Friday, January 29, 2010

bangganya!!!!

awal minggu ni (lambatnya aku!), TPM kita yang merangkap menteri pelajaran malaysia mengumumkan 20 sekolah berprestasi tinggi (SBT). dan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) tersenarai di antara 20 itu. yey!!!! bangganya!!!!!! walaupun dah hampir 15 tahun meninggalkan sekolah, namun kenangan tu tetap kekal rapat, bagai baru jer semalam berlaku. tambahan pula itula pengalaman pertama aku dok asrama. dan di situlah terjalinnya persahabatan yang sangat bermakna yang sehingga kini terus kukuh walaupun masa dan jarak memisahkan. hmmmmmmmmmmmmm.................rindunya zaman itu.

KIM, KIK, KISAS..
Kolej Islam Sultan Alam Shah
harum namanya semerbak mewangi
........................................
(tak ingat dah lirik ni).

20 SBT

Wednesday, January 20, 2010

PTG Nite - Gorgeous Black, Dazzling Red

let the pictures do the talking.
(by da way all the pics i got from my friends fb. i didn't bring my own camera. that's why theres very few pics of me).


sabtu yang penuh

betul ker tajuk entry ni? belasah jer la....hihihihi....

tapi memang sabtu yg baru lepas ni penuh dengan aktiviti. ianya bermula dengan ketibaan tetamu pada hari sebelumnya - angah and her family, acik dan yaim. datang bercuti-cuti malaysia. then malam tu my abah plak sampai dari kl. so bayangkanlah kepenuhan rumahku yg sedia sesak tu. bersusun anak-anak angah, including the parents tido kat ruang tamu (termasuk hero aku, aniq & ashraf).

pada hari kejadian, mula-mula plan nak pi mandi kolam kat taman belia. aku pun dengan semangat waja menggoreng bihun sekuali untuk dibawa bekal berkelah. namun apabila melihatkan keadaan anak-anak yang telah berhingus hidung dan batuk-batuk, terpaksalah batalkan rancangan tu. takut nanti ada yang demam terus. nasib baik anak-anak paham bila dibagitau tak jadi pi kolam. risau gak ada yang mengamuk sebab memang dah janji dari malam sebelum tu. bila plan asal tak jadi maka terpaksala pikirkan alternatifnya. my bro-in-law cadangkan pi zoo taiping. reject. sebabnya walaupun sejam bleh sampai, aku ada agenda lain malam tu, takut terkejan-kejan sangat. tak enjoy kan. so mana tempat yang sesuai utk bawa 4 orang kanak-kanak ribenna ni berjalan? setelah berbincang akhirnya my abah decide, taman rama-rama teluk bahang.


huiii...boleh tahan juga rega tiket dia - rm10 utk dewasa, rm5 untuk kanak-kanak 4-12 tahun. so dengan 7 dewasa dan 4 kanak-kanak (lagi 2 baby so FOC) mau dekat seratus juga. but luckily, my abah dpt half price sebab senior citizen and aku ada kad pacific, dapatla diskaun rm2 utk yg lain.


ini merupakan kali kedua aku pi sejak aku jadi orang pulau ni, so tak la exited sangat. walaupun ada penambahan dan perubahan tapi mostly it's still the same. tp yang penting anak-anak seronok and enjoying themselves. adib pun asyik melambai-lambai tangan dia, nak pegang rama-rama yang berterbangan. sayang juga sebab tak ada gambaq yang diambil sebab aku sibuk mengendong adib. by the way my hubby tak join this outing sebab kena pi sekolah.


selesai melawat taman rama-rama tu, maka masa untuk jalan-jalan cari makan plak. cadangnyer nak makan seafood, tapi dh bukan rezeki kedai yang dihajati tak buka. pusing satu pekan teluk bahang tu, tak ada kedai yang sesuai. last-last rezeki kami aritu adalah mee sotong dan coconut shake padang kota lama. sebenaqnya dah lama aku teringin nak rasa mee sotong ni sebab keglemerannya. bila dah rasa, bolehla. keunikannya adalah pada sambal sotong yang ditaruk atas mee dan warnanya yang merah menyala. tapi bagi aku yang best adalah coconut shake. itu mmg my favourite drink. tringat zaman kat nilam puri. setiap kali pergi kb atau pasir mas wajib aku beli.

