Thursday, March 25, 2010

minggu yang sakit

last two week adib demam.
last friday aniq demam, batuk, selsema. bila bawa ke klinik doktor suspek denggi, dah kena buat full blood count.
last tuesday mama jatuh moto, luka + bengkak + lebam kaki kiri, lenguh badan.
pastu ashraf dengan adib plak jangkit kena selsema.
arini, ashraf plak demam...

bila anak-anak demam, yang teruknya mama. masa sihat pun merap mama, bila sakit lagi la, berganda-ganda meragamnya.

ya ALLAH berikanlah aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi semua ini.... amin......

Monday, March 22, 2010

lega....

what a week!!!
minggu lepas sangat meletihkan. bukan badan tapi otak. sampai bila pejam mata nak tidur pun kepala masih dok berpikir pasal kerja kat pejabat. tapi alhamdulillah, semua selesai dengan baik dan sempurna. fewh!!!!

Tuesday, March 9, 2010

pening balik

petang kemarin, belum pun sampai rumah, aniq bagitau satu perkabaran yang menyesak jiwa, "mama, makcik biah nak jaga takat bulan ni saja."

aduhhhhh!!!!!

pagi tadi masa hantaq anak-anak aku minta kepastian dengan kakak tu. dia kata penat dengan kerenah anak-anak aku. esp aniq dgn ashraf yang sentiasa nak bergaduh. what can i say, aku sendiri pun penat dengan depa. huhuhuhuhuh........

so....i'm back to square one. nak kena cari pengasuh baru le nampak gayanya. huhuhuhuhuu....................

Friday, March 5, 2010

tinggal angan-angan

rasanya dah lama aku tak buat entry tentang kerastangan aku. sebabnya memang dah lama pun tak berkerastangan. keinginan nak buat tu sentiasa ada, tambah-tambah bila buat lawatan ke blog2 crafters, tgk hasilan-hasilan mereka yang sangat cantik dan kreatif, rasa teruja sangat nak buat juga. tapi keterujaan itu kekal tinggal perasaan semata, gagal direalisasikan, dek kerana pelbagai sebab yang sebenarnya alasan belaka. hehehe....huhuhuuh....

Wednesday, March 3, 2010

'mukabuku'

apa aku nak citer arini? hmmmmm....macam-macam ada dalam kepala ni, ikut tu semua nak dikisahkan di sini. tapi rasa macam ada yang tak wajar diluahkan. aha! bila sebut tentang ni, teringat artikel yang dibaca dalam majalah nur kemarin. dalam edisi bulan mac, dalam satu ruangan dlm majalah tu, penulisnya membahasakan diri sbg cik abang kalau tak salah, dia bercerita tentang facebook. betapa sekarang ni facebook begitu mendapat tempat yang penting dalam masyarakat kita. dari student sekolah, graduan, artis, kakitangan kerajaan, artis sampai ke bapak-bapak menteri, semua ada facebook masing-masing. macam-macam la yang ditulisnya tentang facebook ini tapi yang aku nak ulas kat sini satu benda jer iaitu tentang keghairahan pengguna facebook ni mewawarkan kepada dunia aktiviti mereka setiap masa melalui status update. aku setuju dengan komen 'cik abang' ni, (walaupun terasa juga (huhuhuhu)), betapa kita ni begitu teruja untuk bagitau kat semua orang apa yg kita dok buat, sepanjang masa. 'tengah tgk tv', 'malas nak masak', 'sakit hati dengan si dia' dan macam-macam lagi la yang kita sendiri bleh baca di laman facebook kita tu. betapa kita begitu mudah mendedahkan kehidupan kita, sampai dah tak ada privasi. dan kita sendiri yang membuka ruang dan peluang untuk diambil peluang, disalahguna dan dimanipulate oleh orang lain. bila kita kata 'on holiday at kampung' dan kita letak full adress kita dlm profile atau pnh bercerita rtentang umah kita di dalam 'wall', tidakkah itu membuka ruang untuk rumah kita dipecahmasuk (this one also hasil pembacaan somewhere tapi tak ingat di mana). so moral of the story, berpada-pada la bila ber'mukabuku'. jangan sampai ketagih, jangan sampai menggangu kerja seharian. dan jangan terlalu jujur untuk bercerita tentang diri dan keluarga. kena ada juga rasa syak wasangka supaya kita lebih berhati-hati. this advise is especially to me, myself and i.

