Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidil Adha


Selamat menyambut aidil adha. Esok dah cuti sampai Isnin, Selasa baru masuk opis balik. YESSSS!!!!!!


balik ni nak rehat, tak nak pikir pasal kerja. tak nak pikir pasal pengasuh. nak enjoy makan kenduri.


see u next week......


Tuesday, November 24, 2009

sweetwannurshoppe giveaway




cik wannur kita buat giveaway!!!
kali ni sempena 3rd annivesary and the opening of her new online store. double celebration ni.
tahniah cik wan!!!
so nak joinla, mana tau bleh dapat hadiah hasil buahtangan cik wannur kita yang kreatif ni (i love ur crafts!) and something dari online shop barunyer (berkenan sgt dengan dressesnyer yang sgt2 jelita, tp mine's are all boys.... :-( ).
to others, jom kita join reramai....

Monday, November 23, 2009

masih susah hati

masih belum dapat cari pengasuh baru untuk my kids. last saturday, aku pi rumah my previous nanny. bila disampaikan hajat aku yang amat besar itu, sambil ketawa dia kata dia tak sanggup nak terima. sebabnya sekarang ni dia dah jaga tujuh orang. so kalau dengan anak aku jadi sepuluh - memang tak menang tangan....dan aku pun akui hakikat tu. so i'm back to square one. huhuhuhu....sedihnya....

Friday, November 20, 2009

susah hati

pagi tadi dapat tau kakak yang dok bawa van sekolah anak saya dah tak nak angkut budak tahun depan.

susah hati......


pagi tadi juga, my babysitter bagitau dia nak berenti, keja takat bulan ni saja.

lagi susah hati....


bila dah mai serabut perut ni buat keja semua serba tak kena.

huhuhuhuhuhu.................. :-(


update: baru dapat tau yang my bos nak pi seminar 2 hari next week, leaving me incharge of my unit. dengan situasi pejabat sekarang, TAMBAH SUSAH HATI la........
waaaaaaaaaaaaa!!!!!! nak nangis......!!!!!!!!!!!!

Thursday, November 19, 2009

A.B.A.H.


abah dgn mak di suatu pagi hari raya




hari ini hari ulangtahun ke 55 my beloved abah. pagi-pagi tadi lagi aku dah sms kat dia, wish happy birthday. alhamdulillah, abah masih lagi sihat dan kuat. masih bekerja pun lagi. dan untuk tahun ni abah mendapat hadiah istimewa sempena birthday dia ni, dinaikkan pangkat ke jawatan tertinggi bagi perjawatannya. namun ada harga yang perlu dibayar, iaitu terpaksa berjauhan dengan kami di utara ni kerana untuk post tu hanya ada di Kuala Lumpur. ini merupakan kali ke tiga abah diposting jauh dari keluarga dalam tempoh enam tahun. pertama kali pada 2003 di pulau pinang, kemudian di shah alam (tahun tak ingat) dan sekarang 2009 di kuala lumpur. semuanya kerana kenaikan pangkat. takpala abah...setahun jer.





our happy family



abah banyak keistimewaannya. dia cukup suka dengan budak-budak. malahan dia tidak kekok untuk meng'handle' baby yang baru lahir. walaupun dia nampak garang (memang garang pun bila marah) namun cucu-cucu tetap manja dengan dia kerana dia suka melayan kerenah mereka. dia juga seorang yang minat dengan gardening, interior designing dan paling spesel memasak. kalau ikut cerita mak aku, kalau tidak kerana arwah tok menghalang, abah mungkin dah jadi chef besaq sekarang. dia juga suka buat kenduri, majlis makan-makan, tak kira sama ada di rumah atau di pejabat. satu habit/hobi abah aku ialah dia cukup suka mengumpulkan benda-benda yang unik. dari jenis cutlery, dishes, vases, hiasan rumah sehingga ke periuk belanga, asal nampak yang lain daripada yang lain pasti dibelinya. bab shopping memang menang dia dari mak aku. abah juga suka berjalan/bersiar-siar. masa kami kecik-kecik, hampir setiap petang, kalau dia kelapangan dia akan bawa kami bersiar-siar dengan kereta. abih ceruk kampung kami masuk, sightseing. sekarang ni giliran cucu-cucu dia plak merasa semua tu. dan abah aku ada panggilan istimewanya yang aku rasa memang tak ada yang serupa di dunia ni (ye ker.....) iaitu 'kakikwan', nama panggilan oleh cucu-cucunya.



kakikwan dengan aniq dan ashraf
(my most favourite pic)





disempena ini, aku memanjatkan doa ke Hadrat Ilahi, mendoakan abah aku semoga dia dipelihara sentiasa, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan, dipanjangkan usia oleh Yang Maha Esa untuk menghayati nikmat kehidupan bersama isteri, anak, menantu dan cucu.





