Friday, October 30, 2009

out of office

isnin depan aku akan tiada di opis sepanjang hari.

sebabnya? nak berkursus pengukuhan.

di mana? di pulau jerjak. yess...akhirnya dapat juga aku mendarat di sana. walaupun org kata tak ada apa yang menarik di sana tapi keinginan untuk pergi tu tetap tinggi. dah tengok sendiri then bolehla nak jatuhkan judgement, kan....

satu lagi yang bestnya, kursus ni adalah kursus berunsur teambuilding so modulnya adalah modul outdoor. ada absailing, flying fox, wall-climbing, jungle tracking dll. setelah lama tak buat benda-benda ni, teringin pulak jadinya. so......tunggu laporan ku nanti....

adios amigos!

Thursday, October 29, 2009

excited

i've been blog hopping this afternoon, sambil-sambil menyiapkan kerja.....well, a multitasker la katakan, sambil menyemak dokumen, sambil surfing...hehehehehehe......(ini ler kekdahnya nak bagi tak tertidor atas dokumen tu.....;-P).

sangat-sangat teruja dengan blog-blog yang dilawati yang majoritinya adalah berkaitan dengan felt and craft. tak sabar rasanya nak bereksperimen, mencuba, mereka dengan felt yang ada di rumah. last tuesday got myself several pieces of felt but no idea what to do with them yet. so now dah ada idea.......tak sabaqnya, xsabaqnya......

Wednesday, October 28, 2009

food poisoning

mangsa-mangsa keracunan makanan

yesterday, around 4 pm i received sms from my nanny, asking when my husband coming home cuz she don't feel so good. i called immediately and was very disturbed to learnt that she and two of my boys had food poisoning, and had been vomiting several times. so i called my hubby to get home ASAP. after half an hour my hubby called, telling me that aniq had been sleeping in the toilet and ashraf laying in the living room, whimpering. and the house was full of the evidence of their predicament. huhuhuu.... since it's nearly 5.30 pm i asked my hubby to get all the kids and their nanny, pick me up at office and rush to clinic. luckily at the clinic the q was short. but while waiting for the prescriptions my boys threw up again, but luckily it's all water....nasib baik, kalau tak sian kat akak yang kena mencuci tu.

arriving home, i saw the disaster. not only the living room but also the bedroom was affected. and the toilet was full with clothes, bed sheet stained with vomit. huhuhuhu.....but what to do, had to bear it all and clean up the mess.

dinner last nite was chicken soup, fried fish, telur dadar and white rice (extra water). alhamdulillah aniq and ashraf still got the appetite to eat, even ask for a second. and they kept all the food they ate. hmmm.....what a relief.

as for adib, he seem to know that his big bros was unwell and mama had to take care of them. he just observing what happen around him and playing quietly.




as for this morning, they seem back to normal. pagi-pagi lagi dah riuh-rendah dengan keletah mereka. alhamdulillah, tak berpanjangan. mama pun tak perlu bercuti dan boleh bekerja seperti biasa. hmmmmmmmmmmmm....leganya rasa.........

the culprit? nasi lemak. i've been buying the nasi lemak, mi goreng, kuih-muih for breakfest from the kakak for almost a year and nothing ever happen until yesterday. well....dah nak nak jadi cerita...........




p/s: harap-harapnya, balik nanti my hubby re'mop' balik lantai rumah tu menjadikannya lebih bersih dan wangi. amin.................................

Monday, October 26, 2009

monday................

monday blues............


not much was achieved today...........



huhuhuhuhu.....................

Thursday, October 22, 2009

i'm speachless

knock, knock!



a package for me?



hmmmm.....no postmark. unrecognizable handwriting.


so suspend ma.......







a diaper stacker?






a pot holder?










and more.......?


*tsk..tsk..tsk....* terharunya........


**************************************************************

these are my suprised this morning. what a nice way to start the day.

thanks a million pn. arni. u really made my day today.

can't wait to go home and start getting creative again.

ALLAH Maha Mengetahui Segalanya

Early this morning, exactly at 7.00 am, a very good friend of mine had undergo D&C procedure at a private hospital. According to the doctor, she was 10 weeks pregnant but there wasn't any heartbeat detected during ultrasound tests. At first, together with her husband, they went to a regular clinic for a checkup, and there they knew this situation. Seeking second opinion they went to a specialist and it was confirmed. (To know more about this case you can read here. )

So this morning the prosedure was performed. This is her first pregnancy and very excited about it since she has been married a year. But when i asked her yesterday, how she's coping with this, she said she's ok. So i prayed that she's trully is. Dear, both of you still young, there still a lot of time for kid and more kids........everything happen for a reason, just redha and sabar and pray for a better tommorrow.

