Tuesday, June 30, 2009

what a day.....

kemarin (isnin), aku cuti rehat. sebabnya; i) ateh, adik aku yang belajar di mesir akan sampai. balik bercuti sehingga bulan oktober. ii) wan, my brother in law akan sampai dari medan, pulang kerana ada program yang perlu dilaksanakan.
berbalik kepada cerita (i), ateh dijangka tiba di lapangan terbang antarabangsa bayan baru pukul 8.30 am. maka malam ahad, mak dengan abang chaq (panggilan untuk adik lelaki tunggal aku) serta angah sekeluarga sampai di rumah untuk bermalam. pagi esoknya, seawal 6.30 pagi aku dah berperang di dapur, siapkan sarapan pagi. menu ringkas jer, sandwich, naget, donut. mula2 ingat nak goreng bihun tp susah nak makan 'on the go'. sambil tu memantau anak2 teruna aku bersiap untuk ke lapangan terbang. nasib baik acik (my sister) tolong uruskan adib. dengan 5 org kanak-kanak bawah 5 thn, riuh rendah juga la rumah tu. pukul 8.30 baru dapat keluaq rumah. sampai di airport, tgk mak sedara aku pn baru sampai dari kedah dgn rombongan dia, dia pn nk mai jemput anak bongsu dia. punyala lama nak tunggu depa keluaq. bayangkan, kapal terbang sampai pukul 9.18, tapi dalam 11.30 baru depa dapat keluaq. alhamdulillah, semua ok, selamat. walaupun ada batuk2 sikit, ateh lepas pemeriksaan kesihatan. sekarang kang musim H1N1, so risau jugala kot2 nanti kami semua kena kuarantin.
sampai di rumah, masing2 dah kelaparan. nasib baik nasi dah masak pepagi td, so goreng telur dadar, naget, buat sambal kicap, ulam timun dan sardin (lebihan sandwich), wallah.....siap menu tghari.
dalam pukul 1 lebih, my MIL plak sampai dengan abah dan my SIL. memandangkan depa xlunch lagi, maka sekali lagi aku masuk berperang di dapur. semua yang disediakan awal tadi dah habis so kena masak yang baru plak la. as for my family, depa semua siap2 nak balik jitra and dalam kul 2 lebih mereka pun berangkat pulang. siap jer masak, hidang, aku terus tersandar....letih......nasib baik la anak2 aku pakat tidur. dalam kul 5 petang my MIL keluaq p airport. wan dijangka sampai kul 6 pm. kali ni kami tak ikut. sebabnya xmuat kereta.
malam tu, pukul 9 lebih aku dah terlena. pukul berapa my hubby balik pun xsedaq. betapa letihnya.....nasib baik anak2 aku pn xkacau, aniq dengan ashraf, masing-masing bawa diri. tgk cd, main. as for adib, dia sama naik la dengan mama.
hai...memang aku tabik la dengan mereka yang menjadi D.O. @ dapur officer. dari pagi sampai malam, xberenti buat kerja. aku yang sekali sekala jadi suri rumah ni pun rasa letih. rasa bila balik dari pejabat xseletih tu. to all D.O, homemaker, and whatever istilah used to describe u all out there, i salute u. tabik spring......!
update:
remember my entry about my friend's little son (every parents nightmare)? alhamdulillah, dia dah discaj dari hospital, dah balik rumah. aku sempat pi tengok sebelum dia balik. dah tersenyum bila diacah, aktif. insyaallah, semuanya akan kembali seperti sedia kala hendaknya.amin.....

Friday, June 26, 2009

gaji oh gaji

setiap bulan, 25hb adalah tarikh keramat bg semua yg bergelar kakitangan kerajaan. kalau lagi awal lagi seronok. sebab tu, 25hb bulan lepas (mei), bila pakat pi tekan duit kat maybank, baki duit adalah seperti semalam, riuh rendah pakat talipon jab kewangan negeri tanya kenapa gaji xmasuk lagi. nasib baik dalam pukul 10 gaji dh ada. klu tidak mesti ada yang buat aduan kat BPA, surat khabar dll.

tp apa yang aku nk citer sebenarnya, betapa sebenaqnya gaji kita adalah milik org lain. yelah, bayaq kat bank duit rumah, duit keta, hutang perabot, babysitter, hutang kad kredit, hutang sana, hutang sini. last2 belen yg boleh guna utk blanja berapa jer....kiranya akaun utk gaji tu sekadar transit. tempat singgah sebentar. macam aku sendiri, mlm tu masuk gaji, esok tu dh luak lbh 50% sbb dh diagihkan kepada yang berhak. baki yang ada pun dah ada tuannya. ibarat keta kalau masuk kawasan parking, xkena bayaq sbb sat sgt. adoila...penat rasa bila dipikir-pikir balik. bila la duit yg ada boleh belanja tanpa rasa bersalah.

bebaru ni aku ada tgk rancangan 3r, bincang tentang pendapatan pasif. nk kena cari la satu. tp kalau nk meniaga pn, kena ada modal, nak kena ada duit juga dulu baru bleh jana duit. mana aku nk cari yer.....hmmmmmmmmmm....

Wednesday, June 24, 2009

every parents nightmare

last monday i went to penang general hospital to visit my friend whose baby had been warded in the icu. that 5 months old baby had undergo a surgery because of 'pendarahan dalam otak' (i don't know how to put it in english. when i looked at the baby, i was speachless. with all the tubes, attached to every part of his small body, all i could to from shedding tears right there was my friend, the baby's mother. she looked very composed, but i' m sure what a turmoil she kept inside for i'm a mother too...and my baby is as old as hers. i don't know if i can be that strong if i am to face the same situation. wal 'iyazubillah.