"abah...., along sangat sayang abah.........!"


Sunday, November 15, 2009

bila larut malam



sekarang ni pukul 2 pagi. anak-anak semua dah tido. cik abang tak ada, ke key el. so inila masa nak bermukabuku. dah lama juga aku tak menggodek laptop cik abang aku. sejak kejadian aku menyebabkan kerongakan pada keyboard laptop ni (adib yang buat sebenarnya, tapi salah aku tak jaga dia betul-betul...huhuhuhu), aku jadi tawar hati nak guna. yelah.....rasa bersalah sangat. nasib baik tawaran aku nak gantikan dengan laptop baru ditolak, kalau tidak kopak la maklong....

esok pagi ada majlis konvokesyen tadika aniq. nasib baik buat kat masjid negeri jer, jalan kaki pun sampai. aniq belum lagi nak konvo, dia baru lima tahun tapi dia terlibat dengan persembahan. beria suruh mama siapkan baju melayu, sampin, songkok, nak pakai esok. actually dari minggu lepas lagi dia dah pesan. siap suh belikan lilit kat songkok. tp time camni mana nak cari. kalau masa nak raya puasa tu melambak la orang jual.

kain baju pun banyak lagi yang tak basuh. dengan cuaca yang mendung dan hujan ni, baju yang disidai lambat kering. yela...rumah tak dak tanah, so jemur pun dalam rumah jer. jadi kena la tunggu baju yang dah basuh kering dulu baru bleh basuh yang lain. lepas tu citer baju yang nak gosok untuk pakai pi kerja plak. nasib baik la minggu ni minggu last sekolah, so sebulan lebih nanti just gosok baju sendiri jer. lega banyak.........................hehehehe...

Tuesday, November 10, 2009

me & my family



mula-mula berdua...,
(2004)






kemudian bertiga......,

(aidiladha 2005)








berempat....,

(aidilfitri 2008)










sekarang berlima....


(jun 2009)

(aidilfitri 2009)





berenam...?








insyaallah....3 tahun lagi.

;-)