lepas makan, bagi peluang kat anak-anak main kat playground yg ada dekat foodcourt padang kota lama tu. memandangkan orang tak ramai, mama pun join sekali, lepas gian....hehehehe....

sampai rumah semua keletihan. bagai dilanda garuda semua tumbang menyembah bantal.

then pukul 7 malam aku mula pasang badan, nak pi annual dinner pejabat. aku akan buat entry spesel untuk itu, tunggu....alhamdulillah, masa aku dan hubby nak keluaq, ashraf dengan adib tido, so tak la ada drama swasta. aniq nak ikut juga tp bila dibagitau elok-elok yg budak-budak tak bleh pi dia paham. so malam tu nenek dengan kakikwan jadi babysitters. terima kasih mak and abah. i really appreciate it.
as for my sisters and brother, after me and hubby left for the dinner, they too left for jitra.

so that's the end of our sabtu yang penuh.....

nota:
semua gambaq adalah ehsan en. google.

Wednesday, January 13, 2010

Tuesday, January 12, 2010

baju oh baju

aku ni tengah kompius nak pakai apa untuk anual dinner pejabat this coming saturday. the theme is red and black. aku ada banyak baju merah, baju hitam dan baju merah hitam. tapi baju lama, dah pakai selalu. so kalau bleh nak ler melaram baju baru. bila lagi nak mengglemerkan diri...pakai baju bling bling. tak nak kalah dengan anak-anak buah.

aku dah jenjalan kot kedai-kedai dekat pejabat ni tapi tak ada yang berkenan di mata. online pun survey juga still masih tak jumpa yang sesuai - sesuai di mata, sesuai di badan dan sesuai di beg duit. ajak hubby bawa pi shopping, dia kata pakai yang ada sudah la. huhuhuhu..... nak baju baru, nak baju baru......

kalau la dapat baju ni;




atau yang ini;


atau yang ini;



hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm........................

Tuesday, January 5, 2010

2010

rini 1st day kerja for 2010. kemarin cuti atas alasan nak uruskan pendaftaran tadika aniq (yang sebenarnya hanya mengambil masa satu jam sahaja). memandangkan anak2 kat rumah pengasuh, *wink, wink*, the rest of the day, rehat sambil layan cd citer 27 dresses. yes...i know, citer lama but i like.... petang pi jpj (yang line beratur punyala panjang sampai berlapis-lapis. luckily, urusan aku tak termasuk yang kena beratur panjang so selepas setengah jam, setel).

on da last day of 2009, me and my hubby pi setelkan kad kredit. pi terminate kad-kad kredit yang banyak dan tak pernah guna. ni gara-gara terpengaruh / kesian (my hubby punya ayat) dekat org yg promote kad kredit tu masa jenjalan kat shopping kompleks. huhuhuhu... pemerhatian aku mendapati pada hari itu, bukan kami berdua jer yang nak 'potong' kad kredit. ramai rupanya. aku rasa mungkin sebab tax yg kerajaan umum bajet lepas.

dan petang tu aku dapat my birthday present. hehehee....actually my hubby dah lama berkenan. pi survey merata untuk bandingkan harga dan spesifikasi. akhirnya pada petang menjelang tahun baru, dia bertemu pilihan hatinya di harvey norman. memang suprised abih. sebab masa dia amik aku petang tu, dia biasa jer. tau-tau, dalam pukul 6 lebih depa mai pasang di rumah. tv plasma panasonic 42 inci. memang puaih hati la  dan walaupun kegunaan bersama tapi sebab beli masa birthday aku so kira birthday present aku la kan....hehehehehe...aci tak lagu tu.


our new tv (in view, my favourite cartoon series - capten captain planet)


ok, recap 2009;
aniq mula pergi tadika, giving birth 2 my 3rd boy, got promoted to 44 (memangku), jadi OKB sekejap, ...........itu jela rasanya big events tahun ni.

untuk tahun 2010;
hope for the best in everything - personal, family, career. and driving my own car. soon. insyaallah...amin.