Wednesday, February 24, 2010

rezeki


Petikan email daripada seorang sahabat. Terkesan di hati ini betapa aku sering terlupa bahawa rezeki itu adalah daripada Allah.

IMAN SEMUT

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:
"Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian: "Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.

Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Tuesday, February 23, 2010

adib is one year old!

kemarin, 22.2.2010, my baby boy is one year old. how's time flies! rasa macam baru jer bersalinkan dia, tau-tau dah setahun.

my dear muhammad adib akhyar, happy birthday my dear boy. may you grow up healthy and strong and smart and.....everything goods that every parents wish for their child.


Wednesday, February 17, 2010

demam

adib demam. ashraf demam. mama penat.
segera sembuh anak-anak ku sayang.....
syafakumullah.....insyaallah, amin......

Thursday, February 11, 2010

"apa yang anda sedang lakukan di ketika ini di suatu waktu dahulu?"

lets stop a while, read and ponder this. i received this via email from a friend and very touched. a very meaningful piece of writing worth sharing with all of you.

*************

Apa yang anda sedang lakukan di ketika ini di suatu waktu dahulu?

Mungkin setahun dahulu, mungkin lima tahun dahulu, sepuluh tahun dahulu atau dua puluh lima tahun dahulu. Hari ulang tahun atau anniversary diambil dari sepatah perkataan Latin anniversarius yang bermaksud suatu hari bagi memperingati peristiwa lepas yang berlaku pada hari yang sama di dalam setahun.

Sebagai contoh, majalah GLAM menyambut ulang tahunnya yang ke 4 bulan ini. Pencapaian majalah yang penuh dengan sophistication dan elegence ini, sepanjang empat tahun yang lepas amat membanggakan. Di sini semua pembaca GLAM ingin mengucapkan tahniah. Semoga majalah ini akan terus popular dan bertambah jumlah pengedarannya. Pada masa yang sama, di dalam masa empat tahun juga, dunia terus berputar dan kalau anda berada di planet Utarid yang juga dikenali sebagai Mercury, empat tahun di Bumi bersamaan 16 tahun setengah di sana.

Sepanjang empat tahun yang lepas, menurut statistik seramai kira-kira 530 juta orang manusia telah dilahirkan. Dan ada kira-kira 227 juta kematian. Penduduk Bumi pula telah bertambah seramai 306 juta orang.

Anda dan saya, yang ketika ini membaca artikel ini nampaknya tidak berada di dalam statistik di atas. Tetapi angka-angka di atas adalah catatan kehidupan sebenar yang berlaku sepanjang empat tahun yang lepas, samada kita sedar ataupun tidak. Samada kita peduli ataupun tidak.

Jangan sekali-kali kita merasa confuse tentang kehidupan peribadi dan kerja kita. Sedikit peringatan tentang kerja kita (yang kita bangga-banggakan, kadang-kadang), pengalaman dan skill yang kita ada. Buat pengetahuan anda, di luar sana ada beratus-ratus orang yang punya kelayakan, kemahiran dan mungkin bekerja sama seperti kerja yang kita lakukan sekarang. Mungkin ada di antara mereka yang melakukan kerja itu dengan lebih baik lagi. We are not indispensable. Kalau kita tiada, amat mudah peranan kita dan tempat kita untuk diganti. Itu adalah fakta.

Tetapi kehidupan peribadi yang anda miliki adalah sebuah kehidupan yang unik dan hak milik anda seorang. Di dalam dunia ini hanya ada seorang anda. Yang punya nama, rupa paras, kehidupan sosial, latar belakang, fahaman, perhubungan, dan lain-lain. Anda jugalah yang bertanggung jawab pada kehidupan peribadi anda secara keseluruhannya. Seperti yang dikatakan tadi, tiada duanya kehidupan peribadi ini.

Kehidupan kita ini bukan sekadar masa di pejabat dan tempat kerja, di dalam kereta ketika mengharungi traffic jam setiap hari atau di depan skrin komputer. Bukan juga ketika kita menghadiri mesyuarat dan membuat keputusan mengenai strategi perniagaan dan hala tuju syarikat kita. Kehidupan kita bukan cuma membayar bil-bil tertangguh setiap bulan. Kehidupan ini bukan hanya sekadar yang rutin. Kehidupan yang disebutkan tadi cuma kehidupan di fikiran kita. Yang sentiasa bermain di benak kita.

Bagaimana dengan kehidupan di dalam hati dan jiwa kita? Jarang benar di waktu ini orang bercakap tentang jiwa dan hati. Tentang jiwa dan perasaan. Kehidupan rohani. Kita semua terlalu leka dan sibuk dengan kerjaya dan risau tentang mencari wang mata pencarian, sambil lupa yang bezanya antara kita dan orang lain ialah tentang hati dan jiwa, tentang hati dan perasaan.

Ini satu soalan cepugangsa: Sila nyatakan resume anda? Saya tidak bermaksud resume pengalaman kerja dan taraf pendidikan anda.

Kalau sayalah, begini yang boleh saya nyatakan. Saya ini ialah seorang bapa kepada empat orang anak. Dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak membiarkan kerja resmi saya menjadi penghalang kepada tugas saya yang lebih besar iaitu menjadi parent yang hebat dan bertanggungjawab. Saya cuba bersama anak-anak di waktu pagi menghantar mereka ke sekolah dan bersama mereka di waktu makan malam. Mendengar cerita-cerita mereka. Melayan kerenah mereka. Saya adalah hero kepada anak-anak saya.

