji lebih besaq bagitau depa tak kena bayaq cukai pun lagi. then awal tahun ritu, dapat memo daripada bahagian pentadbiran pejabat bagitau kena buka fail, isi borang cukai sebab jumlah gaji tahunan dah mencapai jumlah yang kena cukai. still buat tak tau. sebab ada sahabat yang berpendapatan serupa bila pi LHDN, depa kata dia tak kena. so if dia yg tak ada anak tak kena, i yang anak 3 mesti la lagi tak kena kan. betul tak? logik akal sendiri buat penakkulan. and then last month, dapat slip gaji tgk gaji kurang dr bulan sebelumnya. bila disiasat rupanya my pejabat dah mula buat PCB untuk smua kakitangan yang gaji pokok lebih rm2500.00 sebulan. gaji pokok aku sebenaqnya tak sampai lagi banyak tu tp sebab ada elaun memangku, jumlah dia menjangkaui jumlah tu. so bila dah terkena potong tu, baru la aku tersentak dan terus pi pejabat LHDN kat pulau ni dan register - buka fail income-tax dan daftar utk e-filing sekali. tapi takat tu ja. sebab dok rasa tak kena lagi cukai.

then, last wednesday, my office had arranged a talk regarding this matter, a talk given by the deputy public relation officer of LHDN penang, mr. adam. masa taklimat tu aku bagaikan baru dapat kesedaran betapa pentingnya utk isi borang income-tax ni. walaupun kita mungkin tak kena bayaq tapi kewajipan utk isi tu tetap ada bila pendapatan kita dah mencapai jumlah minima yang ditetapkan oleh undang-undang. sebabnya, kalau kita tak isi, ertinya kita tak declare, dan jika diaudit dan didapati kita patutnya dah kena bayaq maka penalti yang kena lagi besaq nilai dari cukai yg kita kena bayaq sebenaqnya. sebabnya kita dianggap cuba lari dari bayaq cukai.

so after the talk, aku terus activate my e-filing akaun dan isi, and......aku kena bayaq cukai! huhuhuhu......dalam 300 lbh juga la. walaupun ruang-ruang untuk pengurangan cukai ada seperti pembelian bahan bacaan, alatan sukan, derma dll tapi semua tu perlu disokong oleh bahan bukti spt resit and i didn't keep my receipts. a bad practice that i have to change. advised from the speaker, apa yang tak ada depan mata jangan claim. kerana jika diaudit kita yang akan menanggung akibatnya. fyi, resit2 tu kena simpan 7 tahun! sebab audit by LHDN bukan dibuat tahun berikutnya. contoh, cukai tahun 2009 ni mungkin akan diaudit pada 2013. so, bahan-bahan bukti perlu disimpan dengan baik.

aku juga tak buat potongan zakat pendapatan. sebab kalau kita bayaq zakat pendapatan, jumlah tu akan direbat dari jumlah yg kita kena cukai. so kalau cukai kita lebih dari zakat yang kita bayaq, kita cuma perlu bayaq baki yang ada tu saja. so banyak ler juga yang aku kena bayaq. maka, my next course of action ialah buat potongan untuk zakat pendapatan. (as for my friend yg sama gaji (as i mention earlier), tp tak kena cukai, sebabnya dia dah buat potongan zakat. hmmmmm, good for him).
so kawan-kawan, mana-mana yang belum buka fail cukai, baik buka dari sekarang sebelum terlewat.....bab kata orang tua-tua, jangan terantuk baru tergadah. untuk maklumat lanjut, bleh check sendiri website LHDN.
so, jom bayaq cukai!

Wednesday, April 14, 2010

after a while.....

masa mula-mula start berblog semangat berkobar-kobar. but after sometimes, jadi suam dan semakin sejuk. bukan tak ada cerita atau idea tapi tak ada keinginan nak berkarya (boleh anggap berkarya ka....). tiap-tiap hari mai melawat rumah ni tapi setakat singgah tengok jer. tak ada mood nak buat entry.

tambah plak dengan pressure di tempat kerja yang sekarang ni menghambat kami semua untuk bekerja seperti kilang, macam mesin. sabor jela...memetik kata seorg pegawai yang dah pencen, bos-bos dok pulun ampu nak naik pangkat, orang bawah ni yang sengsara nak buat kerja.

then this morning tgk ada email notification dari FB, my sis yang kat mesir tanya kenapa dah lama tak update FB dan blog. terus jadi semangat, rupa-rupanya ada juga yang baca blog aku ni....

sumber : google.

actually banyak aktiviti, kejadian, insiden, peristiwa berlaku sepanjang tempoh aku 'berhibernasi' ni. antaranya;

1. adib dah berjalan. yeay!!!!!! and bila dia berjalan lani mama la berlari.

2. my beloved parents annivesary. tahun ni tahun ke 32 and wishing both of you many more happy, blessfull  years ahead.

sumber: google


3. my abah dapat APC. tahniah abah!!!! along jeles ni......hehehehehe.....

4. rumah baru dah siap, dah dapat kunci, and OC akan keluar end of this month. tp banyak yang tak puas hati but that story will be in other entry.

5. 1st time berdepan dengan kejadian flight delay. akibatnya aku masuk mesyuarat yang mula pukul 9 pagi pukul 10.30 pagi. nasib baik mesyuarat tak abih lagi.....

6. result STAM keluar and my sister, acik, dapat JAYYID JIDDAN. mabruk ya ukhtie! insyaallah dia akan menyusul adik dia di mesir. i just hope she know what she's doing, why she's doing it and i'll pray for her best.

sumber : google
7. aku dah kompom 44. yeay!!!!!

itu ler antaranya.