"Ya, ALLAH, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Kau peliharalah keluargaku, suamiku, serta anak-anakku dari sebarang mala bencana. Janganlah Engkau uji aku dengan ujian yang tidak mampu aku tanggung. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku bergantung harapan kerana Engkau yang Maha Mengetahui segalanya.......Amin."

according to my friend, doctor said the injury most probably was caused by 'jatuh'. but she could not recalled any such accident happened. and the nanny also denied it (but who want to confess especially in case like this). not wanting to cause any problem she just accept it as fate. what else to do for the nanny have been very good in taking care of her children all this time....but what i learned that, in case like this, police report had to be made as it was the procedure. hmmmm..................

update:
i was told that the baby had been released from icu to normal ward. his condition is better, and improving. alhamdulillah.... just pray that there won't be any bad side effect now or future.
insyaallah, i'm going to drop by again there in a few day time.

Friday, June 19, 2009

reading

i just finished reading "Daddy Long Leg" by Joan Webster during lunch break td. akhirnya dapat juga kumembaca cerita itu setelah sekian lama mencari (since i was in secondary school). i became interested in the story after watching a cartoon and an english drama bearing the same title. eversince i've been searching for the storybook without success until recently. even that it's not exectly a book but a digital book i found on a website. xkisahlah, janji cerita dia sama. cuma klau dlm buku yg sebenar, there's skecthes. sapa2 yg xpnh tau pasal buku ni, it's one of the clasical book in form of letters written by an orphan girl to her benefector/guardian about her lives as a college student. interesting and a good reading.

so sleepy

last nite my beauty sleep was disturbed by ashraf. mula2 dia suh tido(sambil nangis2) dgn dia kat hall, so mama pun bangun la dari katil yg empuk tidur di atas toto kat depan. after a while mama terjaga, dengaq adib plak nangis kelaparan (mmg on time). mama bangun masuk bilik untuk bf adib, n terlelap (what u expect, mmg masa tidur kan). then suddenly ashraf nangis nk susu plak......time tu around 4. so dengan terkebil2 bangun la mama p bancuh susu. dah dapat susu, nak tgk cd plak (at 4 am!!!). so mama kata kalau nak tgk cd, mama xnak tido dgn ashraf. ok. so selamatla mama. tup2 sebelum subuh tadi, i'm not sure what time, mama terjaga lagi, tgk ashraf dok cari space nak tido sekali dgn mama atas katil (and already in the bed, adib and abah. what a crowd!). so kat pejabat, belum pun pukul 9, i'm already sleepy......nasib baik rini rehat awal. hmmmmmmmmmmmm...................

Thursday, June 18, 2009

klinik oh klinik

pagi tadi bawa ashraf dgn adib for their routine checkup. sampai klinik dlm pukul 9, org dah ramai. dekat sejam tunggu utk timbang. sahaja. (adib dah 7kg, ashraf mama xtgk berapa. mama kena tgk balik kad). lepas tu tunggu lagi. dalam pukul 10.30 baru sampai turn depa untuk diperiksa dgn misi. nyaris-nyaris nak jd tragedi masa kat dlm bilik tu. i was asked to put adib on the bed so i did. at the same time ashraf didn't want to let the nurse have a look at him, so terpaksala mama pujuk. dok tengah melayan ashraf tetiba dengar ada org menjerit. rupa-rupanya adib dah meniarap kat atas katil tu dan hampir-hampir nak terjatuh. nasib baik la ada yang tengok. kalau tak mau menangis tak berlagu la mama. misi yang nak periksa adib tu sampai jadi ketaq, sebab terkejut. sian mama tgk dia, menggelabah. dah la dia masih dalam latihan... walaupun misi tu salah sbb tinggal adib sorg2, tp mama pn salah juga sebab letak dia dalam kedudukan yang merbahaya. lepas ni mama kena lebih beringatla. huhuhuu.

alhamdulillah, semua ok tp since adib xpenah lagi jumpa doktor sejak umur sebulan depa refer kat doktor. nasib baik xlama tunggu. doktor notice kulit muka adib kering, so dia bagi ubat sapu untuk bagi lembab kulit and advised not to put soap or talcum powder on his face. also an iron cream for red rashes. as for ashraf, apart from rashes all over his body, caused by the heat, he is healthy as a horse (i wonder what horse got to to with our health...........).

lepas amik ubat, kena tunggu my hubby mai amik. dalam kul 11 sampai rumah.

ashraf plak buat perangai...."nak p testo! nak p testo!". puas dipujuk, abah siap umpan dengan duit lagi, suruh buh dalam tabung, tp xjalan.... dok nangis situ la. then bila nampak mama siap2 nk p pejabat, tambah kuat la meraung, suh mama dok dgn dia. kira td mai pejabat, dia masih dok meraung la. xtau la mcamana makngah pujuk......... nak kena tipon tanya kabar ni......

akhirnya......

setelah beberapa lama dok berkira-kira; campuq, tolak, darab, bahagi - akhirnya aku mem'blog' juga. hasrat dan keinginan dah lama ada tp dok pk tntg maitaining, bimbang tak terjaga, kang "bersawang" jadinya. tp bila pk2 balik, kalau xcuba xtau, so dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, aku intiate this blog. anything, everything that matter...........