Monday, November 9, 2009

menjana pendapatan

sekarang ni rata-rata orang bercakap tentang side-income. dengan keadaan kos sara hidup yang makin meningkat maka ramai yang cari peluang untuk tambah duit. mungkin ini jugalah sebabnya MLM makin meriah bak cendawan tumbuh. kalau dulu ada berapa jenis jer direct-selling yang kita dok dengaq, lani dah tak terkira. macam-macam barang lak tu yang dijual, ubat-ubatan, barangan kegunaan harian, penapis ayaq, alat solek, aromaterapi,...........macam-macam la. malah yang tak ada barang pun ada, sebaliknya jual idea. barang tu sekadar syarat. walaupun aku ni ahli beberapa company yang buat direct selling ni tapi aku join atas dasar nak tolong kawan yang promote (kesian sebab dah beria mengajak) dan untuk kegunaan sendiri jer. itu pun beberapa bulan sekali baru beli. mungkin aku ni skeptikal tentang direct selling ni, sebab berdasarkan pemerhatian aku terhadap mereka yang di sekeliling aku, kebanyakannya yang join sesuatu company, buat hanya separuh jalan. bila ada company baru yang muncul, join plak yang tu. so tak nampak sangat kejayaan mereka dalam MLM ni. namun aku tak menafikan, ada juga yang berjaya, tapi itu pun setelah beberapa kali tukar company. aku rasa nak kaya dgn MLM ni, selain dari usaha, kena ada juga keserasian @ cemistry antara syarikat dan individu yang berkenaan. baru bleh berjaya.
hai...dah melalut panjang lebar plak pasal MLM ni. berbalik kepada perkara asal entry aku ni, tentang side-income. aku ni sebenaqnya bukanlah kaki bisnes. tak reti pun nak meniaga, tak pandai nak promote. tp dalam tak reti tu ada la juga cuba. 1st try masa sekolah rendah, jual nasi goreng kat kawan-kawan. dapatla 3, 4 kali jual. lepas tu berhenti sebab mak tak sempat nak masak, dia pun bekerja. lepas tu aku join persatuan, meniaga kecil-kecilan masa program sekolah. tapi paling besaq penglibatan aku dalam bidang perniagaan ni ialah masa belajaq di UM. selama 3 tahun aku di sana, setiap tahun aku akan terlibat secara langsung dalam pengendalian gerai makan semasa pesta konvo. pengalaman yang cukup best. walaupun penat yang amat, dengan tidur yang tak cukup tapi bila tengok sambutan yang diterima, segala penat lelah tu rasa berbaloi sangat. yang paling aku tak lupa, masa tahun dua, hasil keuntungan gerai kami membolehkan kami yang terlibat dengan gerai konvo tu pi 'melancong' ke genting highland dengan percuma. itula 1st time aku naik genting, main roller-coster. hmmmmm.....teringatnya zaman itu.......................
dan sekarang....aku cuba meniaga lagi. kali ni memang aku terlibat seratus peratus. at least dari sudut modal. apa yang aku meniaga? tudung. aku berkerjasama dengan seorang sahabat yang turut menjalankan bisnes ni. aku keluaq duit, dia supply, aku jual. selain aku sendiri bawa, aku sub kat adik-adik aku untuk bawa kat pejabat mereka. setakat sekarang, alhamdulillah, bolehla. nak kata untung, takla untung...lagi, tapi tak la rugi. sebabnya hampir kebanyakan tudung tu diambil oleh aku sendiri dan famili aku. dengan mak sendiri takkan nak jual kan.....hehehe...tapi at least, tudung tu aku dapat pada harga borong, still murah, kan? walaupun perniagaan kecil aku ni masih tak balik modal, aku rasa seronok. so sekarang ni aku rajin surfing blog2 yang jual tudung ni untuk survey fesyen terkini tudung yang ada dan harga yang ditawarkan untuk dibuat perbandingan.
so kawan-kawan....sapa yang berminat bolehla contact aku untuk dapatkan tudung-tudung tersebut. dan tudung-tudung yang aku jual banyaknya adalah yang bersaiz besaq (bawal bidang 60', tudung instant saiz l, xl). sebabnya...kalau tak terjual aku bleh pakai sendiri. kuangkuangkuang................ ;-P (bagus tak strategi aku).

Tuesday, November 3, 2009

hasil kerastanganku

ini ler projek aku pada weekend lepas. walaupun sibuk 'bersilat' dengan anak-anak (yang kebanyakan masa amatlah menguji kesabaran aku....), aku dapat juga curi-curi menyiapkan beberapa hasilan (yang kebanyakannya adalah dalam kategori projek terbengkalai sebenarnya.)

ini koleksi sepit-sepit rambut.

actually dah banyak yang bertukaq tuan, terlupa nak snap gambaq.

close up, ini adalah ciptaan yang ditiru dari salah satu blog (aku dah terlupa blog mana, maaf yer empunya tutorial).
dah lama siap dengan diberi sentuhan peribadiku. sampai sekarang bunga ni masih bunga yang belum pasti nak jadi apa. so should i make it into sepit, brooch, or something else?
any suggestion?


ini plak my new obsession.
nama sebenaq dia cupcake purse, originated from paper and string.blogspot. untuk kelainan aku ganti cupcake dengan hiasan lain yang memang sedia ada. sapa-sapa yang nak cuba bleh sangat sebab memang sangat mudah. tutorial dia step by step and siap bg printable pattern lagi. so yang berminat, just click here.


ini gambaran yang lebih jelas untuk purse tiga beradik ni.
"bintang hatiku", "bunga ceria" & "rama-rama cantik"
mereka ni tak dak owner lagi so sapa la yang bertuah yang bakal jadi pemilik barunye yer....hmmmmmmmmmm......


ini plak handphone case.
made for a special friend. mesti dia teruja bila dapat my gift ni...
(aci tak nak syok sendiri....hihihii).


dan paling spesel, tada!!!!!
tengok muka dia, senyum pun macam telan ubat pahit jer.
iniler kekdahnye org takdak anak dara.

demikian sahajalah persembahan saya pada hari ini. sehingga bertemu lagi di lain siaran, happy blogging......