Thursday, August 27, 2009

mercun oh mercun

kenapa bila CNY xdak kes kecelakaan sebab mercun tp kalau Aidilfitri, baru puasa dah ada yg terkorban jari.....
anak melayu, kreatifnya tak bertempat, pada perkara yang bukan-bukan............
:-(

rindu


"Mama....esok mama dgn abah balik keja kita pi amik abang aniq na...."
.................
"Mama...bila kita nak balik amik abang aniq?"
........
"Mama...jomla kita pi ambik abang aniq."
......


koboi melayu



itulah, dialog yang dilagukan oleh ashraf dari petang kemarin. rindu dengan abang. kasih sayang adik-beradik...walaupun bila berdekatan sentiasa bergaduh, ber'kelaie', berebut.....tp bila berjauhan, terasa kehilangan. yelah, carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga, air pun kalau dicincang takkan putus...

moga-moga kasih sayang anak-anak aku sesama mereka masa kanak-kanak akan kekal dan makin teguh bila dewasa kelak. amin.................

Wednesday, August 26, 2009

aku dan puasa

hari ini, hari kelima kita berpuasa. tiga hari pertama puasa kami sekeluarga berbuka di kampung - sabtu dan ahad di jitra, isnin di merbuk. seperti biasa, bila balik kg aku pun bercuti dari memasak. sekadar membantu apa yg boleh. terutama di rumah mentua, dengan kakak dan adik ipaq yg merupakan pakar memasak ada di dapur, aku hanya penunggu di tepi gelanggang.
*
*
tp petang kemarin lain plak citernyer. sesampai jer di rumah terus sinsing baju 'berperang' untuk menyiapkan juadah. nasib baik suami tersayang pun sama-sama bertungkus-lumus membantu. dalam masa sejam, kami berjaya menyiapkan tiga jenis hidangan - sup ayam (hubby), sambal tumis ikan (me) dan sayur campur (hubby). supplementnya plak - murtabak (pasar ramadan) dan kuih-muih (dibawa dari kampung) dan air tebu. alhamdulillah......
*
*
hari ni? tunggu tgk macamana plak.
tp mmg i'm lucky to have a husband who is willing to join me in the kitchen and do the cooking. thanks sayang. nanti dah start sekolah pun tolong lagi tau.... ;-)
*
*
by the way, minggu ni rumah aku agak sunyi. sebabnya aniq bercuti di rumah nenek. so ashraf tinggal sorang-sorang. nak main pun dgn adib jela. tenang la skit sebab tak ada teman nak bergaduh.
tp......rindu juga kat aniq.

Friday, August 21, 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN


esok umat Islam di malaysia akan mula berpuasa.
*
*
untuk semua yang berkunjung ke mari aku ucapkan,


SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK.


sama-samalah kita memanfaatkan semaksima mungkin kelebihan di bulan yang mulia ini. moga Ramadan kali ini adalah yang lebih baik daripada Ramadan yang lalu.




Insyaallah. Amin..............

Thursday, August 20, 2009

huhuhuhu :-(


dengar-dengar akan ada pertukaran besar-besaran di peringkat negeri.

kemungkinan aku pun terlibat. kerna.....aku dah kat sini empat tahun.

huhuhuhuu.......tak mau, tak mau....

aku bahagia kat sini......

:-(

Wednesday, August 19, 2009

my latest creation

ini adalah koleksi sepit rambut yang aku buat. tak ada tema sbb bergantung kepada mood ketika membuatnya. ada yang dah lama buat. ada juga yang dah bertukar tuan. but plenty still waiting for new owner. some will go to my nieces but the rest....... so, ada yang berminat? hehehehehe......



yang ni plak felt yang telah dipotong tetapi belum tahu apa akan jadinya. most probably sepit rambut juga la (sbb itu yang aku tengah 'gila' membuat sekarang ni).



ini button yang aku dapat dari http://studioshoppe.blogspot.com/. tak tahu lagi apa hasilnya. tunggu dan lihat.



insyaallah, kelapangan di bulan ramadan nanti akan dimanfaatkan dengan 'mereka' benda-benda ni. at least dapat mengelakkan aku dari menghabiskan masa dengan berjalan2 di bazar ramadan kat bawah opis aku ni (yang tika dan saat ini telah pun bermula dengan rancaknya) dan seterusnya membelanjakan duit di situ (yela....takkan jejalan ajer, mesti akan ada yang dibeli). tadi pun dah round sekali lalu, tersangkut kat gerai brooch. nasib baik imanku masih kuat. hehehe... adatla, wanita normal mana yang tak suka shopping.....

Monday, August 17, 2009

Subuh Yang Terakhir


khamis lepas, kita semua dikejutkan dengan pemergian Ustaz Asri Rabbani ke rahmatullah. kehilangannya amat dirasai, terutama bagi pencinta nasyid. bermula dgn Nadamurni kemudiannya Rabbani, beliau merupakan insan yang amat prominen dalam industri nasyid negara kita. bagi aku suara beliau memang tiada tandingannya. sehingga hari ini setiap kali aku membaca artikel tentang beliau, perasaan sebak pasti melanda. sememangnya mati itu pasti. bila telah sampai masanya, tiada apa yang mampu menghalang janji Allah itu.
di ruangan ini, aku titipkan bait2 nasyid beliau yang menjadi kegemaran aku. insyaallah, kalau dapat akan aku uploadkan lagunya pula nanti. semoga nasyid2 beliau akan terus berkumandang menjadi wadah dakwah dan membangkitkan kesedaran dan keinsafan di hati setiap yang mendengarnya.