Tuesday, March 2, 2010

de ja vu

kemarin, teman sepejabat melapor diri untuk kursus DPA di INTAN Bukit Kiara. juga jiran aku dan seorang kenalan, turut akan menjalani kursus sepenuh masa ini. maka mereka ini meninggalkan baby mereka yang kesemuanya kurang dari setahun kepada suami, ibu dan ibu mertua untuk dijaga sepanjang ketiadaan mereka untuk tempoh tujuh bulan. satu tempoh yang sangat panjang bagi seorang ibu untuk berjauhan dari anak-anaknya. aku sangat faham keadaan mereka kerana aku telah melalui tempoh itu. pada ketika itu ashraf baru berusia tiga bulan dan aniq dua tahun. memang satu pengalaman yang sangat meninggalkan kesan. dan tidak mahu kuulang lagi. walaupun sepanjang tempoh tersebut ada suka, ria, gembira namun apabila telah bergelar isteri dan ibu maka apalah maknanya kegembiraan kalau tiada suami dan anak-anak di sisi.

    modul yang paling digeruni - modul tentera.
   (tidur atas tanah selut dgn pacat sambil dakap m16.)

    semasa menjadi pegawai polis untuk dua minggu.

dan pengalaman yang paling aku tak akan lupa sampai bila-bila adalah pengalaman menumpang a total stranger balik ke kedah dari kl. semuanya semata-mata kerana mahu melepas rindu pada insan-insan tersayang. tapi bukanlah semberono naik keta org, aku tilik, tgk, perati dulu. dan bukanlah keta persendirian tapi kereta jabatan. alkisahnya masa tu kat stesen bas jalan duta. aku nak balik ke sungai petani tapi malangnya tiket dah abih. aku mmg tak beli siap-siap sebab tak tau pukul berapa boleh ada di stesen bas sebab kena pi sukan dulu setiap hari sabtu. after that baru bleh balik. so setiap sabtu yang nak balik aku gamble la kat stesen bas, dgn harapan akan dapat tiket bas yg akan bergerak ASAP. so berbalik kepada hari kejadian, tiket utk siang tu abih, yg ada malam. still tak mau mengalah aku tunggu juga kat depan kaunter bas tu, sambil menyusun my next plan of action. tetiba adalah seorg hamba Allah ni mai tanya aku, kat mana nak beli tiket nak pi sungai petani. aku pun bagitau la kat dia kaunter yang berkenaan dan bagitau juga yang tiket dah abih. rupanya dia nak pi kursus di INTURA dan perlu lapor diri petang tu juga. dia tanya aku, tau ka INTURA kat mana. of course la aku jawab aku tau dan memang aku tau pun (PAC 2 kali kat situ). and then dia semawa aku naik keta pajero jabatan dia, tolong jadi tukang tunjuk arah. aku pun ibarat org mengantuk disurung bantal, setuju la. tp aku minta izin dulu dgn my hubby, explain semuanya and bila dia bagi berangkatla kami ke sungai petani. maka, alhamdulillah, that weken i can be with my familly. yippy!!!!

    modul bomba - our sidang 1st outdoor modul.

    i'm really, really not made to wear uniform. buruk nooo..ngupenyer.

    my support group - hot mamas of sidang b.

tapi itu cerita happy ending, yang sad ending pun ada juga. dah sampai stesen bas tiket habih langsung. terpaksa patah balik ke asrama yang sunyi sepi. dah la malam, tawakkal jer naik teksi sorang-sorang. air mata tu toksah katala, bercucuran bak paip pecah. call hubby pun teresak-esak cakap dlm handpone. huhuhuhu....

    atas wheeler - sedang merentasi selat melaka (kat lumut).

    puncak gunung ledang masa modul kecederaan diri  kecergasan diri. I MADE DID!!!

itu la antara memori suka duka yang aku lalui sepanjang tempoh enam bulan tu. aku percaya setiap orang yang menjalani kursus itu, pasti ada cerita masing-masing untuk dikisahkan.

    sidang b.

so to my friends yang akan berkursus tu, aku doakan mereka diberi kekuatan dan ketabahan untuk menjalani tempoh ini. memang ia mencabar, tapi Insyaallah, Allah akan sentiasa bagi kemudahan pada kita selagi kita percaya dan yakin padaNYA. sokongan famili dan kawan-kawan yang senasib pasti dapat membantu kalian melalui semua itu.

    konvo DPA. yeay!!!

Monday, March 1, 2010

it so hot!

sekarang ni cuaca sangat panas.
anak-anak semua batuk, selsema.
kipas angin non-stop berpusing.
siap la bil api bulan ni.....