Wednesday, December 30, 2009

my day

'today is my day
today is my birthday
happy happy happy birthday to me'


wishing and hoping thats nothing will make me down today.
amin..................


update:

pictures of my birthday get-together with officemates.



from left; pn. aishah, cik fara, en. izwan, en fauzi


the vip of the day, mr. 'cappucino cheesecake'.


me, aishah and fara


pn. sue and pn. nor


happy couples - fauzi & ifrah, azie & firdaus

Tuesday, December 22, 2009

update - nanny found


remember this? alhamdulillah, dah dapat pengasuh baru. agak jauh dari rumah (yg sebelum ni in the same building) tp still in walking distance, and paling syok depan tadika aniq. so selesai masalah dia nak commute ke sekolah. jalan kaki jer la pergi dan balik. pastu yang lagi best, dia jaga anak2 aku jer tiga beradik. anak-anak dia sendiri paling kecik pun sebaya aniq. dah try hantaq minggu lepas, nampak tu ok. aniq dgn ashraf tak ada masalah nak adapt. adib jela, akan takes time sementara nak biasa.

bayaran...belum diputuskan. dah tanya, dia kata terpulang kat kami. hubby tak mau la macam tu, takut2 nanti dia tak puas hati plak. so dia minta kak tu discuss dengan husband dia berapa nak amik.

another update, adib dah mula tumbuh gigi. kemarin dua batang gigi depan (bawah) mula menunjukkan dirinya. punyala cranky nak tumbuh gigi tu. sampai mama terpaksa EL la kemarin walaupun dah siap2 pakai baju nak mai opis. malam tadi pun adib gelisah, tak boleh tidur. sakit gigi plus selsema. berpusing-pusing cari posisi yang selesa, biasanya adib bila 'ngempeng' @ dakap+menyusu dia akan lena. ni dekat pukui 4 baru lena. itu pun setelah beberapa kali ubah tempat - dari ruang tamu, masuk bilik, atas katil, turun tidur kat bawah dan akhirnya masuk buai. natijahnya, pagi tadi mama bangun kesejukan, tidur atas lantai tak beralas kerana terlena masa menangguk buai. harap-harap hari ni  mood dia makin baik dan kembali menjadi baby yang ceria.

Wednesday, December 16, 2009

pertemuan semula

alhamdulillah, setelah hampir sebulan merancang untuk pertemuan ini maka pada malam ahad, 13 disember 2009, ianya terlaksana. aku, wirda, zura, kak una dan along beserta keluarga masing-masing berkumpul di rumah zura. setelah hampir 7 tahun tidak berkumpul seperti ini, memang tak menang mulut nak bercerita. masing-masing sibuk meng'update' perkembangan diri dan keluarga. walaupun dengan kemudahan sms, email, telefon, facebook tapi semua tu tak sama dengan perjumpaan live.

kisah persahabatan kami bermula ketika sama-sama tinggal di kolej 8 um (kecuali wirda sebab dia merupakan classmate aku sejak tingkatan 4). walaupun aku hanya setahun jer di sana, persahabatan yang terjalin tetap berterusan sehinggalah masing-masing tamat belajar, bekerja dan bekeluarga.

semasa di kolej dulu, orang selalu tertukar antara kak una, zura, along dan wirda. malah tak kurang juga yang menyangka mereka ni adik-beradik kerana keseirasan mereka. aku jer yang totally difference from all of them. dan sekarang anak-anak depa plak, hampir-hampir seiras semuanyer. kalau dikumpulkan dan dibuat kuiz teka anak mesti akan ada yang tersilap teka (minus mine ler...). aku tak dapat nak ingat nama anak2 depa kecuali hasya dan haziq - anak wirda dan kerol, adam dan adeeba - anak along dan yon. anak kak una dgn zura langsung tak dapat nak ingat walaupun byk kali tanya. 



suami azura, jalil with their 3rd child. sian dia, dah merah mata mengantuk tapi mama masih rancak bersembang.


adeeba - anak along dan yon. junior adib by  few week.


kak una sedang rancak bercerita.


amboi, khusyuknya zura dengan wirda...


the husbands - (dari kiri) jalil, qasim dan yon.
(yg berdiri tu anak gadis kak una).


our leader - kak una da great.


along. (also in the pic my sons -happily enjoying the sate)


anak zura dan anak-anak wirda (i forgot their names).


zura dan along.


apala yang difikir oleh wirda sampai berkerut dahi


kak una plak yg khusyuk mendengar.