Saya juga menjadi sahabat karib isteri yang tercinta. Saya cuba segala yang terdaya untuk megisi segala janji-janji yang telah saya lafazkan dahulu. Saya akan berterus terang. Saya akan memohon doa kepada Tuhan pada waktu siang dan malam supaya akan dapat terus bertahan menghadapi segala ujian dan rintangan.

Saya akan terus menjadi seorang anak yang baik kepada ibubapa saya. Saya juga akan berusaha untuk terus menjadi seorang yang bertanggungjawab di kalangan ahli keluarga, saudara mara dan masyarakat sekeliling saya. Saya akan terus menjadi sahabat dan rakan karib kepada teman-teman saya. Seperti kata orang sekarang, ?saya akan lakukan yang terbaik?.

Nasihat ikhlas kepada kita semua: Get a life.

Carilah kehidupan yang punya hati, jiwa dan perasaan. Kehidupan yang berteraskan keikhlasan dan kejujuran. Kehidupan yang bukan sekadar untuk berlumba untuk naik pangkat serta mendapat gaji yang lebih lumayan, rumah yang lebih besar, kereta idaman, dan terlalu asyik membeli belah aksesori yang glamor. Kehidupan yang bukan sekadar yang itu sahaja.

Kalau anda belum bertemu kehidupan yang saya maksudkan, anda perlu berhenti sejenak untuk menikmati kehidupan yang sebenar. Pernah anda menyedari betapa cantiknya bulan penuh yang mengambang? Betapa indahnya suasana di waktu matahari terbit. Anda pernah menghidu bau rambut anak-anak anda, atau menghargai warna iris mata mereka? Betapa manisnya senyuman si dia. Betapa kasihnya ibubapa kita kepada kita. Dan macam-macam lagi yang kita sudah terlupa.

Jadi apa yang ditunggu lagi. Jangan tunggu hanya ketika kita terlantar di atas katil hospital, baru kita mahu menghargai nikmat kehidupan ini. Things happened. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku esok hari. Kemalangan, bencana alam, krisis rumahtangga, politik dan ekonomi. Berita-berita ini ada pada setiap hari di dalam akhbar-akhbar. Kita tidak ambil peduli kerana itu berita orang lain dan tiada kena mengena dengan kita. Tapi seperti kata Murphy's Law, "Whatever can go wrong, will go wrong". Tidak mustahil ia tidak akan berlaku kepada kita.

Dapatkan kehidupan yang sebenar. Seperti kata Anna Quindlen pemenang hadiah Pulitzer, "Get a life in which you are not alone. Find people you love, and who love you and realize that life is the best thing ever, and that you have no business taking it for granted." Kehidupan ini lebih manis kalau dikongsi bersama orang yang tersayang.

Kita harapkan bila kita mengenangkan kembali tentang kehidupan yang kita pilih di ketika ini suatu waktu dahulu, kita sepatutnya tersenyum dan bersyukur. Kita telah memilih kehidupan yang sebenar.

Saya akan akhiri kali ini dengan goresan tinta Fatimah A. J. Mohammad:

For every day that we must
struggle through life's test,
there is nothing we can't handle
if we remember Allah knows best.



-Glam-
****************

Wednesday, February 10, 2010

the wonder of human brain

try this out.

***************************
Count every " F" in the following text:


FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS...


(SEE BELOW)


HOW MANY ?



WRONG, THERE ARE 6 -- no joke.
READ IT AGAIN !
Really, go Back and Try to find the 6 F's before you scroll down..


The reasoning behind is further down.



The brain cannot process "OF".
Incredible or what? Go back and look again!!



Anyone who counts all 6 "F's" on the first go is a genius.
Three is normal, four is quite rare.

###########################

Olny srmat poelpe can raed tihs.
cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit a porbelm.


Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs psas it on !!


Psas Ti ON !
 
***************************************************************************
 
menakjubkan bukan. subhanallah...


Monday, February 8, 2010

adib

sekejap jer dah hampir setahun umur adib. macam baru jer lagi mama kena tahan kat wad seminggu kerana bacaan gula dalam darah tinggi. rasa macam baru jer dok tengok adib belajar meniarap. sekarang, dalam usia kurang dua minggu setahun, adib dah pandai panggil abah, mama, abam. adib dah mula berani berdiri sendiri, dah mula menapak setapak dua. adib juga dah makin ramah, bercerita itu ini dalam bahasanya yang tersendiri. setiap kali mama balik kerja, pasti dia akan menyambut mama di pintu, sama ada dengan senyuman atau tangisan, minta didukung. dengan gigi empat batang, senyuman adib sentiasa membuat mama kerinduan. dan bila abang aniq dan abang ashraf bermain, pasti dia akan memerhati, belajar dan bila mereka berkejaran di dalam rumah, dia juga akan turut serta merangkak, mengekor abang berdua. adib, dah besar anak mama.....



Tuesday, February 2, 2010

blackout

for the 1st time in my 5th years working at komtar, the whole building went into blackout this morning. the reason? the main power supply at sungai pinang had broke down yesterday afternoon. no wonder yesterday, the trafic was so bad, most of the trafic lights at the heart of g'town was disfunction.
luckily i'm not trapped in the elevator. nearly an hour komtar was out of commision. what a luck, the shops were not open yet.
hmmmmm...kenapa la tak jadi lelama sikit. leh gi shopping. hehehehehe.....