Al-Fatihah.......


Subuh Yang Terakhir


Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir


Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu di dada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir


Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan


Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Andai esok takkan hadir
Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat
Lafazkan rasa cinta...andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Saturday, August 15, 2009

aksi aniq & ashraf

"kami dua beradik tau..."

"yo! yo! yo!"


"sejuk.....lapo....."

"melenggang, hai melenggang, si tari lenggang..."


acap intai sapa tu....


superman naik basikal

prebet ashraf

"kamilah hero pujaan mama"

nak lari ke mana tu

the wonder of motherhood

dedicated to all mothers who BF their children. you go girls......!



for more cartoons on BF click here.

Thursday, August 13, 2009

anakku ashraf

*muhammad amir ashraf*






"ashraf....mama nama apa?"



"mama nama siti."



"siti apa?"



"siti buaya...."



SITI BUAYA?!!!!!! sabo jela.......

Tuesday, August 11, 2009

kisah sebuah harga diri


baca, nilai dan hayati....

*******************************************************************************

*sekadar gambar hiasan*


Sebelum memulakan seminar, Prof.Ibrahim mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.

"Siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim..

Semua peserta mengangkat tangan.

"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.

Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"

Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.

"Okey apa kata kalau saya buat macam ni?"

Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..

Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim.

Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.

"Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Ibrahim lagi.

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Ibrahim.

"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."

"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." kata Prof.Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.

"Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."

"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Prof Ibrahim.

Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu...

Moral: Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita.

hasil 'kerastangan' ku...

ini ler benda yang aku dok giler membuat sejak dua tiga menjak ni. thanks tu cik Arni, aku berkenalan dgn cik 'felt' and fall in love with it.


ini karya sulungku, my handphone pouch (stepler tu satu penyataan seni...hehehe);



ini plak hadiah kepada my newborn niece. i sew her name on the jumper. macamana la rupa dia bila pakai jumper ni.....mesti comei....;

baju tu aku beli kat tesco (murah jer, 50% discount), then i jahit nama ashraf. kaler oren tu dia yg pilih sendiri;



yang ni abang aniq punya. excited dia nak memakai. xsabaq2 tngu mama siap menjahit. susunan huruf agak senget, seni.....;


yang ni projek masa rehat jumaat lepas. baju raya untuk my sis daughter. adik hana punya, this friday, insyaallah...;

semua huruf-huruf tu my free handwriting. bolehla kan......mula-mula aku lakar atas kertas. bila dah dapat patern yang diingini, aku stapler kat felt, then gunting. untuk jahitan di baju, aku pakai teknik gam dan jahit. lepas aku gunting huruf-huruf tu, aku susun atas baju. bila puas hati dgn susun letaknya, aku letak gam uhu utk memastikan kedudukannya xberubah. lepas tu baru aku jahit. jahit tangan jer...i xdak mesin jahit. lagipun, aku memang suka jahit tangan...(sebenaqnya xpandai guna mesin, heheheheh).
*
*
ada lagi beberapa hasilan yang dibuat tp xamik gambaq lagi. nanti bila ada i upload kat sini.

Thursday, August 6, 2009

diam vs bising

kalau anak-anak bising, kita marah,
tetapi kalau mereka diam, kita susah hati.
...
...
...
...
dilema...dilema......

Wednesday, August 5, 2009

semalam

semalam, aku ditegur suami.
:
:
semalam, aku menjawab, aku tunjuk perasaan.
:
:
semalam, natijah perbuatanku itu ditunjuk serta-merta...
:
:
Astaghfirullah...aku telah berdosa besar.





Ya Allah, ampunkanlah dosaku.

suamiku, maafkanlah dosa isteri mu yang jahil ini.
janganlah ada rasa putus asa dalam mendidik, mentarbiah diri ini. bersabarlah...


Monday, August 3, 2009

gabra....

ptg td untuk pertama kali dlm sejarah kerja aku terpaksa berhadapan sendiri dgn YB dan sekumpulan penduduk yang marah. my immediate bos cuti kecemasan so mau tak mau terpaksa la aku yg pi. nasib baik la ada En. S. my hero, my saviour today. dia cool jer.....so aku menumpang ke'cool'an nyer.....

alhamdulillah, every thing when smoothly td. esok pagi-pagi kena ngadap bos explain kes ni. hopefully, apa yg aku jawab, terang, cakap masa perjumpaan tadi betul. huhuhuhuhu......

Saturday, August 1, 2009

KWSP - thumbs up!!!

mmg efisyen la KWSP lani.

submit last monday, today dah ada duit.

i salute you!!!!

TAHNIAH!





makcik kayooooo!!!!! (at least for a while).