zura - tuan rumah


haziq - anak wirda yang keempat


the husbands (again) - jalil, qasim, yon, khairul.

malam tu aku dihantar oleh my bro-in-law as my hubby ada hal. that's why tak ada gambaq dia. agak kecewa tapi nak buat macamana kan.

actually banyak lagi gambaq berkaitan pertemuan malam tu tapi dalam kamera orang lain. dah janji semua org akan upload gambaq2 tu dalam facebook so semua dapat tgk.

a million thanks to zura - the tuan rumah and her family kerana sudi menerima kami semua. kalau ikut perancangan awal nak buat siang, kat desa waterpark tapi tak jadi sebab ada yang ada enggagement lain. then cadang nak buat kat kedai makan. tp memikirkan anak2 yang ramai, its not a practical and suitable place. then zura volunter her house. perfect place as kat rumah zura, anak2 semua sibuk bermain, mama2 dan abah2 dapat bersembang tanpa gangguan.

after this, bila lagi dapat berkumpul macam ni tak tahu la. kenduri kawin anak2 la plak kot......hmmmmmmmmm..........


cuti-cuti malaysia @ kl

perjalanan kami bermula jam 9 malam, hari jumaat. rombongan terdiri daripada aku sekeluarga dan seorg adik ipaq dan sepupunya. memang penuhla citra tu. setiap ruang yang ada diisi dengan org dan barang. di kl, my bro-in-law and his family, yang telah seminggu berkampung di sana, were waiting for us.

ini ler beberapa gambaq yg menceritakan percutian kami sekeluarga kali ni. agak kecewa kerana hajat nak masuk petrosains masih belum kesampaian. dah sampai depan pintu petrosains tapi ramai betul orang hari sabtu tu. terpaksala batalkan hajat. insyaallah, lain tahun. amin......

day 1

@ r& r sg buloh

berhenti untuk refresh after travelling all thru the night.

@ muzium negara

aniq & ashraf - penat naik tangga


           replika kapal korek. aniq teruja tgk mesin tu bergerak. 


dengan replika kapal portugis.



@ muzium negara main entrance

@ klcc

ashraf, aniq and afif


"cepatla mama...adib dah lapaq ni"



day 2

@ planetarium



mama & adib @ balai pemandangan


dalam replika kapal angkasa



                    berebut nak meneropong.                                          'up, up, and away...............!'


ambik berkat....


"jap la...abang aniq nak cuba rasa bawa kapal angkasa ni..."


mama-mama yang kepenatan - with my biras & her daughter.


sesi berendam dlm tub.


adib, syifa' and adam




day 3

@ kl bird park

luas betul taman ni.....lotih makcik.


aniq dgn sepupunya adam.


adib yg kelaparan. makan chipsmore sampai comot.


abah dah lali. penat kepung anak-anak.

ini jela gambaq-gambaq yang diambil sepanjang di kl. xbanyak pun sebab cameraman bz jadi pengawas. biasala budak-budak, pantang nampak benda yang menarik, terus terpa. abah la yang kalut ligan, takut hilang. aku sendiri bila dah mengendong si adib, tak kuasa nak pegang kamera. kang adib plak yang jd cameramannya.
alaupun ada hajat tak kesampaian, and aku tak sempat nak menyoppingkan diri, aku happy sebab tercapai juga hajat nak bawa anak2 berjalan. n paling best, agenda reunion yang dirancang sejak awal cuti sekolah berlangsung dengan jayanya. walaupun sekejap tapi cukup bermakna. i'll post special entry about that.

cuti sekolah masih berbaki. kalau abah ok, nak ajak pi berkelah la plak. dah lama tak pi pantai. menarik, menarik.....hehehehehe.....

Tuesday, December 15, 2009

holiday blues...

arrived home from kl around 4 am this morning.
almost didn't come to work, but thinking about the pile of files nearly as tall as me waiting to be settled i pushed myself to get out from bed.
at office, still waiting, and searching for motivation to finished all the work.
huhuhuhuhuuhu...
this day isn't finised yet but i'm already thingking about the upcoming long weekend.
thursday...plez arrived soon.......................
hmmmmmmmmmmmmmmmm...............

p/s: will post other entry about trip to kl. when the mood is in.