Tuesday, October 20, 2009

walking on memory lane @ facebook

right now i'm following my facebook like crazy.
why? my friends from school days (specifically my classmates of 1b-2b, maktab mahmud puteri class of '92, '93) are outdoing each other uploading pictures from that era. so everybody who were in the pictures were posting comments and reliving that old times like crazy.
what an event!
eventhough i could not participate actively since my excess to the facebook is blocked by the office admin, but i still can follow the thread via email send to me by the fb team.
i cant wait to see what other suprise my friends had post today....

Monday, October 12, 2009

aidilfitri 09

memandangkan syawal belum berakhir, aku rasa belum terlambat nak post gambaq-gambaq yang diambil sekitar aidilfitri tahun ni.



uniform raya keluarga kami untuk tahun ini. dipakai pada raya pertama. tahun ni abah yang pilih kaler untuk baju dia dan hero-heronya.



pak tam (my bro-in-law) dengan aqilah (my niece)



my sisters in law - leh cari mana yang dah jadi mak org?

adib & mama

tetamu yang tak disangka - my schoolmate and also my housemate, pn. aini & her family. gara-gara terlalu khusyuk menggunakan GPS, dari Kota Bharu nak ke Batu Gajah tapi sampai ke Pulau Pinang. ;-)

dan inilah highlight my raya tahun ni. setelah sekian lama berhubung di alam maya akhirnya kami bersua di alam nyata - pn. arni a.k.a deemmumtaz and her family (ini cerita beliau). actually her hubby is my classmate (leh baca di sini). yang kelakarnya kami ni dua-dua tinggal di pulau pinang (dalam bandar yang sama lagi tu), tapi bertemunya di jitra, kedah.
actually banyak lagi gambaq tapi masih dalam camera dan belum diupload lagi. ini hanya yang diambil melalui hp. tapi tahun ni tak ada gambaq family, sama ada on my side or my hubby's.

Tuesday, October 6, 2009

birthday my beloveds

today my ashraf turns three and my hubby 32. lots of love and kisses to my heroes.





nak cari kek, nak cari kek....
nak cari kek, nak cari kek.....

Monday, October 5, 2009

Perkahwinan


Sempena anibesari aku yang ke-6 kemarin - 04102009- (dah enam tahun aku kawin...ish, ish, ish....cepatnya masa berlalu), maka di sini aku berkongsi sedikit ilmu yang aku dapat dari seseorang yang dikirim melalui email. Semoga kita semua dapat menjadikannya panduan dalam melayari kehidupan rumahtangga.

***********************************************************************************

Kata P. Ramli dalam Tiga Abdul , "sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri...". Perselisihan faham, pertengkaran dan perbalahan dalam kehidupan suami isteri memang tidak dapat dielakkan. Ia memang menjadi 'part and parcel' dalam sesuatu perkahwinan. Sekiranya ada pasangan yang menyatakan bahawa mereka tidak pernah bertengkar, bergaduh atau berselisih-faham, maka mereka sebenarnya belum sebenar-benarnya berkahwin. Kita perlu menerima hakikat bahawa pergaduhan dan perselisihan dalam perkahwinan memang pasti (dan akan) berlaku dan tidak dapat dielakkan namun tidak bermakna kita tidak boleh berbuat sesuatu untuk menanganinya. Di bawah ini, beberapa tips yang boleh kita aplikasikan bila kita berdepan dengan keadaan yang tidak membahagiakan ini.






1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk membetulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada kelemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidakpuasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Friday, October 2, 2009

Melayan Anak Ke Sekolah

(Artikel dipetik daripada http://www.kosmo.com.my/)




BERADA di alam persekolahan merupakan satu pengalaman yang mengujakan buat kanak-kanak. Ia terutama bagi mereka yang baru pertama kali merasainya.
Biasanya seawal usia empat hingga lima tahun, kebanyakan ibu bapa sudah mula menghantar anak-anak mereka ke tadika atau mengikuti kelas prasekolah. Ia bertujuan menyediakan anak-anak dengan ilmu pengetahuan asas seperti mengenal huruf dan mempunyai pergaulan yang baik dengan rakan-rakan seusia. Perkara itu sememangnya satu tindakan yang positif dan perlu dilakukan oleh semua ibu bapa.

Bagaimanapun, dalam keghairahan menghantar anak-anak ke tadika atau kelas prasekolah, sering kali terjadi beberapa kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa tanpa mereka sedari.
Kesilapan utama adalah kegagalan memberi tumpuan kepada anak-anak sama ada sewaktu hendak pergi atau ketika pulang dari sekolah.

Dalam erti kata lain, ibu bapa tidak meraikan anak-anak mereka ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah. Mungkin ia berlaku akibat kesibukan ibu bapa dalam menjalani tugas atau menganggapnya sebagai satu perkara kecil dan remeh.