Friday, December 11, 2009

jom jalan!



going to kl tonite.



plannyer:


sabtu - melawat petrosains.



ahad - (siang) ziarah nenek mah dgn kakek ut.



ahad - (malam) perjumpaan dengan member-member kolej 8 um.



very excited and looking forward to this trip.


cuma tak tau mana nak stay sepanjang di sana. ada ramai sedara-mara di sana. kawan-kawan pun  ada si serata kl dan kawasan sekitarnya, but my hubby prefer staying at hotel. yela, semua tu sedara aku, kawan-kawan aku so dia rasa tak selesa. ikut aku nak duduk rumah mak menakan aku jer. rindu sangat kat dia. dah la jarang jumpa, bila jumpa tak sempat nak bersembang lama-lama. rumah dia pun bukan ada sapa. dia tinggal berdua jer. tp dah suami kata nak dok hotel, ikut jer la....tak kisahlah. janji enjoy......

Thursday, December 10, 2009

terseksa

semalam masa kena tinggai sorang, aku ambik kesempatan ber'mukabuku'. tapi connection teruk, dapat update skit2 jer. nak upload gambaq pun, terhenti sekerat jalan. my hubby updated me with the news on the kids. aniq menangis, teringat kat mama, sedih mama tinggai sorang2. ashraf ok. adib, tunjuk perasaan - tak nak minum susu, tak nak tido, merap, nak didukung. sian anak-anak mama....

time tido, ingat dapat la tido lena tanpa gangguan. how wrong! aku asyik terjaga sebab tak selesa, sakit. susu mula membengkak. habih basah baju.

n pagi ni, makin teruk. rasa sakit, berdenyut-denyut. walaupun perah, still sakit. kesannya satu badan rasa tak selesa n mula rasa nak demam. so pagi2 tadi dah telan panadol 2 biji. huhuhuhuhu.......

sekarang, just counting da time to be back home. hopefully by the time i'm home my baby dah balik......

Wednesday, December 9, 2009

kena tinggai

my hubby balik kampung dengan anak-anak pagi tadi. kemungkinan besar esok baru balik mai penang. tinggallah mama seorang sebab tak boleh nak cuti. my first time kena tinggai ni. bercampur-baur perasaan. sedih sebab anak-anak tak dak, espesially adib yg sekarang sangat-sangat 'merap' dengan mama. tapi teruja sebab dapat 'me-time'. hmmmmmmmmmm....tunggu tengok ler apa natijahnya esok.

Tuesday, December 8, 2009

colour city christmas giveaway


what a temptation!!!!

i love to have all those yummylicious prizes. what a treat to win this as my coming soon birthday presents (together with other presents - hopefully. ;-) ).

click  here for more info.

Monday, December 7, 2009

aniq


aniq genap 5 tahun semalam. sebagai meraikan birthday dia, mama minta paksu belikan kek dan pizza. seronok dia sebab dapat beramai-ramai dengan sepupu-sepupu dia di rumah tok.


sekejap jer rasa masa berlalu. masih teringat lagi pengalaman masa nak melahirkan dia dulu. aniq berada dalam perut mama 10 bulan. terpaksa diinduce memandangkan dah overdue. kalau ikut dia tu, lagi lama agaknya dalam perut mama sebab mmg tak ada sebarang tanda dia nak keluaq. dia lahir pada penghujung syawal, memang mama puas la beraya. bahkan sehari sebelum melapor diri di hospital aloq staq utk diinduce sempat lagi pergi beraya ke rumah sepupu, pergi window shopping kat city point dan makan pizza hut. masa di hospital, aniq hampir-hampir nak kena keluaq kot tingkap sebab bukaan tak cukup walaupun dah hampir sebotol ubat dimasukkan. alhamdulillah, kala maghrib mula menunjuk diri, aniq lahir secara normal . tp uri plak terlekat. macam-macam kan...

dan satu lagi perkara unik tentang aniq ialah, dia luruh pusat pada hari ke 44. sehingga kini tak ada lagi baby yg dapat lawan dia (di kalangan kaum kerabat aku la).

harapan mama, aniq akan membesar menjadi anak yang soleh. contoh dan teladan yang baik kepada adik-adik.

Friday, December 4, 2009

yey!!!



pagi-pagi ni buka blog tgk ada msg kat shoutbox. i won a giveaway by anjungkraf. sukanya!!!!

Wednesday, December 2, 2009

nanny wanted!!!

masih lagi nanny-less.
arini ari ke-2 my hubby jaga anak-anak di rumah, jadi house-husband. nasib baik cuti sekolah.
petang ni, my hubby ajak pi nanny hunting. so kena balik awai. hai..........harap-harap ada la.