Sekiranya anak-anak dibiarkan tanpa sebarang pertanyaan daripada ibu bapa selepas pulang dari sekolah, keadaan itu akan menimbulkan perkara negatif dalam diri kanak-kanak tersebut.
Mereka mungkin akan murung dan kurang ceria dengan respons yang diterima. Tindakan itu sekali gus akan menjadikan fikiran dan minda anak-anak tidak berkembang kerana sukar berkongsi pengalaman baru bersama ibu bapa.

Selain itu, anak-anak juga boleh membohongi ibu bapa dengan mudah seandainya mereka tidak dipedulikan apabila pulang dari sekolah. Apatah lagi jika kepulangan mereka hanya disambut oleh orang gaji yang mungkin sudah berusia.

Bagi anak-anak prasekolah dan yang baru memasuki alam persekolahan sebenar, sudah tentu mereka mempunyai perasaan takut dan bimbang. Justeru, pada awal persekolahan inilah ibu bapa perlu memberi perhatian serius terhadap anak-anak. Apa yang penting, setiap ibu bapa perlu memainkan peranan dengan meluangkan sedikit masa untuk meraikan pemergian dan kepulangan mereka dari sekolah.

Sebagai panduan, perkara-perkara di bawah mungkin boleh dijadikan amalan harian oleh para ibu bapa dalam menjalin hubungan erat dengan anak-anak:

Kejutkan dari tidur dengan penuh kasih sayang
Jangan sesekali mengejutkan anak anda dengan nada suara yang tinggi atau kasar. Sebaliknya, sentuh badan mereka dengan lembut dan kejutkan mereka dengan sopan.


Bersabar dengan kerenah mereka
Berdepan dengan kerenah anak-anak sebelum mereka pergi ke sekolah adalah satu perkara normal. Contohnya, ketiadaan stoking, buku dan sebagainya. Sebagai ibu bapa, anda perlu mengingatkan mereka agar menyiapkan segala kelengkapan pada sebelah malam agar tidak terburu-buru keesokan harinya.


Sarapan bersama
Jika berkesempatan, ibu bapa harus meluangkan masa bersarapan bersama anak-anak. Sambil itu, anda boleh bertanyakan perkembangan mengenai persekolahan mereka.


Hantar ke muka pintu
Apabila bas atau van sekolah sudah sampai, hantar anak anda hingga ke muka pintu. Kemudian, selepas bersalaman dan mencium mereka, lambai tangan sehingga anak anda hilang dari pandangan. Sekiranya berpeluang, cuba hantar sendiri anak-anak ke sekolah. Dalam perjalanan yang singkat itu, banyak bentuk komunikasi dapat dilakukan. Selain itu, banyak proses faham memahami dapat diusahakan. Jadikan rutin seperti itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan.


Raikan kepulangan
Sebaik mereka pulang, tanyakan apa yang berlaku di sekolah. Pasti banyak yang akan diceritakan. Ia sekali gus membuatkan mereka merasa bahawa anda bersikap prihatin dan mengambil berat terhadap mereka.


Ingatkan tanggungjawab mereka kepada Tuhan
Sentiasa mengingatkan anak agar tidak meninggalkan solat dan melakukan perkara yang baik setiap hari. Malah, anda juga boleh mengamalkan solat berjemaah untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.



************************************************************************************


"Kami nak pi sekolah."

Sebagai ibubapa yang bekerja sudah tentu tak semua syor di atas dapat dibuat. Namun bak kata bijak pandai, kalau tak dapat buat semua jangan tinggal semua. Aku sendiri tak nafikan, kadang-kadang kerana keletihan kita tak terdaya nak melayan kerenah anak-anak. Tapi seboleh mungkin aku cuba jadikan kebiasaan bertanyakan kepada aniq apa yang dia belajaq di sekolah tiap-tiap hari. Aku juga akan tanya sama ada cikgu ada bagi kerja rumah atau tidak. Selain itu spotcheck juga dibuat oleh abahnya untuk pastikan tiada barang-barang yang tidak berkenaan di dalam beg sekolah (cth: barang mainan sendiri atau org lain, alat tulis org lain). Biasalah kid being kid, walaupun dipesan jangan diambil barang org, kalau pinjam bagi balik, dia kadang-kadang terlupa (atau buat-buat lupa). Maka tanggungjawab kitala sebagai ibubapa menegur dan menasihatinya sentiasa supaya perbuatan yang tidak sihat itu tidak menjadi habit.
Bila dah jadi mama ni, baru tau betapa susahnya membesarkan anak-anak. Dan semakin meningkat usia mereka semakin terasa beratnya tanggungjawab, bukan setakat nak beri makan, pakai yang cukup tapi yang lebih besar mendidik mereka menjadi manusia, insan yang tahu baik buruk, yang beradap dan beradat, dan paling penting yang taat pada Allah.
"Ya Allah...Kau bagilah pada aku dan suami kekuatan dan kesabaran serta pandulah kami sentiasa supaya kami di dalam jalan yang betu; dalam mendidik anak-anak kami menjadi hambaMu yang beriman."